Saturday, May 21, 2011

saya suka awak..=p

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah,saya panjatkan syukur pada Ya Rabb di atas kekuatan yang diberi dan memberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini dan bermujahadah dalam perang internally dan externally..

Walaupun sekarang komitmen organisasi hanya pada IMAN,tapi still rasa 24jam masih belum cukup..final exam lagi seminggu..sebelum balik ke malaysia on august,kena face dulu dengan final exam,KKN,pembentangan proposal thesis ( still clueless pasal thesis nie)..

now i need to focus on what is my priority..my targets..insyaAllah..anything happened,Allah knows the best..=)

....................................................................................................................................

Entry kali ini actually nak share sikit..somethng about love..wuhuu..actually,im not really good in telling about this thing in a very proper way..so saya post kan dari entry yang saya rasa bagus penyampaiannya..hee..selamat membaca..

Nabilah dan Husna baru sahaja habis kelas dan merancang untuk berjumpa Ustadz Faisal untuk bertanya sesuatu yang bersarang di kepala mereka dan rakan-rakan mereka.

“Assalamu’alaikum, ustadz” tegur Nabilah & Husna kepada Ustadz Faisal yang sedang khusyuk membaca sesuatu di dalam komputernya.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Oh, kamu Nabilah, Husna. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Ustadz Faisal sambil melemparkan senyuman.

“Ustadz sibuk ke?” tanya Husna.

“Eh, takdelah. Biasa-biasa saje. Hah, ada apa-apa yang awak nak tanya ke Husna, Nabilah?” Ustadz meneka agaknya mungkin ada soalan yang mahu ditanya oleh mereka berdua.

Nabilah dan Husna adalah pelajar yang suka bertanya. Ustadz Faisal sudah mengagak mesti ada soalan yang hendak ditanya mereka. Ustadz Faisal memang suka pelajar-pelajarnya datang dan bertanya. Dengan cara begini, Ustadz Faisal tahu apa yang berlegar di dalam fikiran anak-anak muridnya dan beliau mengharapkan dengan memberikan jawapan-jawapan itu dapat membantu memberikan kefahaman tentang bagaimana sesuatu isu atau perkara itu dapat diselesaikan dengan pendekatan agama.

“Engkaulah tanya…” bisik Nabilah kepada Husna. Husna pula membalas balik, “Eh Nabilah, engkaulah tanya…” Mereka masing-masing tolak-menolak.

“Eh kamu berdua ni. Kalau kamu tak nak tanya, biar saya jelah yang tanya.” Gurau Ustadz Faisal sambil membulatkan matanya yang kecil itu.

Nabilah dan Husna tertawa tersipu-sipu.

“Begini ustadz…” Nabilah menolak Husna dengan bahunya. Husna membalas kembali tolakan itu.

“Hmm…tergedik-gedik, tergedik-gedik diorang ni” bisik hati ustadz Faisal.

“Kami nak tanya pasal couple ni ustadz…” Nabilah memulakan bicara.

“Apa benda couple tu?” tanya ustadz pula sambil mengerutkan keningnya. Sengaja buat tak tahu. “Jenama ais krim ke?” sambung Ustadz Faisal bergurau.

“Alaa, ustadz ni…takkan itu pun tak tahu…hehe” Nabilah dan Husna tertawa.

“OK, cuba awak terangkan pada saya apa yang awak faham tentang couple?” Ustadz Faisal menanyakan mereka berdua untuk menguji.

“Yang saya faham, couple ni macam bercintalah ustadz.” Terang Husna.

“Tak boleh ke bercinta? Habis tu saya sekarang ni cintakan isteri saya, tak boleh ke?” uji ustadz Faisal lagi.

Ustadz Faisal memang macam tu caranya. Dia biasanya akan bertanya itu dan ini kepada pelajar-pelajarnya jika pelajar-pelajarnya bertanya tentang sesuatu perkara. Tujuannya ialah supaya mengajak pelajar-pelajar itu sama-sama mencari jawapan dengan berfikir. Sebab kadang-kadang, jawapan kepada persoalan yang ditanya sudah mereka tahu tanpa mereka sedari. Cuma masih belum kemas barangkali kefahamannya.

“Bukan macam tu ustadz. Macam kami nilah, remaja bercinta. Belum kahwin. Masing-masing ada pasangan masing-masing. Boyfriendlah, girlfriendlah. Macam tulah… Boleh tak ustadz?” Nabilah memberikan penerangan disusuli soalan.

“Begini…saya nak tanya awak balik. Apa yang selalu diperbuat oleh pasangan-pasangan yang bercinta ini, yang awak panggil couple ini?” Sengaja Ustadz Faisal bertanya lanjut bagi membuka minda Nabilah dan Husna.

“Tentulah mereka berjumpa, berdating ustadz.” Jawab Husna dengan penuh yakin.

“Lagi?” Ustadz Faisal mengajak Nabilah dan Husna memikirkan apa yang diperbuatkan oleh pasangan yang bercinta atau bercouple ini.

“Mereka tukar-tukar hadiah, mereka keluar sama-sama, belajar sama-sama.” Terang Nabilah pula.

“Lagi?” Ustadz Faisal bertanya lagi.

“Hmm… itu jelah yang kami tahu, ustadz.” Husna menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil melihat ke siling untuk mencari jawapan.

“Hah, awak tengok apa tu Husna? Ada jawapan ke kat siling tu?” sergah Ustadz Faisal sambil tersenyum. “Kalau macam tu, saya nak tengok jugaklah.” Ustadz Faisal melawak.

“Ish ustadz nih” Nabilah dan Husna tertawa melihat gelagat Ustadz Faisal.

“OK, awak kata orang yang bercouple akan berjumpa, dating, itu dan ini. Dalam ISLAM boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa?” Ustadz Faisal meminta jawapan dari Nabilah dan Husna.

“Bolehlah ustadz. Kalau tak boleh macam mana nak beli barang, nak belajar dan sebagainya.” Nabilah memberikan jawapannya dengan penuh yakin.

“Ha, begitulah. Lelaki dan perempuan kalau mempunyai urusan atau hajat tertentu memang boleh berinteraksi dan bermuamalah seperti berjual-beli, belajar, bermesyuarat dan bekerja. ISLAM membenarkan. Tetapi, jika tiada sebab yang penting, ISLAM melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas dan berjumpa.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.

“Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan. Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak. Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah………..” Tiba-tiba Ustadz Faisal diam dan tunduk. Beliau menajamkan pendengaran beliau seperti ingin mendengar sesuatu.

“Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam……….” Beliau mengulang dan diam lagi.

Nabilah dan Husna tiba-tiba teringat dan serentak mengucapkan “sallAllahu ‘alaihi wasallam…”. Mereka tersipu-sipu.

Ustadz Faisal tersenyum lalu menyambung semula “Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut. Apabila ditanya kenapa dibuat demikian, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan.” Ustadz Faisal memberikan penjelasan.

“Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir. Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau. Tapi engkau boleh melihat dia.” Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya. Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.” Sambung Ustadz Faisal lagi.

“Awak faham tak apa yang cuba saya sampaikan.” tanya Ustadz Faisal kepada Nabilah dan Husna untuk mendapatkan respon mereka berdua.

“Faham ustadz.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab.

“Jadi, saya rasa awak dapat jawapannya kepada persoalan awak pasal couple ini. Awak lihatlah orang-orang yang bercouple, apa mereka buat? Mereka berjumpa, berbual-bual, bermesra, keluar sama-sama; sedangkan ISLAM tidak merestui hubungan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berbuat itu semua. Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seorang muslim dalam keadaan berdosa dan kemurkaan ALLAH. Malah boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.” Terang Ustadz Faisal.

“Oh ya ustadz, saya teringat ayat al-Quran kata, “la taqrabuzzina!”…” Husna mencelah.

“Betul tu Husna, bagus. ALLAH Subhanahu wata’ala kata jangan dekati zina. Perbuatan-perbuatan seperti berdating, berjumpa, keluar sama-sama, itu semua adalah perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kita semakin hampir dengan zina, na’udzu billahi min dzalik!” Ustadz Faisal mengiyakan apa yang diutarakan oleh Husna.

“Awak ingat tak hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sebut pasal lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan? Saya pernah jelaskan dalam usrah umum sekolah kita” tanya Ustadz Faisal.

“Yang mana satu ek?” Husna memandang Nabilah. Dan sekali lagi dia memandang siling mencari jawapannya.

Tiba-tiba Ustadz Faisal pandang siling, diikuti Nabilah. Husna perasan gelagat beliau ditiru Ustadz Faisal dan Nabilah. Husna senyum tersipu-sipu.

“Confirm takde jawapan kat siling tuh…hehe” Ustadz Faisal mencelah, bergurau.

Mereka bertiga tertawa.

“Oh saya ingat, ye…hadith pasal lelaki dan perempuan yang bersendirian akan ditemani oleh ‘orang’ ketiga, iaitu Syaitan. Yang tu kan ustadz?” Nabilah bersuara meminta pengesahan jawapannya daripada ustadz Faisal.

“Bagus Nabilah. 2 markah untuk awak.” Ustadz Faisal tersenyum bangga sambil menyambung, “Syaitan ni takde kerja lain. Kerjanya untuk menyesatkan manusia. Jangan awak sangka Syaitan duduk di antara lelaki dan perempuan yang bersendirian tu tengok aje, senyum-senyum aje. Tak!!!! Dia akan mainkan peranannya supaya lelaki dan perempuan itu akan terjebak dengan zina, iaitu dosa besar yang dimurkai ALLAH.” Jelas Ustadz Faisal.

“Mungkin mula-mula ringan-ringan. Pandang-pandang, sentuh-sentuh. Kemudian pegang-pegang. Apabila dah biasa, mulalah berzina. Syaitan ni pandai, genius. Dia dah ada pengalaman jutaan tahun. Bagi dia kacang je nak bagi manusia ni terjebak dengan bunga-bunga zina dan zina itu sendiri. Sejarah dah membuktikan. Malah sekarang ni pun macam-macam gejala sosial berlaku. Bohsia, bohjan, buang bayi, pelacuran. Ini semua akibat kita pandang ringan hukum ALLAH. Astaghfirullah…” sambung Ustadz Faisal lagi.

Nabilah dan Husna mendengar dengan khusyuk penjelasan Ustadz Faisal.

“Sebab itu kita disuruh jaga pandangan mata kita dan seluruh pancaindera kita. Awak kalau nampak ayam goreng, awak rasa nak makan tak ayam goreng?” Tanya ustadz Faisal.

“Tentulah ustadz. Bukan sahaja nampak, bau aje pun dah teringin.” Jawab Husna.

“Ha’ahlah. Hish, ustadz ni sebut pasal ayam goreng, terasa pulak nak makan ayam goreng.” Sambung Nabilah pula.

“Hehe…tulah manusia. Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu. Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu. Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek. Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun. Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni. Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.

Nabilah dan Husna mengangguk tanda setuju.

“SubhanALLAH, ALLAH tahu fitrah kita. DIA yang ciptakan kita. Dia suruh kita menundukkan pandangan ada sebabnya. InsyaALLAH, jika awak ikut apa yang ALLAH suruh, awak akan selamat dari bahaya bercouple ini dan lain-lain bahaya…” jelas Ustadz Faisal.

“Malah, jika kita jauhi amalan couple ini, insyaALLAH gejala sosial seperti zina dan buang bayi akan menjadi sifar. Masyarakat akan lebih sejahtera. Nampak tak betapa besarnya implikasi couple ni. Mungkin sebahagian masyarakat nampak kecil dan biasa-biasa sahaja, sedangkan ia boleh menatijahkan sesuatu yang buruk kepada masyarakat.” Sambung Ustadz Faisal dengan wajah yang serius.

“Ustadz, alhamdulillah saya rasa saya dah faham apa hukum bercouple ni. InsyaALLAH ustadz, saya dan Husna akan cuba ingat nasihat ustadz ni.” Nabilah seakan dapat menyimpulkan perbincangan pada petang itu.

“Doakan kami ye ustadz supaya kami dapat jaga diri kami ye…” sambung Husna pula.

“InsyaALLAH Nabilah, Husna…saya doakan agar kalian dipelihara ALLAH. Sebaik-baiknya kamu berdua kongsikanlah apa yang kita bincangkan ini dengan kawan-kawan yang lain. Mudah-mudahan mereka semua akan faham apakah kedudukan bercouple ini di sisi ISLAM.” Ustadz Faisal merespon.

“Tapi ustadz, macam mana ye kalau kami remaja ni jatuh cinta?” Tiba-tiba nabilah bertanya lanjutan dari perbualan itu.

Belum sempat Ustadz Faisal membuka mulut, tiba-tiba Jannah datang memanggil Nabilah dan Husna dengan penuh tergesa-gesa.

“Bas datang, bas datang! Cepat, cepat…!” jerit Jannah sambil memegang daun pintu, termengah-mengah.

“Ah ustadz, kami minta maaf! Kami terpaksa minta diri dulu. Nanti kami datang lagi jumpa ustadz tanya. Terima kasih ustadz” Nabilah dan Husna tergesa-gesa memohon diri.

“Sama-sama. Hah, cepat..nanti bas tinggal, susah pulak. Takpe, esok kalau awak nak tanya lagi, datang je jumpa saya di bilik guru ni” Balas Ustadz Faisal.

“Assalamu’alaikum ustadz” Ucap Nabilah dan Husna.

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Jawab ustadz Faisal.

diambil dari

( www.muzir.wordpress.com )

Bagi saya sendiri

Cinta itu lumrah kehidupan..menipu la kalau kita tidak pernah suka atau disukai oleh orang..tapi,mahukah kita membina bahtera pernikahan kita atas dasar murka Allah?

Sedangkan yang mencipta cinta itu sendiri adalah Allah..boleh sahaja Allah membolak-balikkan hati orang yang kita suka..jadi kenapa tidak memohon padaNya?

Kuatkan hati,mantapkan iman,buat yang lelaki,sudahkan anda bersedia untuk menjadi khalifah dalam rumah tangga? yang wanita,sudahkan anda bersedia menjadi ummi mendidik anak-anak kelak?

Bercinta la yang biasa2x aja..jangan bercinta yang luar biasa jika belum bersedia ke gerbang pernikahan..bercinta selepas nikah ? sweet kan?..hee..

Ingin mengenal pasangan sebelum nikah,Islam ada caranya..sms,ym,facebook,n etc. mungkin menjadi pintu kepada zina..mahukah?

Mungkin ada yang merasakan
`senang la kau cakap..ko xpernah couple..ko budak baik,iman tinggi..aku dah mcam nie..biar je lah..lagipun,macm mana nak kenal kalau tak bercinta dulu? `

maaf saya tanye,kalau kita tak nak masuk neraka,perlukah kita merasakan dulu siksa neraka tu macam mana baru kiter boleh cakap yang neraka ni macam tu dan macam nie..hmmm..

semoga bermanfaat..=)


p/s : fikir-zikir-solusi-gembira

p/s 2 : pak su (atuk sedara ) bace blog she is thinking..terharu kot..ngee

p/s 3 : kawan2x dan senior2x yang bakal bernikah , peliharalah hubungan suci sebelum bernikah.jangan cemarkan dengan titik hitam walaupn sekecil zarah..=)..moga dipermudahkan oleh Allah






Wednesday, April 27, 2011

..bermusafir kami..

Bismillah...

Jogjakarta..

1st Day (Jumaat , 22 April 2011 )

Sampai kat Station Tugu di Jogja kurang lebih 2.30am..Waa..Kami bertolak dari Bandung jam 5.00 pm..Ekspdsi kali ini disertai seramai 10 orang..ketua rombongan : Cik Najiha Jalil.hehe..

Sampai-sampai je ,kami disambut oleh sahabat-sahabat dari Jogja.. ( Feez,fiqa,effa dan fakrul..tenkiu korang..hee)

Then,after dah rehat sekejap,our 1st destination is Candi Borobudur.Ok.Candi tu..besar dan tinggi dan panas..snap-snap gambar..tapi one thing yang tak sangka adalah kami diwajibkan untuk pakai kain batik or kain sarong or apa-apa kain la untuk naik ke candi tersebut..permandangan dari atas candi,sangat cantik..subhanallah..

After lunch.next destination is Candi Prambanan..actually,dah sangat letih masa nie tapi alang-alang dah sampai jogja,biar penat abis kan..candi-candi ni semua adalah tinggalan sejarah dan kebanyakan di bina semula sebab sebelum ni pernah runtuh akibat gempa.




..dari kiri : raihanah,effa,safuan,fiqa,izzah,jiha,duha,sue,illy,yumie..


..nice view..


..berada di atas..

..dalam setiap binaan berbentuk loceng nie,ada patung..(edited)
..memories in borobudur..


Candi Prambanan
..Candi Apit..?..

2nd Day Sabtu 23 April 2011

Bertolak kurang lebih dalam pukul 7.00 am.Kami bergerak ke kawasan Gunung Merapi untuk melihat sendiri kesan kemusnahan akibat letusan.Berada di puncak,dingin dan mendamaikan.Pemandangan dari atas,melihat gaung yang sangat dalam,pokok-pokok yang mati,tanah yang landai luas berwarna abu-abu,rumah yang berbumbungkan langit..subhanallah.Jika Allah kata jadi,maka jadilah.

Next destination kami,ke pantai yang perjalanannya memakan masa kurang lebih 2 jam.Ada 3 pantai yang sempat kami jejak.(tapi saya tak ingat nama pantai-pantai nie).check out this pitcures..=)



gunung merapi dilitupi awanz.







..yang tinggal..



..meninggalkan jejak..

..view dari atas..





..ombak....seofood-lunch-ada orang alergik-kesian dia-

..dinner kat restoren Phuket..

..ALL 1 reunite..

Day 3 Ahad 24 April 2011

Early in the morning,we went to pasar pagi.lebih kurang cam PAUN (pasar Unpad ) la.then,beli barang sikit dan breakfast.Next,kami ke masjid kampus UGM..seni bina yang cantik,kebetulan waktu itu ada acara pernikahan sedang berlangsung..wohoo..next,we went to UGM(universitas Gadjah Mada).hmm.. bangunan yang modern,susunan yang tertatur,luas dan berbeza dengan UNPAS.

Next,me,jiha,fiqa n illy went to Kraton,tempat bersejarah yang menceritakan tentang latar kehidupan sultan ke 9.Kehidupan di raja sangat berbeza dengan rakyat biasa,protokol istana yang sangat teratur dan ketat,dan even pasir yang kami pijak di situ adalah gabungan pasir dari Belanda dan Gunung Merapi..
Next,we went for shopping..wuhuu..kat Malioboro..dekat sini,ada jual macam-macam jenis kain sarong dan batik..t-shirt,pants,key-chain and so on..penat woo kat sini..

next,we went for lunch dekat SS (super sambal? yeke?tlg betulkan anyone)..serius pedas dasyat ah..but very nice..

then..tibalah masa untuk kami pulang..kurang lebh jam 10 malam,kami bertolak dari station tugu menuju ke bandung..kembali semula kepada kehidupan seperti biasa..penat sangat sebab kelas berjalan seperti biasa esoknya..tapi cukup berpuas hati




masjid kampus UGM



di kampus

thanx to Allah..
memberi saya peluang untuk bertemu sahabat-sahabat lama yang sangat dirindui..Aja..shida..jason..rufus..dan yang lain-lain..(korang tak banyak beza pun..hee)
bersilaturahmi dengan sahabat-sahabat baru di sana..

terima kasih kepada semua..ketua rombongan,cik najiha..sahabat-sahabat yang bermusafir bersama,duha,illy,izzah,raihanah,akmal,arep,anak mak,yumi dan arep marsin..

terima kasih kepada sahabat jogja..feez,fiqa,effa,fakrul,safuan,raz yang bawak kami jalan-jalan..kenal tempat-tempat..terima kasih kepada Shida dan adik-adik rumah Falah yang menerima kunjungan kami dengan ramahnya..

maaf atas segala salah silap..terima kasih atas segalanya..semoga berjumpa lagi..insyaAllah..=)


bermusafir kami mencari redha Allah
bermusafir kami mencari cinta Allah
bermusafir kami bertasbih memuji kebesaran Allah
bermusafir kami menghubungkan silaturahmi
bermusafir kami dimohon keampunan dosa
bermusafir kami mencari ketanangan dari ciptaan Allh
moga segalanya bermanfaat.

p/s : kredit to cik anah for the pictures.

p/s 2 : next destination will be.....

p/s 3 : penat masih belum hilang..haih..

p/s 4 : bakal menerima kunjungan istimewa dari org malaysia..wohoo..=)



Sunday, April 17, 2011

..ikhlas itu di mana?..

Assalamualaikum w.b.t..

Beberapa hari yang lepas,banyak perkara yang saya rasa quite big decision yang saya harus buat dan terjadi dalam hidup.

Sekarang dah masuk genitourinary system (GUS ) dan suprising me,saya dapat group yang sama macam cardio dulu.perasaan : speechless,clueless, and accept je la kan.Baru je lepas 1 case dan seriously said here,terlalu hebat ciptaan Allah.kidney atau pun ginjal (bahasa Melayunya ) yang setebal 2.5cm tu mampu memberi effect yang sangat besar.Dan dalam 1 kidney,ade bermilion nephron (unit kecil dalam ginjal ) yang berfungsi membantu keseimbangan dalam badan.subhanallah.

Dan last 2 weeks,if im not mistaken,all of us need to register for our minor thesis title.Alhamdulillah,saya dapat tajuk yang diinginkan.Actually,saya still not sure pasal title nie.

Next,register for KKN (kerja kursus nyata,betulke).ok.yang nie memang sangat mencuakkan.dan syukur sangat,saya dapat tempat sama dengan cik kuha, Sibawangi,padaherang,ciamis,1 hour from pantai Pandangaran.

Dan saya ditawarkan dengan 1 jawatan atau amanah yang saya kira cukup besar,dan saya decide untuk tidak mengambil.Sebab apa?it`s just not me.rasa tak sesuai dengan kerja tu.insyaALlah,Allah Lebih Tahu

alang,congrates!i love u..miss along...


........................................................................................................................................................

Untuk post kali ni,saya nak share something..yang kita biasa lafazkan,biasa kita dengar tetapi tersangat amat susah untuk diaplikasikan.

`Siti,aku rasa aku dah penat la buat kerja-kerja cam nie..ak tak larat dah..banyak masa aku terbuang..aku nak study lagi..`

`Bukan kau suka ke buat kerja-kerja nie ?Asal tetiba cam ni?`

`Entah la..aku buat semua nie sebab aku memang dalam persatuan nie,sebab En Bos suruh aku buat,kalau tak,dah lama aku tak buat..dah la tak de profit buat benda-benda nie..`

Situasi ni mungkin pernah jadi kat kita,atau mungkin dekat sahabat-sahabat kita.Penat berpesatuan,penat buat kerja untuk orang,penat cuba untuk memuaskan hati orang dengan menghasilkan the most perfect work and so on.

Cuba kita duduk sekejap dan fikir balik,semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan nie,untuk apa dan untuk siapa?

Untuk en ketua?untuk orang puji?sebab da memang tugas?

Hmm..jom kita betulkan balik niat kita.

Niat which means tujuan yang terdetik dalam hati dan merupakan amal hati secara murni bukan amal lidah.

Dan bila cakap tentang niat,ia terkait dengan IKHLAS.

IKHLAS : bersih dan murni berasal dari perkataan khalasho

So,niat yang ikhlas adalah memurnikan tujuan kepada Allah dari tujuan dan niat yang lain.Hanya mengkhususkan Allah sebagai tujuan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kalau lah kita buat sesuatu kerja tu sebab nak kan pujian,pujian la kita dapat.

Kalau lah kita buat sesuatu kerja sebab itu dah kerja kita,penat la kita dapat

Kalau lah kita buat sesuatu kerja tu sebab nak kepuasan hati orang,smpai bila pun tak dapat puaskan sebab manusia kan lain-lain ragamnya.

’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya). (hadith ar-bain hadith 1)

Tapi

Kalau kita buat kerana Allah,untuk mendapat redha Allah,untuk mendapat pahala,untuk jalan menuju Allah,syurga lah ganjaranya,insyaAllah.

Penat dalam bekerja?

Mestilah penat sebab kita bukan robot.Robot pun kena rechargable kot. =)

Sebenarnya,susah nak capai ikhlas nie.Beratus-ratus orang yang berada dalam suatu majlis ilmu agama,kita tak tahu yang mana paling tinggi keikhlasannya.Tak de indicator pancaindera untuk menyatakan orang tu ikhlas.Hanya dia dan Allah je tahu.kerana hadirnya dari qolbu(hati)

Cara Mencapai Ikhlas

Luruskan niat before beramal.Sentiasa memperbaharui niat.Sebab hati kita nie mudah berubah-ubah.

Membaca sirah-sirah orang soleh

Mujahadah terhadap nafsu.Jangan biarkan nafsu mengawal anda tetapi anda yang mengawal nafsu.

Menyerah segala cinta kepada Allah,Rasul dan Akhirat.

Niat dan Akal.

Bezanya manusia dengan binatang adalah akal

Bezanya manusia normal dengan orang gila ialah akal yang berfungsi dengan baik

Bila kita dah pasang suatu niat,akal yang baik akan membantu kita untuk judge balik niat kita.

Betul atau tidak tindakan kita?

Let us refresh back,forward,rewind all the things that we have done.

Doa,doa dan keep on berdoa,moga Allah sentiasa membantu perjalanan hidup kita.Jangan lah sombong merasakan adalah kita sekarang kerana usaha kita semata.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (40 : 60 )

Jom perbaharui niat kita ! =)

p/s : can`t wait..Jogja...=)

p/s 2 : thanx kamu yang sentiasa ingatkan saya..uhibukifillah.

Tuesday, April 5, 2011

..diari hati seorang muslimah..



Aku..
Aku ingin sekali berubah..
Aku ingin sekali membaca bait2x cinta Allah..
Aku ingin sekali merasa nikmatnya beribadah padaMu..
Aku rindukan semua itu..

Namun Ya Rabbku
Dosaku menggunung tinggi
Hidupku kian dimamah usia
Aku malu
Untuk menghadap wajahku menghadapMu
Aku malu
Untuk meminta lagi dariMu

Aku sedar
Hidupku sebelum ini sering leka
dengan kehidupan dunia
dengan kesenangan harta
dengan keluarga bahagia

Aku terlalu berpuas hati dengan kehidupanku
Aku sering berkata `nanti ` untuk menemuiMu
Aku sering selesa dengan harta disekelilingku

Namun,
Kau memberi tamparan dengan ujian ini
Ujian yang mendekatkan aku
Ujian yang menyedarkan aku
Ujian yang membuat aku berhenti sebentar dari lelah dunia
Untuk menghadap menemuiMu

Hatiku kini
Cukup tersentuh
Cukup mudah terusik
Dengan setiap kata-kata cintaMu ya Allah

Aku ingin sekali
Memutar kembali masaku
Agar aku dapat menjadi hambaMu yang soleh
Agar aku dapat menjadi khalifahMu di muka bumi ini
Agar aku dapat membimbing keluargaku ke jalan Mu

Ya Rabbku Yang Maha pengasih Maha Penyayang
Kau terimalah aku sebagai hambaMu
Kau berilah peluang kepadaku
Kau kuatkan aku
Untuk sentiasa menyebut namaMu
Dalam setiap detik dalam hidupku..
Seseungguhnya aku lemah.

*rintihan hati seorang hamba Allah buat hamba Allah yang disayangi..

p/s : nak aktif kembali atau tidak setelah melepaskan jawatan?..huhu

p/s 2 : saya memang anak manja..dan saya bangga dengan itu..hehe

p/s 3 : saya nak join group fb anti-itchy man tapi saya xde fb..waa..huhu

Monday, April 4, 2011

..selesai sudah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah..selesai juga majlis AGM kali ke 39..semuanya berjalan dengan lancar..dan kedatangan ahli tahun ini cukup membanggakan..

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara kali ini.

Tahun ini merupakan kali ke-3 saya menghadiri AGM.Seperti biasa,pelbagai persoalan akan dibangkitkan dan meminta penjelasan dari MT PKPMI.Semuanya dapat dijawab oleh MT.Pengerusi Tetap memainkan peranan dengan cukup baik.Diharapkan semua berpuas hati terhadap semua penjelasan yang diberikan.Sebarang masalah yang berlaku,harap dapat diselesaikan dalam waktu yang terdekat.
(terima kasih yg memberi masukan untuk IMAN..=) )

Apa yang boleh kita dapat dari AGM kali ini ialah ;

1)bukan senang nak menggunakan bahasa melayu lengkap bila berkomunikasi..=p

2)ketenangan itu sangat penting dalam kita menghadapi sebarang masalah berbangkit.jangan berasa mudah diprovokasi oleh orang

3)berpesatuan adalah sangat menyeronokkan.=)

4)belajar mengawal emosi apabila hendak membangkitkan sesuatu isu

5)komunikasi yang baik akan memudahkan penghantaran maklumat kepada orang ramai.

6)ketepatan masa sangat penting dalam hidup.Maka,sila datang lebih awal ye kawan-kawan untuk masa akan datang.

Tahniah diucapkan juga kepada 2 sahabat saya,Haikal Ambri Rosle dan Najiha Jalil kerana berjaya dalam kempen yang dijalankan seterusnya dilantik menjadi YDP dan TYDP untuk sesi seterusnya.Mereka menang suara terbanyak untuk jawatan masing-masing.Diharapkan mereka berdua akan terus berusaha untuk menjadikan PKP sebagai sebuah persatuan penyatuan para pelajar.Mari kita doakan!

Terima kasih juga kepada ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR ) Thiban,Duha,Khaleq,Fahmi,Sarah,Mya,Neddy,Haslina,Sugita,Kesavaa,Izzat,Anis dan k.intan atas kerjasama yang cukup baik.Anda semua sangat best dan sporting.Really enjoy kerja dengan korang..hehe..

Diharapkan untuk sesi hadapan, PKPMI dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara para pelajar Malaysia di Bandung (termasuk di ITB ) dan seterusnya menjaga kebajikan pelajar-pelajar.

p/s : midterm exam dan thesis..permudahkanlah Ya Allah..

p/s 2 : rasional tak kalau saya berasa marah jika jarkom tidak dipass dan orang selalu lambat?

p/s 3 : life in unpredictable.human beings are unpredictable.u urself is unpredictable..=)





~kat bawah nie,sedikit gambar semasa program Tautan Hati yang dijalankan di sukawening dan cileunyi..kredit to cik mahirah.=)






Sembako untuk penduduk.

bersama penduduk sukwening belakang.



Pak Paan yang banyak membantu..jzzk..



bersama-sama adik di panti asuhan as-sofwah,cileunyi



mereka.

Monday, March 28, 2011

..acuan al-Quran..

Lelaki acuan al-Quran,

Basah lidahnya mengingati Tuhan,

Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan.

Lelaki acuan al-Quran,

Lembut tuturnya dalam ketakwaan,

Quran dan sunnah jadi panduan,

Akhlak nabi jadi ikutan.

Lelaki acuan al-Quran,

Hidup matinya kerana Tuhan.

Lelaki acuan al-Quran,

Jadi teladan sepanjang zaman,

Jadi teman di perjalanan.




p/s :diambil dari tumblr someone..=)

p/s 2 :jadilah perempuan acuan Al-Quran jika inginkan lelaki acuan al-Quran..=)


Sunday, March 27, 2011

..kita bersaudara..

Hari ini merupakan hari last untuk vaccine Hep A dan Hep B yang dianjurkan oleh kerjasama Biro Kebajikan PKPMI dan KUBI.

Alhamdulillah..selesai juga tugas kami untuk follow up students yang ambik 3rd booster.

Event hari ini juga merupakan aktiviti kami yang terakhir dari Biro Kebajikan PKPMI,minggu depan akan diserahkan kepada adik-adik pulak..(cam sedih pulak kan..huhu)

Apa yang boleh saya katakan sepanjang berada dalam biro ini,saya cukup berPUAS hati.pengalaman yang cukup berharga.Bekerja dengan teman2x biro yang lain(Qayyum,Isniza,Mc sha..)..thanx a lot korang..

Dan harapan saya,saya harap dapat terus berbuat kebajikan eventhough tidak berada dalam biro ini lagi..insyaAllah

..................................................................................................................................................................

Hari ini juga,saya sempat menghadirkan diri ke sebuah forum,yang saya kira agak menarik,

Iaitu NGUMBAR BAU (Ngumpul Bareng Baroedak Unpad),suatu diskusi antara pelajar Indonesia Unpad dan pelajar Malaysia Unpad..

Forum ni dihadiri oleh mahasiswa UNPAD dari kedua-dua buah negara.Saya juga pernah menghadiri ceramah tentang isu Indonesia-Malaysia di sini,dan alhamdulillah,perbahasannya cukup santai.

So,saya nak kongsi sikit apa yang saya dapat,faham,dan berhasrat dapat membuat suatu perubahan.

Masalah utama yang berlaku kenapa wujudnya `gap` ataupun `barrier` antara pelajar Msia dan Indnsia adalah komunikasi.

Ye..komunikasi..

Komunikasi kiter terhambat sebab perbezaan bahasa yang tidak banyak bezanya..

Mungkin dari segi,slang yang berlainan ataupun ade certain words yang berbeza penggunaannya di sini dan msia..

Situasi ni boleh saya samakan macam diri saya sendri yang merupakan orang kelantan `celup` yang harus berbelit lidah apabila nak berkomunikasi dengan nenek2x atau atok2x atau cousin2x saya yang berada di kelantan.

Bahasa kelantan saya memang yang Gred D punya.

So,bila saya balik ke kampung,saya akan jadi pasif.saya faham je apa yang diperkatakan oleh mereka,(walaupun ade sikit2x yang cm pelik bunyinya),tapi untuk saya membalas atau menjawab dengan slang yang sama,itu adalah susah..sangat..

Sebabnya,saya rasa macm kelakar bunyinya kalau saya cakap kelate.cousin2x saya juga,sangat “supportive” menggelakkan.(xpatut kan..esp pak cik sedara saya)..sebab tu la,agak susah untuk saya berbahasa kelantan..

See..walaupun ia adalah bahasa Malaysia,tapi bila ada slang yang berbeza,menjadi sedikit sukar..

Macam tu jugak situasi kita pelajar Malaysia di sini.Kita faham apa yang diperkatakan tetapi untuk reply balik,agak sukar..take times.(betul tak?)..so,lama-lama,jadi cam MALAS la nak join..

Tadi ada wakil dari badan pelajar Indonesia berkomentar,katanya,dorang ni nak sangat berkenalan dengan pelajar2x Msia tetapi mereka juga segan..

Segan kalau2x kita tidak memahami bahasa mereka ataupun mereka harus ngomong dalam English language untuk berkomunikasi dengan kita..

Jadi di sini,dua-dua pihak malu tapi mahu..hehe..=p

Isu seni dan budaya itu bukan lah isu utama.Tertarik juga dengan kata-kata seorang mahasiswa dari Indonesia,

“Kita kan saudara..kalau saya beri pinjam baju saya kepada adik saya,dia tetap saudara sya...”

Budaya yang dipersembahkan oleh seseorang itu tidak kira dia msia atau indonesia,dia tetap saudara kita.Budaya tak membezakan persaudaraan.

Bagi saya sendiri,macam-macam program dah dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memperbaiki hubungan baik antara msia-indonesia nie.dan ramai jugak yang dah memberi pendapat yang cukup bernas dan rasional untuk kita tidak sepatutnya mempunyai masalah ini.

Apa yang penting adalah sikap individual itu sendiri.Mahu atau tidak?

Buka hati untuk terima keberadaan kiter sebagai perantau.

Beradaptasilah sebaiknya.

Jangan terlalu mementingkan diri.

Tiada bezanya kita belajar di sini dan Malaysia jika kiter tak gunakan kesempatan ini untuk cuba memahami mereka.

Kiter juga harus sedar tentang bahawa sesungguhnya Muslim itu bersaudara.

Kita memperhambakan diri pada Tuhan Yang Satu

Kita melafazkan tauhid yang sama

Kita berpandukan kitab yang sama

Dan yang paling penting,kita punya matlamat destinasi yang sama.

"Sesungguhnya,orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih ) dan bertakwalah kepada Allahagar kamu mendapat rahmat."

(49 : 10 )


p/s : human beings is so unpredictable.

p/s 2 : AGM bakal berlangsung xlama lagi..fikir2xkan pemimpin yang bakal anda pilih

p/s 3 : exam lagi 1 minggu.preparation sangat tidak memuaskan..waa..doakan..