Monday, August 23, 2010

sudah cukup empathy?

Assalamualaikum w.b.t...

Seperti hari-hari yang lain,saya dan keluarga akan menunaikan solat tarawikh di surau yg betul-betul terletak di depan rumah(tak de alasan jauh untk tidak pegi..hehe)..

Tapi hari nie,lain daripada hari-hari lain.After azan Isya`,Pak Cik Imam buat 1 announcement..
"Pengumuman..di sini,ada saudara kita yang bernama bla..bla.. memerlukan bantuan kewangan kerana beliau kesempitan wang.beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya mahu pulang ke Kedah ke kg beliau tetapi tidak cukup wang.marilah kiter bantu......."

Hati saya tiba-tiba berasa sangat hiba dan sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga pak cik nie.





Sepanjang hidup saya selama 21 tahun ini,saya masih belum pernah diuji Allah dengan kesempitan wang sebegini.Segalanya serba cukup.

Namun,kadang-kadang apabila kita sudah biasa dengan kehidupan yang senang,kita lupa pada yang memerlukan.kita lupa pada mereka yang tidak punya wang walaupun untuk beli sebungkus nasi.

Wang kita dihabiskan membeli barang-barang kehendak nafsu..
Wang kita dihabiskan membeli makanan yang mahal-mahal..
Wang kita dihabiskan melayan kesenangan demi kesenangan..

Dan bagi saya,perkara ni lama-kelamaan membuatkan diri kita hanyut dan tidak merasakan adanya syurga itu kerna semuanya sudah lengkap dalam hidup..
Dalam diri akan wujud rasa tidak `mahu` nikmat syurga kerana semua yang dimahukan sudah ada di depan mata..

Berapakah wang yang kita ada kita spend untuk saudara-saudara kita yang memerlukan?
Berapakah wang yang kita ada kita spend untuk agama kita?

Menyingkap kembali sirah di zaman Rasulullah,Saidina Abu Bakar,seorang saudagar yang kaya raya tidak lokek untuk menyerahkan hartanya demi perjuangan Islam.
Saiditina Aisyah mensedekahkan harta miliknya untuk orang-orang miskin sehingga tiada yang di tinggal untuknya..

Kita?
Kita bagaimana?

Ahad lepas,saya sempat menemani sweethearts saya shopping di Kuala Lumpur.Keadaaan penuh sesak dengan orang ramai yang masing-masing sibuk membeli persiapan raya.

Di dalam keriuhan orang ramai,beberapa insan yang berhati mulia mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan memberi `peluang` untuk orang ramai at least spendkan duit walaupun 10 sen untuk derma kepada anak yatim..

Dan sangat mengejutkan saya,di dalam pandangan mata saya,kebanyakannya tidak mengendahkan langsung..ya Allah..ini adlah apa yang saya lihat..keadaan sangat berbeza di bandung..walaupun orang yang memberi kepada yang meminta hanya seorang suri rumah yang mengendong ank kecil,namun masih mampu menghulur..kenapa saya tidak dapat lihat ini di tanah air saya sendiri??!...saya tidak menilai keihklasan orang itu dengan jumlah harta yang dia sedekahkan tapi manakah sifat prihatin dan empathy dalam diri?

Sama-sama kita renungkan..
Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah..
bukan milik kita..
jangan terlalu sombong dengan apa yang kiter ada..
Sebab bila-bila sahaja Allah boleh tarik balik..

Yang manulis ini bukanlah sempurna,
Tapi hanya ingin sama-sama mengubah cara kita memandang setiap perkara dalam kehidupan.
Semoga Allah mendidik jiwa kita untuk `lihat` dan `rasa` kesengsaraan orang lain..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment