Sunday, April 17, 2011

..ikhlas itu di mana?..

Assalamualaikum w.b.t..

Beberapa hari yang lepas,banyak perkara yang saya rasa quite big decision yang saya harus buat dan terjadi dalam hidup.

Sekarang dah masuk genitourinary system (GUS ) dan suprising me,saya dapat group yang sama macam cardio dulu.perasaan : speechless,clueless, and accept je la kan.Baru je lepas 1 case dan seriously said here,terlalu hebat ciptaan Allah.kidney atau pun ginjal (bahasa Melayunya ) yang setebal 2.5cm tu mampu memberi effect yang sangat besar.Dan dalam 1 kidney,ade bermilion nephron (unit kecil dalam ginjal ) yang berfungsi membantu keseimbangan dalam badan.subhanallah.

Dan last 2 weeks,if im not mistaken,all of us need to register for our minor thesis title.Alhamdulillah,saya dapat tajuk yang diinginkan.Actually,saya still not sure pasal title nie.

Next,register for KKN (kerja kursus nyata,betulke).ok.yang nie memang sangat mencuakkan.dan syukur sangat,saya dapat tempat sama dengan cik kuha, Sibawangi,padaherang,ciamis,1 hour from pantai Pandangaran.

Dan saya ditawarkan dengan 1 jawatan atau amanah yang saya kira cukup besar,dan saya decide untuk tidak mengambil.Sebab apa?it`s just not me.rasa tak sesuai dengan kerja tu.insyaALlah,Allah Lebih Tahu

alang,congrates!i love u..miss along...


........................................................................................................................................................

Untuk post kali ni,saya nak share something..yang kita biasa lafazkan,biasa kita dengar tetapi tersangat amat susah untuk diaplikasikan.

`Siti,aku rasa aku dah penat la buat kerja-kerja cam nie..ak tak larat dah..banyak masa aku terbuang..aku nak study lagi..`

`Bukan kau suka ke buat kerja-kerja nie ?Asal tetiba cam ni?`

`Entah la..aku buat semua nie sebab aku memang dalam persatuan nie,sebab En Bos suruh aku buat,kalau tak,dah lama aku tak buat..dah la tak de profit buat benda-benda nie..`

Situasi ni mungkin pernah jadi kat kita,atau mungkin dekat sahabat-sahabat kita.Penat berpesatuan,penat buat kerja untuk orang,penat cuba untuk memuaskan hati orang dengan menghasilkan the most perfect work and so on.

Cuba kita duduk sekejap dan fikir balik,semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan nie,untuk apa dan untuk siapa?

Untuk en ketua?untuk orang puji?sebab da memang tugas?

Hmm..jom kita betulkan balik niat kita.

Niat which means tujuan yang terdetik dalam hati dan merupakan amal hati secara murni bukan amal lidah.

Dan bila cakap tentang niat,ia terkait dengan IKHLAS.

IKHLAS : bersih dan murni berasal dari perkataan khalasho

So,niat yang ikhlas adalah memurnikan tujuan kepada Allah dari tujuan dan niat yang lain.Hanya mengkhususkan Allah sebagai tujuan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kalau lah kita buat sesuatu kerja tu sebab nak kan pujian,pujian la kita dapat.

Kalau lah kita buat sesuatu kerja sebab itu dah kerja kita,penat la kita dapat

Kalau lah kita buat sesuatu kerja tu sebab nak kepuasan hati orang,smpai bila pun tak dapat puaskan sebab manusia kan lain-lain ragamnya.

’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya). (hadith ar-bain hadith 1)

Tapi

Kalau kita buat kerana Allah,untuk mendapat redha Allah,untuk mendapat pahala,untuk jalan menuju Allah,syurga lah ganjaranya,insyaAllah.

Penat dalam bekerja?

Mestilah penat sebab kita bukan robot.Robot pun kena rechargable kot. =)

Sebenarnya,susah nak capai ikhlas nie.Beratus-ratus orang yang berada dalam suatu majlis ilmu agama,kita tak tahu yang mana paling tinggi keikhlasannya.Tak de indicator pancaindera untuk menyatakan orang tu ikhlas.Hanya dia dan Allah je tahu.kerana hadirnya dari qolbu(hati)

Cara Mencapai Ikhlas

Luruskan niat before beramal.Sentiasa memperbaharui niat.Sebab hati kita nie mudah berubah-ubah.

Membaca sirah-sirah orang soleh

Mujahadah terhadap nafsu.Jangan biarkan nafsu mengawal anda tetapi anda yang mengawal nafsu.

Menyerah segala cinta kepada Allah,Rasul dan Akhirat.

Niat dan Akal.

Bezanya manusia dengan binatang adalah akal

Bezanya manusia normal dengan orang gila ialah akal yang berfungsi dengan baik

Bila kita dah pasang suatu niat,akal yang baik akan membantu kita untuk judge balik niat kita.

Betul atau tidak tindakan kita?

Let us refresh back,forward,rewind all the things that we have done.

Doa,doa dan keep on berdoa,moga Allah sentiasa membantu perjalanan hidup kita.Jangan lah sombong merasakan adalah kita sekarang kerana usaha kita semata.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (40 : 60 )

Jom perbaharui niat kita ! =)

p/s : can`t wait..Jogja...=)

p/s 2 : thanx kamu yang sentiasa ingatkan saya..uhibukifillah.

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    ikhlas mmg susah nk dicapai..doalah smua amalan kita diterima Allah taala, kalau tak maka sia2lah usaha kita kerana apa yg kita kejar adlh redha dan pandanganNya..

    jangan kita cr pujian manusia~

    p/s: jogja~ moga smua dilancarkan :)

    p/s2: sibawangi????? apekah! sindangwangi la kak '-__-

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..betul3x..sentiasa ingat bahawa Allah penentu segalanya..

    p/s :saja nak test duha..ingat ke tak tempat tu.. =p

    ReplyDelete