Sunday, December 26, 2010

..sayang kamu..

“Buat apa tu Nik??!!..kejar bola tu..!!..acah,keluar ambik bola tu..!”begitulah nada marah coach netball saya semasa sekolah menengah dulu.Panasnya hati saya masa tu,Allah je lah tahu.

“kalau terror sangat,cuba ah tunjuk...”monolog dalaman saya mula bermain.

Namun,hati yang `cengeng` nie serta merta tidak dapat menahan air mata sebab dimarah berulang-ulang.Salah saya juga yang kurang fokus ketika itu.

Duduk di tepi padang setelah selesai latihan,dan....menangislah..ape lagi..sambil dipujuk oleh teman seperjuangan,Ed..hehe..

“Apasal nak marah-marah? Aku tak suka lah orang marah-marah kat aku.Stress kot.Aku rasa macam tak nak main je Ed.Bengangnya..”saya meluahkan.

“Sabarlah Nik.Mama(panggilan kepada coach) memang macam tu..Cepat marah sikit.Sabar je..”Ed membalas.

“Mintak auntie (mama kepada Ed) je lah ajar.Lagi best..”tambah saya.Dan kami senyum.

Itu semasa di sekolah menengah.

Semasa persediaan di KTT.

“Awak tu main GA(Goal Attack).Buat apa lari jauh-jauh ke tengah nak ambik bola?Awak kena masuk D.Awak lari jauh-jauh,nanti penat kejar bola,tak sempat masuk D.Awak tak percaya kat kawan-kawan awak ke tok ambik bola?”marah Miss,salah seorang tenaga pengajar di KTT.

Tercengang saya.Dia bukan coach saya.Tapi tiba-tiba marah.Dah la tak kenal.Die refree yang menjaga permainan kami pada hari tu.

Dan perlawanan seterusnya,saya cuba patuh pada nasihatnya.Dan,nasihatnya memang berkesan.Kami menang pada hari itu.alhamdulillah..

Itu semasa di KTT.

Marah Tanda Sayang.

Kedua-dua situasi di atas,selepas beberapa tahun,saya cuba menganalisis kembali.

Mengapa perlu marah untuk mengajar?

Tak boleh ke elok-elok?

Mereka yang memerhatikan kita,akan lebih mudah `perasan` dan `melihat` kesilapan kita.

Mereka tidak mahu melihat kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku dibiarkan begitu sahaja.

Sebab apa?

Sebab sayang.

Mereka yang menegur kesilapan kita,kerana mereka sayangkan kita.Kerana mereka tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang sama.Kerana mereka mahu kita berubah.Untuk kebaikan kita.

Seorang ibu,memarahi anak kecilnya yang sedang bermain api walaupun apinya kecil.

Kerana apa?

Kerana tidak mahu anak itu terluka tanganya,atau cedera.Tapi,anak memberontak terus kerana fikirkan ibunya tidak sayang kepadanya.

Ukhuwwah dan Iman.

“Ukhuwwah itu bukan dicipta,tapi disemai.”tegas seorang sahabat.

Dalam ayat Quran juga ada menyatakan bahawa sesama Mukmin itu bersaudara.

Apabila sesama Muslim itu masing-masing beriman kepada Allah,mereka adalah bersaudara.

Tiada sekatan yang membezakan kita.

Sekatan negara,bangsa mahupun keturunan.

“Itu orang Palestin.Apa aku kesah..pandai-pandai lah settlekan sendiri..”

“Diorang bukan orang Malaysia,tak payah la ajak datang..kita-kita je lah..”

Apa itu iman?

Iman = percaya.

Ini apa yang saya faham

Iman itu merangkumi lisan,hati dan perbuatan.

Kita mengaku beriman kepada Allah,apa buktinya?

Saling bersalaman dan memafkan merupakan amalan yang sering ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lisan mengucap..”Maafkan saya ye..sorry la..gomen..”

Perbuatan dilakukan dengan bersalam,

Tapi hati,sudahkan benar-benar memafkan?

Sudah cukupkah kita beriman?

“Tidak sempurna iman seseorang apabila dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” di ambil dari hadith 40 dri kumpulan Imam Nawawi

Kita mencintai saudara kita kerana keimanan kita kepada Allah.

Sama-sama mengejar mencari keredhaan Allah

Sama-sama mengejar cinta Allah

Sama-sama membantu apabila musuh Allah datang

Tidak Mudah Untuk Menegur.

Seseorang memerlukan kekuatan untuk menegur kesilapan sahabatnya.

Jihad.

Saya sendiri akui,sangat sukar untuk menegur kesilapan.kerana saya juga sering melakukan kesilapan.

Tapi,adakah kita tak nak tegur kesilapan seseorang itu sebab takut orang tu nanti tak suka kat kita?

Sebab nanti takut ada `hurt feeling` yang jadi?Ataupun takut jadi busy body?

Kenalah busy body sebab kita semua satu body.Tu pesan Rasulullah,Mukmin dengan Mukmin yang lain umpama 1 badan,bila sakit 1 anggota badan,macam sakit seluruhnya.

Tapi busy body cara kita bukan dengan mengumpat,mengata dan sebagainya.Macam butang baju yang terbukak.Bukan kita yang membukakkanya lagi tapi kita yang cuba membutangkannya.

Bila menegur tu,luruskan niat kita.Kita buat betul-betul sebab kita sayangkan dia kerana Allah.

Macam mana nak tahu kita sayang dia kerana Allah?

Hmm..kita sayangkan dia sebab kita tak nak kesilapan dia membawa kepada kemurkaan Allah.Kita sayang dia sebab kita nak dia sama-sama mencari keredhaan Allah.InsyaAllah,kita akan dibantu oleh Allah.

Cara kita menyampaikan,perlu betul gayanya.Penyampaian yang salah mungkin boleh bawa kepada salah sangka.

Jika kita sayang seseorang,janganlah sayang kita lagi merosakkanya.Biarlah sayang kita membawa dia kepadaNya.

Penyampaian itu ada seninya.Terpulang kepada individu.Saya juga masih belajar sih.=)


p/s : susahnya belajat time holiday nie.....ommmaaa...

2 comments:

  1. haha..sayanglah saya!

    memang susah nk belajar..SANGAT SUSAH T-T

    dah habes brapa case? huu~

    p/s:jgn ty saya~

    p/s2:saya sayang kamu juga, iA ada ap2 saya marah nnt :)

    ReplyDelete
  2. ye..sayang kamu...ehehe..

    eh,cm ne nak contact kamu eh?nanti mama nak contact cam ne?

    p/s =cse cvs baru 4..uwaaaaaaaa..byk distraction laaaaaaa....

    ReplyDelete