Saturday, August 28, 2010

..T.R.A.N.S.F.O.R.M.A.S.I..

Assalamualaikum w.b.t..

Esok saya akan pulang semula ke bumi Wali Songo
Berdebar-debar setelah 2 minggu lebih bercuti
Penyakit lama datang smula..haha..

Alhamdulillah
Dengan izin Allah
Saya dapat menjalankan ibadah puasa bersama keluarga terchenta
Dan ini cukup menggembirakan.

Sepenjang cuti ini,
Banyak aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan..hehe
Berbuka puasa bersama kawan2x sekolah dulu
Menziarah keluarga angkat
Jumpa dengan jiran2x lama..(time nakal-nakal dulu..hehe)
Ziarah mak cik di Kuantan
Mencuba pelbagai resipi dessert
Tolong bisness mama..(penat wo..)
Jalan2x n bukak posa dengan cik dudu n abell..
And macam2x lagi..
Cuma 1 je tak tercapai,which is nak balik kg-Kelate(missing my hometown)

Banyak benda dah berubah
Keadaan sekeliling-environment
Kawan-kawan
Pemikiran n cara pandang orang-orang sekeliling..

Dan saya.
Saya sudah berubah?
Mungkin ya..mungkin tidak..

Kehidupan di Bandung mengajar saya banyak benda
Melatih saya untuk lebih serius dalam hidup
Mencanai pemikiran untuk lebih matang dalam menilai kehidupan
Mengajar diri untuk membuat keputusan dalam hidup
Bukan bermakna saya tidak boleh di bawa bergurau-bisa aja sih.

Segala perkara yang berlaku dalam hidup adalah history
Dan terpulang kepada kita untuk menjadikan sejarah hidup sebagai guidelines untk hdup kter pada hari ini
Atau menjadikannya pembantut yang membuat kita merana.

Orang Muslim yang berjaya membina kejayaan sekarang dengan melihat sejarah yang dulu.
Kesilapan tidak mahu diulangi
Strategi diperkemas mengharungi badai yang mendatang.

Dan saya
Saya ingin berubah!
Dan akan sentiasa menjalani transformasi berperingkat..
Ke arah mana jalan saya?
Selagi tidak menyimpang dari Quran & Sunnah..

Saya masih saya yang dulu..
Nik yg suka gelak n cinta bangat sama pink smasa di sekolah dulu
Angah yg msih sukakan music dan suka menyebok di rumah org-jiran2x tetangga
Dan Sue yg sentiasa homesick di KTT dulu..

Semoga Allah teguhkan diri ini
Untuk menghadapi apa jua dugaan dan cabaran
Kesibukan mencari kebahagian sebenar dunia dan akhirat
Mengejar cita-cita dan cinta
Sebagai seorang insan kerdil yang sentiasa kekurangan
Musafir di dunia untk pulang semula ke hujung destinasi-Jannah!

p/s : Diikutkan hati,ingin sahaja saya xtend cuti..huhu

p/s 2 : Ada kwan saya ckap..`Nik..ko makin ayu la..haha..(percaya x?..).

1 comment: