Assalamualaikum..
Post kali ini,istimewa buat insan,yang banyak berjasa,yang banyak bersabar dengan diri ini,mama tersayang..
Sejak kebelakangan ini,hati ini,terlalu,amat sangat merindui insan mulia ini.
Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.Diri ini sentiasa khilaf.
Benar kata orang,apabila berjauahn,kita mula menghargai orang yang jauh.
Aku masih teringat waktu aku dan alang dihantar ke sekolah rendah agama.Akulah orang yang paling rebel untuk ke sekolah agama..pelbagai alasan..`ustazah garangla..`..`tak suka la g sekolah agama,takut la..`..dan seperti biasa,mamalah orang yang paling marah sekali..rotan pernah je hinggap kat badan..degilnya aku waktu itu..hehe..
Mama memang lebh garang dari papa..tapi marah tanda sayang kan..
Even kami adik-beradik,memang lebih takut dengan mama..
Namun
Selepas mama menjalani suatu operation
Mama menjadi seorang yang sangat lembut hati
Karenah kami mama layan je
Mungkin juga sebab kami sudah meningkat dewasa
Dah tak sedegil dulu..=)
Sebelum berangkat ke Indonesia,banyak suara-suara yang mengatakan,
“boleh ke angah jauh dari mama tu?..”... “Anak mama tu..manja..xleh dok jauh”
Ya..aku anak mama..tapi pilihan berada di tangan aku..kini,aku berada di sini..
Pernah diri ini membuat mama sedih..Pernah diri ini mengecewakan mama..pernah diri ini terkasar bahasa dengan mama..
Andai aku diberi peluang,
Ingin sekali lagi aku memeluk insan mulia ini
Ingin sekali ku kucup tangan insan yang banyak berjasa ini
Ingin sekali aku membalas jasa beliau.
Aku masih tidak mengerti,
Mengapa masih ada insan yang sanggup menderhaka kepada ibu bapanya
Merasa hina dengan adanya ibu bapa
Sedangkan,
Siapa dia yang melahirkan kita?
Siapa dia yang membawa kita dalam rahimnya selama 9 bulan?
Walau sebenci mana seseorang pada ibunya,
Ingatlah,
Kerana perjuangannya,kita masih mampu melihat dunia ini.
Hargailah
Selagi kita masih berpeluang
Berbaktilah
Selagi mereka masih dapat melihat dunia.
Ya Allah
Ak terlalu merindui insan ini
Kau lindungilah dia dalam setiap saat
Panjangkan lah umur mama dalam keimanan
Rezekikan aku untuk bertemu mama.
Ya Allah
Insan ini menjadi penguat dalam perjuangan hidupku
Insan ini telah banyak bersusah demiku
Aku mohon dariMu ya Rabbku
Ampunilah segala dosa-dosaku terhadapnya
Dan tempatkanlah kami sekeluarga di syurgaMu
Dengan limpah rahmatMu..
Sungguh..aku rindu..
p/s : kenapa susah sangat nak mengatakan apa yang tersimpan di dalam hati?..huhu..mungkin kerana terlalu memikirkan kata-kata orang..huhu..
p/s 2 :untuk jatuh dan bangun semula,bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan sesuatu yang mustahil..
p/s 3 :bekerjalah untuk Allah..bukan untk manusia..sebab nanti kamu pasti akan merasa penat.
hehe..nk suruh org panggil anak mama ke? jgn la segan2 nk btau
ReplyDeletenk rindu ummi jgak boleh?
p/s: zaman da moden la, call laa mama kalau rindu :D tiap2 hari pun takpe, walaupun i gelakkan je u nanti tapi i faham je..siapa tak sayang mak dia?
duha : nak rindu ummi?..da nak blik msia kan..hehe
ReplyDeletep/s : limit paling lama xkol pun 3 hari..ngeh2x..