Wednesday, August 18, 2010

..Orang Tak Mau La..

Sedang enak seorang anak kecil menonton kartun kegemarannya di kaca televisyen,azan Zohor berkumandang.

Niat seorang kakak ingin menyuruh adiknya menunaikan solat.Solat itu kan WAJIB.

"Aidil...turn off the television.Pergi solat sekarang!!.."nada seorang kakak memerintah.

"Alaaa kak..nanti la..sikit lagi ni.Kejap lagi Aidil solat la.nak habiskan citer nie."adiknya memberi alasan dengan nada malas.

"No! Turn off the tv sekrang jgak!Kalo tak solat nanti kena campak masuk neraka,baru taw!!"

Adiknya sambil lewa menuruskan menonton tv dan tidak mengendahkan kakaknya.Dan akhirnya,tidak solat langsung.

Kehidupan seorang anak kecil , dirinya sentiasa mahukan belaian,permintaanya sentiasa mahu dipenuhi,dan mudah memberontak.

Ganjaran syurga dan hukuman neraka masih belum mampu dicerna oleh sebahagian kanak-kanak kecil ini.Arahan yang memerintah sudah tentu tidak mahu di endahnya.

Ya..niat kita ingin melihat adik kesayangan menjadi seorang anak,adik dan hamba Allah yang taat.Ingin mendidik dan mengajak ke arah kebaikan.

Namun,kita harus sedar,mereka masih kecil.Mereka mudah bosan dengan arahan yang menyekat segala aktiviti mereka.Sia-sia sahaja air liur kita dok marah,menengking,mengugut dengan adanya siksaan neraka segala,tapi akhirnya seperti masuk telinga,keluar telinga kiri.

Letakkan diri anda pada situasi kanak-kanak sebaya itu.

Ibarat kita melentur buluh,biarlah dari rebungnya.Masih lembut,mudah dibentuk dan harus dengan cara yang betul.

Keypoint di sini ialah Seni Bicara kita.Mengajak bukan dengan cara memerintah tetapi dengan cara menarik dia BERSAMA-SAMA kita.Mulakan dengan memberi ganjaran yang dia nampak.

"Aidil..dah azan nie..meh solat ngan akak.."lembut bicara seorang kakak.

"Kejap kak..nak habiskan sikit je lagi.."

"Kakak tunggu Aidil kat atas ye..kita solat sama-sama"

Lembut hati sang adik di ajak oleh kakaknya,dan insyaAllah berterusan.Sedikit demi sedikit kita mendidik.

"Adik puasa 1 hari cukup,abang kasi adik 1 ringgit sehari..Kalau penuh puasa bulan Ramadhan nie,abg kasi lebih duit raya..ha..nak tak?"

"Jom ikut abg g masjid.Pas tu,kiter gi beli aiskrim eh.."

Kata-kata pujukan yang mengajak mereka.Pada awalnya,mereka akan buat kerana ganjaran tersebut.Dan apabila sudah istiqomah,kita mendidik sedikit demi sedikit.

PUJIAN juga harus diberi asalkan tidak berlebihan dan tepat pada masa dan keadaan.Ia akan menggerakkan perasaan dan inderanya.

Anak-anak kecil ini hatinya lembut.Diri mereka masih suci.Masih belum mengerti erti sebenar kehidupan.KITA yang bertanggungjawab mencorak dirinya.Membawa dia sama-sama ke jalan yang lurus.



Rindu budak ni.





Kita mahu mereka suka kepada kita,kita harus tahu MENYENTUH HATI mereka.

Jabir bin Samurah-yang ketika itu masih seorang anak kecil-juga
pernah berkata, "Aku pernah mengerjakan shalat zuhur bersama
Rasulullah saw. Kemudian Beliau keluar menuju rumah keluarganya dan
aku turut keluar bersamanya. Beliau kemudian bertemu dengan kedua
anak kecil, lalu mengusap kedua pipiku. Selanjutnya kedua anak tadi
menghadap Rasulullah, lalu Beliau pun segera mengusap kedua pipi
mereka satu persatu." (HR Muslim).




Bicaralah dengan hati mereka.
Bicaralah dengan karenah mereka.
Bicaralah dengan mati hati anda.



p/s : Dulu time kecik2x,papa bagi duit raya sebab puasa penuh.Dah besar nie,xde sape nak bgi ke?hehe...

p/s 2 : Sempat meluangkan masa dengan melayan anak2x kecil CasPel semalam tgk hidupan
laut.Subhanallah..=)

No comments:

Post a Comment