Sunday, March 27, 2011

..kita bersaudara..

Hari ini merupakan hari last untuk vaccine Hep A dan Hep B yang dianjurkan oleh kerjasama Biro Kebajikan PKPMI dan KUBI.

Alhamdulillah..selesai juga tugas kami untuk follow up students yang ambik 3rd booster.

Event hari ini juga merupakan aktiviti kami yang terakhir dari Biro Kebajikan PKPMI,minggu depan akan diserahkan kepada adik-adik pulak..(cam sedih pulak kan..huhu)

Apa yang boleh saya katakan sepanjang berada dalam biro ini,saya cukup berPUAS hati.pengalaman yang cukup berharga.Bekerja dengan teman2x biro yang lain(Qayyum,Isniza,Mc sha..)..thanx a lot korang..

Dan harapan saya,saya harap dapat terus berbuat kebajikan eventhough tidak berada dalam biro ini lagi..insyaAllah

..................................................................................................................................................................

Hari ini juga,saya sempat menghadirkan diri ke sebuah forum,yang saya kira agak menarik,

Iaitu NGUMBAR BAU (Ngumpul Bareng Baroedak Unpad),suatu diskusi antara pelajar Indonesia Unpad dan pelajar Malaysia Unpad..

Forum ni dihadiri oleh mahasiswa UNPAD dari kedua-dua buah negara.Saya juga pernah menghadiri ceramah tentang isu Indonesia-Malaysia di sini,dan alhamdulillah,perbahasannya cukup santai.

So,saya nak kongsi sikit apa yang saya dapat,faham,dan berhasrat dapat membuat suatu perubahan.

Masalah utama yang berlaku kenapa wujudnya `gap` ataupun `barrier` antara pelajar Msia dan Indnsia adalah komunikasi.

Ye..komunikasi..

Komunikasi kiter terhambat sebab perbezaan bahasa yang tidak banyak bezanya..

Mungkin dari segi,slang yang berlainan ataupun ade certain words yang berbeza penggunaannya di sini dan msia..

Situasi ni boleh saya samakan macam diri saya sendri yang merupakan orang kelantan `celup` yang harus berbelit lidah apabila nak berkomunikasi dengan nenek2x atau atok2x atau cousin2x saya yang berada di kelantan.

Bahasa kelantan saya memang yang Gred D punya.

So,bila saya balik ke kampung,saya akan jadi pasif.saya faham je apa yang diperkatakan oleh mereka,(walaupun ade sikit2x yang cm pelik bunyinya),tapi untuk saya membalas atau menjawab dengan slang yang sama,itu adalah susah..sangat..

Sebabnya,saya rasa macm kelakar bunyinya kalau saya cakap kelate.cousin2x saya juga,sangat “supportive” menggelakkan.(xpatut kan..esp pak cik sedara saya)..sebab tu la,agak susah untuk saya berbahasa kelantan..

See..walaupun ia adalah bahasa Malaysia,tapi bila ada slang yang berbeza,menjadi sedikit sukar..

Macam tu jugak situasi kita pelajar Malaysia di sini.Kita faham apa yang diperkatakan tetapi untuk reply balik,agak sukar..take times.(betul tak?)..so,lama-lama,jadi cam MALAS la nak join..

Tadi ada wakil dari badan pelajar Indonesia berkomentar,katanya,dorang ni nak sangat berkenalan dengan pelajar2x Msia tetapi mereka juga segan..

Segan kalau2x kita tidak memahami bahasa mereka ataupun mereka harus ngomong dalam English language untuk berkomunikasi dengan kita..

Jadi di sini,dua-dua pihak malu tapi mahu..hehe..=p

Isu seni dan budaya itu bukan lah isu utama.Tertarik juga dengan kata-kata seorang mahasiswa dari Indonesia,

“Kita kan saudara..kalau saya beri pinjam baju saya kepada adik saya,dia tetap saudara sya...”

Budaya yang dipersembahkan oleh seseorang itu tidak kira dia msia atau indonesia,dia tetap saudara kita.Budaya tak membezakan persaudaraan.

Bagi saya sendiri,macam-macam program dah dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memperbaiki hubungan baik antara msia-indonesia nie.dan ramai jugak yang dah memberi pendapat yang cukup bernas dan rasional untuk kita tidak sepatutnya mempunyai masalah ini.

Apa yang penting adalah sikap individual itu sendiri.Mahu atau tidak?

Buka hati untuk terima keberadaan kiter sebagai perantau.

Beradaptasilah sebaiknya.

Jangan terlalu mementingkan diri.

Tiada bezanya kita belajar di sini dan Malaysia jika kiter tak gunakan kesempatan ini untuk cuba memahami mereka.

Kiter juga harus sedar tentang bahawa sesungguhnya Muslim itu bersaudara.

Kita memperhambakan diri pada Tuhan Yang Satu

Kita melafazkan tauhid yang sama

Kita berpandukan kitab yang sama

Dan yang paling penting,kita punya matlamat destinasi yang sama.

"Sesungguhnya,orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih ) dan bertakwalah kepada Allahagar kamu mendapat rahmat."

(49 : 10 )


p/s : human beings is so unpredictable.

p/s 2 : AGM bakal berlangsung xlama lagi..fikir2xkan pemimpin yang bakal anda pilih

p/s 3 : exam lagi 1 minggu.preparation sangat tidak memuaskan..waa..doakan..


No comments:

Post a Comment