Thursday, November 3, 2011

..pengorbanan yang tidak ternilai..

Beberapa hari lagi, akan tiba hari raya aidiladha..atau Qurban..dan seperti tahun-tahun lepas, saya beraya di bumi Wali Songo ini bersama-sama sahabat dan adik-adik di sini..huh..sebak jugak actually beraya jauh dari family..dan as usual, my family akan mudik ke kampung which is kelantan..mama cakap, sekarang musim hujan,tak sure boleh balik ke tak..

Bercakap mengenai Qurban, kebanyakan akan teringat tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail.Betapa dua anak-beranak ini sanggup mengorbankan diri masing-masing demi menyahut perintah Allah.Nabi Ibrahim terlalu sayangkan anaknya,Nabi Ismail dan suatu hari, diturunkan perintah supaya Nabi Ibrahim menyebelih anak kesayangannya dan Nabi Ismail akur dengan perintah Allah dan merelakan bapanya untuk menyebelihnya..

peristiwa ini disebut sendiri dalam Quran surah as-saffat

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.


Huh..hebat kan? Betapa mereka sangat taat dengan perintah Allah..bagaimana dengan kita?

Untuk post kali ini, saya tidak mahu mengulas tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..tetapi saya ingin berkongsi tentang pengorbanan seorang hamba Allah yang sangat saya cintai...

Dia adalah isteri kepada seorang suami
Dia adalah ibu kepada 4 orang anak yang nakal
Dia adalah ibu yang sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya
Dia adalah mama saya...NIK ZAKIAH BT NIK MAT..

Beliau dibesarkan di Kelantan dan mempunyai 9 orang adik-beradik.Beliau merupakan anak sulung perempuan kepada pasangan Nik Mat B Nik Hassan dan Ruqoyah Bt Senik.


mama-kiri bersama ck ann(makcik)-kanan


Mengikut kata makcik-makcik saya, mama memang seorang kakak yang bertanggugjawab.Waktu mereka masih di zaman persekolahan, nenek saya ada bukak kedai makan.Mama lah pembantu setia dalam bab-bab masak.Dan sampai sekarang, masakan mama memang the best in the world..serius..even makcik-makcik saya, if nak masak, mesti akan call mama.Dan kalau kat kampung, mamalah jadi master chef.

Tapi mama memang suka masak.Tengok je lah anak-anaknya..comel-comel semua..wawa..every time saya balik ke Malaysia, saya akan berkongsi resipi dengan mama.Tapi saya lebih minat kepada bakery, cakes, dessert and things like that..dan bila balik rumah, mama mesti tanya, "Projek apa nak buat kali ni?.."..hehe..Dan mama akan komen dessert saya dan dia akan tunjuk kat saya resipi yang dia guna..and kami bertukar-tukar resipi..hmm..missing that moments..


papa and mama


Waktu saya primary school dulu, mama lah orang yang paling kami takut.Sebab papa selalu out-station.Jadi kebanyakan masa kami bersama mama.Mama agak garang waktu tu.Setiap malam kami kena mengaji dengan mama.Ini saat yang paling mencuakkan.Hanger(taw kan?penyangkut baju tu..) akan berada dekat ngan mama dan kalau kami tidak mengulang dengan baik, tune suaranya akan mula berubah, dan mula ketuk-ketuk hanger tu depan kami..wawa..cuak wo..pernah saya dirontan sebab tak nak pergi sekolah agama..hehe

Ada suatu peristiwa yang mengubah keadaan dalam keluarga kami..mama di diagnose ada ketumbuhan di ovari..waktu tu, saya berada di tahun pertama..waktu tu,along yang bagitahu saya tentang berita tu..dan saya..memang tidak senang duduk dan akhirnya, dengan support dari kwan-kawan, saya pulang juga ke malaysia walaupun waktu itu, sedang exam final reproduction system.. waktu saya pulang tu, adalah hari kenduri kahwin along..memang tak dapat diubah tarikhnya..dan bila saya pulang, melihat keadaan mama..ya Allah..mama kurus sangat..perut mama besar sangat, macam ada fluid yang accumulate..dan mama tak banyak cakap..mama cepat semput ..dan mama tak seaktif seperti biasa..masa kenduri along, mama just duduk kat kerusi dalam rumah..ramai yang sedih tengok keadaan mama waktu itu.

Hari Ahad, saya harus pulang ke jatinangor..sebab pada hari Isninya, saya ada socca..dan Dr tidak membenarkan saya cuti wakti itu..berada di tahun pertama memang sangat nerd dan skema, saya tidak terfikir untuk ambik MC untuk skip socca saya, so that saya boleh berada sama-sama waktu mama operation..alhamdulillah, mama berjaya dioperasi..tetapi waktu yang mencemaskan waktu mama berada di ICU..mama tak dapat breathing well sebab fluid accumulation tu..so,fluid tu harus di keluarkan dan mama memakai alat bantuan pernafasan..dan waktu itu, saya berada di jatinangor hanya mampu berdoa..

Banyak perubahan yang berlaku selepas mama operation..

Mama seorang yang lebih tenang..jarang marah-marah kami..mama sentiasa senyum..mama kuat beribadah..mama join the club dengan makcik-makcik kat surau depan rumah..ya Allah..inilah hikmah Allah yang sangat tak terlihat waktu sakit dulu..

Sekarang saya di Bandung, alang di Perak, papa di Sarawak, dan mama mula belajar taip sms dari along..sebab nak contact kami..cute kot..sekarang hari-hari saya boleh sms dengan mama..hehe..

Bila kami ramai-ramai kumpul kat rumah, mama nampak happy sangat..mama akan masak for lunch, dinner and mama akan selalu tanya..
"Angah nak makan apa?"
"malam nie kita makan luar la..mama belanja."
"nak durian tak..nanti kita singgah pasar malam."
ok..tiba-tiba rasa sebak..

benda yang paling happy dalam hidup sehari-hari adalah bila dapat sms dari mama..

"Salam..macam mana hari nie?makan apa?"
"kat sini hujan..macam mana kat sana?"

Benda yang paling sedih sekali bila kena berpisah dengan mama kat airport..saya akan menjadi sedikit pendiam bila on the way ke airport..dan saya memang tak boleh balik bandung sorang2x..boleh meleleh air mata..waa..

Banyak sangat yang mama dah korbankan untuk saya..

Mama spent duit dia untuk beli baju saya.setiap kali balik ada ja baju kurung yang baru.dan ada ja tudung baru ke..
Mama spent masa dia untuk kami.Melayan anak-anak yang banyak songeh nie.
Mama jarang berasa penat walaupun kadang-kadang ada hari yang mama masak untuk catering, mama masih boleh bangun solat malam
Yang penting sekali, mama yang melahirkan kami.Menjaga saya yang kuat menangis waktu kecil.Melayan kehendak saya.
Mama tahu je apa yang saya suka dan tidak

Terlalu besar pengorbanan yang mama dah buat.

Pernah masa saya masih di sekolah, saya bengang and rasa nak marah sebab mama selalu suruh beli barang kat kedai.
Pernah jugak buat mama nangis.
Pernah je memberontak sampai hempas pintu kuat-kuat (childish habis..)

Apa ja pengorbanan saya buat mama?

Masa saya bersekolah asrama di kelantan, saya pernah mengecewakan mama.Sebab saya memberontak dan akhirnya pulang ke kajang.Dan kali ini, saya terima untuk belajar di bandung.dan berharap dengan perjuangan saya di sini, dapat menggembirakan mama..insyaAllah

Terlalu besar pengorbanan seorang ibu.
Terlalu tinggi nilai kasih sayang seorang ibu
Terlalu banyak jasa yang tak mampu dibalas.

Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan bertanya khabar
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan senyum bila diminta tolong
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan kejayaan
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan menjadi anak yang soleh dan solehah

Buat semua Muslimin dan muslimat,selamat menyambut hari raya aidiladha..hayati nilai pengorbanan para pejuang Islam sehingga kita mampu merasa nikmat Islam..

Kepada para pelajar di bandung, ayuh sertai pre-qurban di A.3.3 pada sabtu ini jam 12pm dan sedikit tazkirah dan takbir raya pada malamnya di kosan atau kawasan masing-masing.Dan yang nak tengok penyembelihan, di tempat biasa setiap tahun,Alpina..insyaAllah





p/s : pengorbanan itu luas maknanya.dan adakah pengorbanan yang kita lakukan selama ini adalah untuk mendapat redha Allah atau redha manusia?fikir-fikirkan~

p/s 2 : tahun nie join biro masak and kena masak rendang daging..wawa..cuak-cuak..hee

p/s 3 : saya sedang menjalani terapi menghadapi perasaan marah...huuuuhhh..tarik nafas deeply,hembus......=p

p/s 4 : saya merasakan bahawa peranan muslimat sangat penting dalam gerak kerja dakwah.Tujuan tetap sama tapi medan kita berlainan.Wahai muslimat di luar sana, ayuh berganding bahu..





2 comments:

  1. assalamualaikum..

    erm..banyak pengajaran tentang pengorbanan seorang ibu, tapi yg tak tahan tu.."manje sgt" '-__-

    p/s: cik susi, sila grow up~ kata nk jadi makcik :p huhu

    ReplyDelete
  2. duha : waalaikumsalam

    hei cik kuha, mana ada manja sangat..ape indikasinya?..huhu

    p/s: hello..saya dah matang kae..=p

    ReplyDelete