Thursday, October 20, 2011

..legend..

last week, saya ada tengok 1 movie nie, actually rasanya film nie dah lama di mainkan di pawagam, tapi saya je yang baru je nonton film nie.

Legend of the Guardian.

Haa..saya memang peminat film cartoon, plus fantasy which is bertentangan with Cik K yang suka horror and thriller movie.Pada saya, kebanyakan filem cartoon banyak memotivasikan diri.Kalau fantasy tu, erm...kena kurangkan tengok sebab memang fantasy la kan..hoho..

Okay..
Tentang cerita ni,mengenai sebuah keluarga burung hantu,terdiri daripada ayah,mak, dan 3 orang adik-beradik..Soren, Kludd dan adik perempuan mereka Eglantine.Ayah mereka, Noctus sering menceritakan tentang kehebatan legenda Guardian of Ga`hoole yang merupakan pahlawan yang menyelamatkan daripada kejahatan `The Pure Ones`.

`The Pure Ones` merupakan sekumpulan evil warriors yang merasakan mereka yang berhak menakluk kehidupan semua owls dan menculik banyak owls untuk dijadikan hamba bagi menjayakan kerja jahat mereka.Okae..itu serba sedikit mengenai cerita tu.




Pengajaran yang ingin saya kongsi..

Tidak salah untuk memasang impian atau bermimpi untuk menjadi hebat.Impian yang dipasang akan membuatkan seseorang untuk berusaha mencapai impian tu.Kludd, abang kepada Soren sangat annoyed dengan perangai adiknya Soren yang sangat percaya tentang adanya lagenda Guardian of Ga`hoole.Tetapi kerana impian ingin bertemu dan menjadi hebat seperti Guardian tersebut, dia berusaha untuk belajar terbang dan ye akhirnya, dia menjadi seekor owl yang hebat dan memusnakan `The Pure Ones`.

Dengki.Masalah dengki adalah penyakit hati yang sangat susah untuk dikikis dan prognosis nya sangat teruk.Dengki boleh membawa kepada ketidakpuashati, marah, merasakan hanya diri hebat dan boleh memutuskan hubungan sesama saudara.

Saya teringat membaca artikel KUIH dari BAIK (biro agama islam kubi), yang berkisar tentang bersaudara kerana Allah.Apabila ada dengki atau cemburu dengan sahabat kita, maksudnya ada something wrong dengan keimanan kita.Apabila kita mengaku yang sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kita tak patut ada rasa dengki sebab semua mukmin adalah saudara kita..Nabi pernah bersabda..`..janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci...`

Kludd berasa dengki dengan kecekapan Soren yang lebih cepat dan cekap ketika mereka belajar terbang dan akhirnya Kludd menyertai Pure Ones dan Soren menjadi salah seorang Guardian.Akhirnya, kerana sikap Kludd yang berhati busuk, dia mati sewaktu pertempuran berlaku.

Ketiga

Soren mempunyai seorang sahabat yang dikenalinya sewaktu mereka diculik beramai-ramai oleh The Pure Ones dan mereka mempunyai fikrah yang sama iaitu tidak mahu menjadi hamba The Pure Ones dan berusaha untuk melepaskan diri dan akhirnya mereka berjaya.
Usaha tangga kejayaan.Biah (sekeliling) kita banyak mempengaruhi diri kita.Nak jadi baik, cuba untuk mencari biah yang baik, atau anda mengubah biah anda menjadi baik atau jika tidak dapat mengubah, anda menjadi contoh.Saya yakin, biah yang baik banyak mempengaruhi diri untuk menjadi lebih baik.InsyaAllah..

Keempat

Soren sangat mempercayai legenda Guardian of Ga`hoole walaupun tidak pernah bertemu dengan mereka dan sekadar mendengar cerita dari ayahnya.Teringat tentang hadith nabi mengenai ada sepasukan tentera yang akan menakluki Constinopel suatu hari dan walaupun hadith itu akan berlaku pada masa hadapan, 2 hamba Allah yang sangat percaya bahawa mereka yang akn menaklukinya iaitu Abu Ayyub Al-Anshari dan Muhammad al-Fateh.Mereka sangat percaya dengan hadith nabi dan berusaha untuk menawannya.dan sultam muhammad al-fateh berjaya.subhanallah.



Saya bagi 4 stars daripada 5 stars..Cerita yang penuh dengan kasih sayang antara adik-beradik, sahabat dan keyakinan yang kuat tentang apa yang dipercayai..Apa yang baik, kita ambil..insyaAllah

p/s : thesis-exam-raya-last sem

p/s 2 : saya nak jadi orang hebat..go!

3 comments:

  1. kartun pun boleh menjadi ibrah :-)

    ReplyDelete
  2. booo

    :p

    horror movie pun ada pengajaran tau, sentiasa bertawakkal n takut hanya pada Allah :D

    ReplyDelete
  3. ummufurqan : betul2x..ambil pengajaran dari apa sahaja yang kita saksikan..hehe

    duha : haha..ade suare2x yang tidak puas hati nampaknya..

    horror movie buat tachy je wat pe..makin tgk,makin takut ade la..lalala~

    ReplyDelete