tulis..padam..tulis..padam..again and again..
hendak menulis sesuatu, terlalu banyak sampai tak tahu mana nak start dulu..
hari ni, saya dan beberapa sahabat sempat menghadirkan diri ke program Bilqis 2 yang diadakan di fakultas (fakulti) Sastera Jepang( Jepun) bermula dari jam 8 am dan tamat kira-kira jam 4..
Sedikit mengenai program BILQIS 2..
Jika melihat kepada para pemberi materi, pasti dapat teka tema yang akan dibawa dalam program nie..
Memaparkan penulis buku `Jalan Cinta Para Pejuang` dan terkenal juga dengan buku `Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim` dan juga `Agar Bidadari Cemburu Padamu`,Ustz Salim A.Fillah..
kalau kat sini, buku-buku tulisan beliau sama terkenal dengan Habiburrahman (penulis Ayat-ayat Cinta)..Mungkin di Malaysia buku beliau belum pernah sampai ke sana..saya masih mengumpul buku-buku tulisan beliau dan masih belum habis membacanya..tema yang dibawa oleh kedua-dua penulis adalag berkisah tentang CINTA tetapi diolah dengan gaya yang berbeza dan masing-masing mempunya tarikan yang tersendiri..
Ustz Salim A.Fillah berkongsi mengenai 4 perkara yang perlu ada apabila melihat cinta iaitu vision, passion, nurani dan discipline..tertarik dengan 1 kisah yang dikongsi.begini ceritanya,
Seorang muslimat (perempuan Islam) datang kepada beliau kerana berniat untuk bernikah dan ingin meminta pandangan dari beliau.Dan muslimat tersebut berkenan dengan seorang ikhwan (lelaki Islam) yang pernah membantu beliau dalam mengenal Islam.Muslimat tersebut membayangkan bahawa lelaki inilah yang bakal menjadi imam solat malamnya, berbuka secara sederhana dengannya ketika berpuasa sunat dan macam2x lagi benda baik la pokoknya..
Ustz Salim menjawab,`..ya,inilah masalahnya..` Muslimat tersebut tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh ustaz..dan ustaz terus mengatakan perkara yang sama..
dan akhirnya muslimat tersebut bernikah juga ikhwan tersebut..dan beberapa bulan setelah bernikah, muslimat tersebut berjumpa balik dengan ustaz dan mengatakan bahawa apa yang dibayangkan tentang ikhwan tersebut tak jadi seperti yang diharapkan dan dia sangat kecewa..
apa yang saya dapat dari kisah di atas is kita tidak boleh berharap or expect dengan hadirnya orang itu, dia yang akan dan pasti membawa kita di jalanNya..kita harus berharap padaNya..saling membimbing dan membimbing..saling memperbaiki diri dan dibaiki..jika kita jatuh hati pada seseorang kerana kesolehannya atau ketaatan dia beribadah, doalah agar kita mendapat jodoh dengan peribadi yang ada padanya bukannya berdoa dengan mendapat dia sebab boleh jadi dia berubah..huh~..
ok..tu baru sedikit yang bisa dikupas..
Seterusnya, ada seminar kesihatan oleh seorang doctr bercerita mengenai bagaimana perempuan harus menjaga kebersihan and etc..tidak perlulah kot diterangkan di sini..
ok..next adalah talkshow yang saya tunggu-tunggu juga...penampilan seorang ikhwan bersama isterinya iaitu kang Tora (Tony Raharjo) dan teh (kak) Melly dan seorang pelakon terkenal, teh Inneke (google la sendiri..sure korang kenal)..
Masing-masing sharing tentang bagaimana membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai Allah insyaAllah..kang Tora dan isteri lebih romantik saya kira rumah tangga mereka kerana sang suami sangat sering membahagiakan isteri dengan kata-kata yang indah dengan memanggil isterinya bidadari syurga dan melamar dengan berharap isterinya sudi menjadi sayap kirinya dalam jalan menuju syurga Allah..berbeza dengan teh Inneke yang katanya, lafaz `i love u` oleh sang suami boleh dikira dengan jari tetapi beliau sangat yakin dengan cinta sang suami yang tidak perlu diungkap..mereka hampir 10 tahun sudah bernikah..subhanallah..=)
okae..memang talkshow BILQIS 2 nie lebih menekankan bagaimana kita harus meletakkan cinta Allah sebagai priority dalam hidup kita dan bagaimana dengan cinta Allah, kita mencintai yang lainnya..bagaimana bahagianya cinta yang berlandaskan iman dan taqwa dan tidak dinodai dengan hawa nafsu semata..bagaimana cinta seorang wanita yang soleh itu sangat vital dalam perjuangan menuju cinta Allah..
Bila berkata tentang cinta, saya bukanlah pakarnya..tetapi yang saya pasti, saya yakin, dengan bercinta dan dicintai olehNya, saya bisa dicintai dan mencintai kepada yang berhak dan jika tidak di dunia,mungkin di syurga....
Ketika Cinta Harus Memilih....
p/s : salam awal muharram buat semua..jom jadi budak baik!hee
p/s 2 : beban dan ujian dalam minggu ini sangat berat...terasa tidak mampu untuk membuka mata setelah terlelap tidur..terasa seperti sesuatu yang berat menghempap jiwa..aku berharap hanya padaMu ya Allah..tunjukkanlah jalan itu...
p/s 3 : mahu pulang ke malaysia bertemu dengan yang di cintai..harus memilih sama ada untuk ke Permai atau Walk of Faith?wawa....
No comments:
Post a Comment