Monday, April 4, 2011

..selesai sudah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah..selesai juga majlis AGM kali ke 39..semuanya berjalan dengan lancar..dan kedatangan ahli tahun ini cukup membanggakan..

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara kali ini.

Tahun ini merupakan kali ke-3 saya menghadiri AGM.Seperti biasa,pelbagai persoalan akan dibangkitkan dan meminta penjelasan dari MT PKPMI.Semuanya dapat dijawab oleh MT.Pengerusi Tetap memainkan peranan dengan cukup baik.Diharapkan semua berpuas hati terhadap semua penjelasan yang diberikan.Sebarang masalah yang berlaku,harap dapat diselesaikan dalam waktu yang terdekat.
(terima kasih yg memberi masukan untuk IMAN..=) )

Apa yang boleh kita dapat dari AGM kali ini ialah ;

1)bukan senang nak menggunakan bahasa melayu lengkap bila berkomunikasi..=p

2)ketenangan itu sangat penting dalam kita menghadapi sebarang masalah berbangkit.jangan berasa mudah diprovokasi oleh orang

3)berpesatuan adalah sangat menyeronokkan.=)

4)belajar mengawal emosi apabila hendak membangkitkan sesuatu isu

5)komunikasi yang baik akan memudahkan penghantaran maklumat kepada orang ramai.

6)ketepatan masa sangat penting dalam hidup.Maka,sila datang lebih awal ye kawan-kawan untuk masa akan datang.

Tahniah diucapkan juga kepada 2 sahabat saya,Haikal Ambri Rosle dan Najiha Jalil kerana berjaya dalam kempen yang dijalankan seterusnya dilantik menjadi YDP dan TYDP untuk sesi seterusnya.Mereka menang suara terbanyak untuk jawatan masing-masing.Diharapkan mereka berdua akan terus berusaha untuk menjadikan PKP sebagai sebuah persatuan penyatuan para pelajar.Mari kita doakan!

Terima kasih juga kepada ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR ) Thiban,Duha,Khaleq,Fahmi,Sarah,Mya,Neddy,Haslina,Sugita,Kesavaa,Izzat,Anis dan k.intan atas kerjasama yang cukup baik.Anda semua sangat best dan sporting.Really enjoy kerja dengan korang..hehe..

Diharapkan untuk sesi hadapan, PKPMI dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara para pelajar Malaysia di Bandung (termasuk di ITB ) dan seterusnya menjaga kebajikan pelajar-pelajar.

p/s : midterm exam dan thesis..permudahkanlah Ya Allah..

p/s 2 : rasional tak kalau saya berasa marah jika jarkom tidak dipass dan orang selalu lambat?

p/s 3 : life in unpredictable.human beings are unpredictable.u urself is unpredictable..=)





~kat bawah nie,sedikit gambar semasa program Tautan Hati yang dijalankan di sukawening dan cileunyi..kredit to cik mahirah.=)






Sembako untuk penduduk.

bersama penduduk sukwening belakang.



Pak Paan yang banyak membantu..jzzk..



bersama-sama adik di panti asuhan as-sofwah,cileunyi



mereka.

No comments:

Post a Comment