Thursday, August 25, 2011

..Saudaraku di Gaza..



Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..saya masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis pada kali ini..mengutip kata-kata seorang penulis buku yang saya kagumi, " Pen dicipta untuk menulis, insyaAllah pen akan berada dalam keadaan baik selagi ia digunakan untuk menulis.Kerana ia diciptakan untuk itu.Jika digunakan untuk mencucuk,baling dan sebagainya,maka rosaklah ia kerana ia bukan diciptakan untuk itu."

Begitulah juga dengan kehidupan kita..diciptakan untuk apa..dan apa sahaja yang telah kita lakukan..sama ada membentuk diri kita menjadi baik atau buruk..sedikit muqadimah untuk entry kali ini..

sudah hampir seminggu saya berada di rumah..alhamdulillah..saya masih mampu menjalani ibadah puasa..sibuk tolong mama buat biskut raya tempahan orang dan juga untuk saudara-mara di kampung..dan malam ni saya akan bertolak ke kampung tercinta..kelantan..hehe..

...............................................................................................................

Pagi tadi, sambil-sambil mengemas barang yang bersepah di ruang tamu atas, saya sempat mendengar perbualan dan perbincangan di radio IKIM be
rkaitan tentang misi Ramadhan Di Gaza ( RADIG ).Misi ini disertai oleh beberapa wakil dari Malaysia termasuk Setiausaha Agung MAPIM, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dan angkasawan negara Datuk Dr Syeikh Muzaffar Syukor.



di masjid berhampiran tempat bedilan

Dr Syeikh sempat berkongsi tentang pengalaman sewaktu berada di Gaza.Betapa deritanya rakyat Palestin yang terpaksa bersusah payah untuk meneruskan hidup tetapi mereka sentiasa tenang dalam apa juga keadaan yang berlaku.Beliau juga sempat berkongsi tentang pengalaman apabila berlaku serangan dari tentera Israel di awal pagi subuh di mana beliau merasakan seperti gegeran yang kuat berlaku.Beliau menyangkakan jarak dari tempat beliau dengan tempat serangan adalah kurang lebih 3km tetapi hakikatnya adalah 400m dari tempat penginapan.Bangunan yang sedang dibina di bom oleh tentera Israel tanpa belas kasihan


Dr Syeikh sempat berpesan supaya rakyat Malaysia menyumbangkan dana walaupun RM1 kerana saudara-saudara di Palestin amat memerlukannya.Beliau juga memohon agar rakyat malaysia sentiasa mendoakan saudara Palestin di sana.



Isu-isu di Gaza sangat menarik perhatian saya.Lagi-lagi adanya misi dari malaysia yang turut serta mengambil berat tentang ini.Saya dapat rasakan bahawa inilah ukhuwah berlandaskan iman.Bila ada yang berbicara tentang isu Palestin, saya terasa sangat dekat dengan orang itu.Sebab isu Palestin ini bukan isu mereka.Mereka di Palestin adalah saudara saya.saudara kita.yang menderita di sana adalah adik-adik kita,kakak-kakak kita, ibu-ibu kita..

“Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.”
(HR. Bukhori dan Muslim)

Tapi..kenapa masih ada antara kita rakyat Malaysia terutamanya masih ada yang TAK TAHU apa itu Palestin? apa yang berlaku di Palestin ? sekali lagi mahu beralasan ?

Saya kongsikan lagi apa yang dibincangkan di IKIM tadi.Kata
salah seorang pembicara, rakyat palestin sangat miskin sehingga mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapat makanan untuk berbuka puasa sedangkan kita hanya menunggu waktu berbuka. Kehidupan kita terlalu senang dan leka.Segalanya mudah.




Isu BOIKOT Israel


Berapa ramai yang peka tentang ini ?

Isu Boikot bukan isu main-main..suka-suka nak boikot..ingat senang ke nak boikot..manjakan sangat diri dengan bermandikan johnson-johnson, berminumkan Milo Nestle, mengenyangkan perut dengan Mc Donald..



sebahagian barangan boikot

Saya..secara jujurnya,bukan mudah untuk boikot barang-barang israel kerana produknya tersangat banyak di pasaran..Mc Donald menjadi favourite food saya sewaktu zaman sekolah..mana taknya, jarak antara sekolah dengan Mc D hanya 5 min..Milo menjadi peneman sewaktu mengulang kaji pelajaran..dan macam-macam lagi..sama seperti anda..






Bukan ingin membangga diri.saya sekarang sudah hampir 2 tahun tidak makan Mc D dan menukar banyak produk kepada non-Israel tetapi kerana bencinya saya pada kekejaman Israel.Saya sayangkan saudara saya di Palestin.

Untuk ke bumi Palestin buat masa terdekat ?
Saya memasang impian itu.
Tapi apa yang saya mampu lakukan sekarang ?
Apa yang ingin saya katakan pada mereka jika saya ke sana ?
"tak mampu la nak boikot-boikot nie..tekak tak sedap kalau tak de Milo.."..what?!

Saya menyeru kepada semua..

..MARI BOIKOT ISRAEL..

Berilah sumbangan kepada rakyat Palestin di sana
Doakan kesejahteraan mereka di sana
Peka dan please alert dengan apa yang terjadi di dunia Islam..

Wassalam.

p/s : baca ini untuk laporan RADIG 2

p/s 2 : tekan ini untuk senarai barang boikot.

p/s 3 : manusia sering memuji sesama makhluk tetapi sering lupa kepada pencipta makhluk

p/s 4 : proposal thesis belum siap..wawa...



No comments:

Post a Comment