Wednesday, June 8, 2011

please say no to `gossip`


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir selesai ujian akhir tahun.Dan sangat mengharapkan cuti supaya boleh bertenang sebentar dengan segala kekusutan.

Tengah-tengah dalam medan peperiksaan,boleh pulak tajuk thesis keluar bersama nama dosen ( lecturer).Bertambah stress la kami.Saya dan beberapa orang sahabat dah tempah tiket untuk pulang ke Malaysia.Itu pun sebab dapat tahu tak de cuti bulan 8..serius rasa macam kejam sangat.tapi,kami tekad untuk balik selepas exam final nie..=p..jadi sekarang,harus cepat-cepat jumpa dosen pembimbing sebelum pulang..insyaAllah

........................................................................................................




Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al hujuraat : 11

[1409]. Jangan mencela dirimu sendiri maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin karana orang-orang mukmin seperti satu tubuh.

[1410]. Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan
panggilan seperti: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.


Hari tu,sempat mentadabbur ayat bersama beberapa sahabat.

Kita sebagai manusia biasa memang tidak akan lari untuk mengata sesuatu mengenai seseorang,baik mahupun buruk.

Kita mudah berprasangka dengan andaian kita sendiri apabila melihat atau mendengar sesuatu keburukan orang.


Setiap keychain yang terdapat pada segugus kunci punya sejarahnya masing-masing.Walaupun kat keychain tu ada tulis Bali ke, Langkawi ke, patung kangaroo ke , keychain loceng-loceng ke,apa sahaja la,pasti mempunyai cerita di sebaliknya.




" keychain Bali nie aku beli masa pergi Bali hari tu....."

" owh..nie orang bagi,sempena birthday..kalau saya sendiri,tak sampai lagi ke Australia tu.."

"buruk-buruk pun keychain nie,dah 10 tahun kot aku guna..."

jika kita melihat keychain yang tertulis `Port Dickson` pada beg atau kunci seseorang,pasti kita mengadaikan dia sudah ke Port Dickson..ataupun,nampak keychain love heart yang half tu,kita dah buat andaian,"haa..sebelah lagi mesti pakwe die ada..eiii.." hakikatnya,kita tidak tahu..hanya andaian..

seperti juga apabila kita melihat sesorang.kita terlalu cepat judge orang melalui luarannya.tanpa cube mengenalnya.

situasi.
seseorang meletakkan gambanya yang agak kurang manis dan sopan di Facebook.Dan para stalker mula mengutuk-ngutuk dan menyebarkan gossip dan mengata yang buruk tentang gambar tu.Tersebarlah gambar cik sekian dek bawaan mulut orang tentang yang tidak baik.

Kita tiada HAK untuk mencela orang lain.mungkin orang tu tidak sebaik dan sealim yang kita rasakan,tetapi kita kena ingat bahawa hidayah milik Allah.tiada siapa mampu menolak tu

What if 1 hari dia bertaubat,dan jadi lebih baik dari kita,mampu ke nak mintak maaf ?

Setiap orang pasti punyai latar belakangnya yang tersendiri.

Mungkin dari kecil sudah didedahkan dengan didikan agama yang baik dan bila besar,terus menjadi baik dan mengajak orang ramai berbuat baik.

Mungkin dari kecil sudah didedahkan dengan didikan agama yang baik tetapi bila sudah bebas dari pandangan ibu bapa menjadi kurang baik dan mengajak orang menjadi kurang baik

Mungkin dari kecil didikan agamanya biasa-biasa aja,jadi masih bergaul bebas tetapi sekrang sudah menjadi baik dan mengajak orang berbuat kebajikan.

Macam-macam..

Tapi ingatlah yang IMAN bukan keturunan.

Jika benar la IMAN itu adalah keturunan

Kenapa bapa saudara Rasulullah menjadi penentang hebat agama Allah?

Kenapa isteri dan anak Nabi Nuh tidak mahu beriman?

Kenapa ayah Nabi Ibrahim antara yang membina patung berhala?

Iman tak dapat diwarisi
Iman tiada di pesisir pantai
Iman tidak dapat dijual beli

Beriman atau tidak,diri kita memilih

Jangan pernah kita menyalahkan atau menjadikan keluarga sebagai alasan untuk kita tidak menjadi baik.

Lebih kuat cabaran kita untuk mendapat iman,lebih manis ganjarannya.

Hidayah Allah tidak dapat bergolek.
Bila hati kita rasa untuk berubah,go for it!
Jangan lepaskan,grab the chance.

Semua orang berubah.
Tapi biarlah perubahan kita ke arah kebaikan.

Jangan pernah kita menghina seseorang kerana kekeliruannya
Jangan pernah kita mengata seseorang keran kejahilannya
Jangan pernah kita melihat seseorang dengan keji kerana masa lampaunya
Jangan pernah kita menyangka seseorang itu sangat buruk tingkah lakunya

Kerana kita mungkin lebih hina dan teruk dari itu.

sekian.
bantal ini punya sejarahnya sehingga ia menjadi nipis seperti ini-tanyalah tuannya- =p




p/s : home-sweet-home is cominggggggg....=)

p/s 2 : ada orang beli cincin sebagai barang persediaan untuk kkn..haha..

p/s 3 : one of my sis in caspel said , "ini ujian yang Allah kasi..nak bagi kita lagi kuat..nak kita lagi dekat dengan Allah..Allah rindu kita..=) "...la tahzan semua..=)









2 comments:

  1. enough and well said..

    betul, manusia mmg selalu bersangka-sangka..kalau tak nk jd mangsa sangkaan org, mungkin diri sendiri ni kena berhenti bersangka-sangka dulu..huu~

    moga Allah ampuni segala dosa2 kita..

    p/s:nak royalti!

    ReplyDelete
  2. amin..betul2x..kiter perbaiki diri dari hari ke hari...

    p/s : royalti ape ni??xpham2x..=p

    ReplyDelete