"Aku tak boleh terima ah kalo orang nak bagi ak nasihat or nak dakwah aku,tapi benda basic pun tak boleh nak buat.." Mr A
"Apa bendanya yang ko tak puas hati or tak suka nie..?" Mr X
"Ye lah.. aku ni tak suka kotor-kotor nie..nie dia nak berdakwah, tapi diri pengotor, aku tak boleh terima ah.." Mr A
"Owh yeke..mungkin dia tak perasan kot..tak pe,ko dengar apa yang dia nak sampaikan, bukan tengok orang yang menyampaikan.." Mr X
-tamat-
okae..
Walaupun kita selalu dengar yang bila seseorang itu menyampaikan, jangan lihat pada orang itu, tetapi lihat apa yang nak disampaikan, tapi hakikatnya kita akan lihat juga siapa yang menyampaikan.
Cara pemakaian orang itu
Tingkah laku orang itu
Dan benda yang mungkin sesetengah pendakwah tidak perasan
iaitu kebersihan orang itu.
Sama jugak macam kita nak beli buku.Kita akan lebih tertarik dengar luaran atau cover buku yang menarik dan cantik..walaupun ada pepatah mengatakan don`t judge a book by its cover,don`t judge a chocolate from its wrapper and etc., but still as human beings, kita mesti melihat luaran.
Dialog di atas, adalah apa yang pernah sampai ke telinga saya.Dan waktu tu, saya merasakan bahawa ada benarnya kata-kata Mr A.
Sabda Rasulullah dalam Hadith 40 susunan Iman Nawawi
“Bersuci adalah separuh dari keimanan,..................................."
Sangat penting untuk seorang pendakwah (iaitu anda semua sebagai seorang Muslim) untuk menjadi seorang yang pembersih.
Bersih di sini disepakati oleh para ulama terbahagi kepada 2:
1. Bersuci dari najis maknawi yakni dosa-dosa.
Dosa kecil, mungkin biasa kita lakukan dan kadang-kadang kita sibuk menambahkan ibadat tapi tidak mencuba untuk mengurangi dosa-dosa kecil mahupun besar.
Dosa berkaintan dengan keimanan kita.Bila iman kita tengah naik, kita mampu untuk menghindarkan perkara-perkara maksiat.Dan iman sangat berkait rapat dengan hati.
Bila kita buat dosa, dan kita rasa macam tak sedap hati, bersyukurlah..sebab itu pintu kepada mulanya taubat..cuba bayangkan bila kita buat dosa dan kita tak rasa apa-apa, ataupun kita senang dengan perkara itu, there is something wrong with your life..huhu..
2. Bersuci dengan air
Sebelum menunaikan solat contohnya, kita akan membersihkan diri dari hadath kecil dan besar.Dan solat berkait rapat dengan keimanan kita. Jika kita solat kerana iman, yakni kita percaya bahawa solat dapat mencegah kita daripada perkara mungkar, insyaAllah solat kita mampu melindungi kita daripada maksiat.Kalau kita dok solat tapi masih wat dosa..hmm..cek balik solat kita..
Kehidupan sebagai seorang yang sedar dan ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang pendakwah adalah sesuatu yang berat.
Dia akan dilihat apa yang dipakai
Dia akan dilihat apa yang diperkatakan
Dia akan dilihat apa yang dilakukan sehari-hari
Dan jika dia membuat silap
Dia akan terus dipersoalkan..
Bagi saya sendiri, sangat penting seorang pendakwah menjaga kebersihan.
Pakaian yang bersih.
Pakaian yang kemas.
Pakaian yang ber`iron`
Bilik yang berkemas
Bilik yang rapi
Bilik yang bersih.
Kita mungkin tidak dan tidak akan pernah sempurna sebagai seorang manusia.Tetapi, kita kena berusaha untuk jadi Muslim yang terbaik.
Segala tingkahlaku dan cara hidup kita akan menggambarkan apa yang kita bawa.Jangan disebabkan kita, orang meng`judge` Islam sebagai itu dan ini..
Marilah kita menjadi seorang yang pembersih.Bersih jasad dan rohani.Islam itu syumul.Sangat menitikberaktkan kebersihan.So,lets be the best Muslim..=)
p/s : raya Qurban di bandung tahun ni bersama-sama sahabat yang lain..=)
p/s 2 : kebanyakan muslimat gemar memakai tudung hitam.pastikan tudung hitam tu berganti ya..hehe
p/s 3 : exam-thesis-netball-upi,IMAN....gambatte..
p/s 4 : saya dapat anak saudara(anak kepada sepupu) baru.nama dia nik hannah melati bt nik mohd hakimi..melati...hmmmm...=p
No comments:
Post a Comment