..Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam,seharian juga saya di Bandung..dan sangat bersyukur ,saya dapat jumpa kedua-dua doc pembimbing thesis saya..saya dapat berjumpa dengan bapak yang kerja di bahagian pharmaco..saya berjaya mandiri ke UNISBA dan dari UNISBA ke RSHS..wohaa...
Dan besok , last paper exam saya..yeay..after this,kena fokus on thesis yang sering bertandang dalam mimpi saya beberapa hari ini..penatnya..cant wait to go home.ommmaaa..
ok..post kali ini,tentang something yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan..bukan tujuan untuk menyinggung mana2x perasaan,sekadar mengambil manfaat darinya..check it out..
......................................................................................
LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.
Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.
Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.
Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.
Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.
''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.
Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.
Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.
''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.
''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi
p/s: taken from utusan n duha`s blog
p/s 2 : i don`t have a facebook and im okay..boleh pinjam fiqa punya,alang punya..haha..
assalamualaikum cik susi,
ReplyDeletebuat ah FB wehh..
senang kalau ada ap2 update.. :)
duha : waalaikumsalam cik kuha,u buat la dlu..lepas nie,selian fiqa,i boleh pnjam u punye..haha
ReplyDelete