Monday, February 21, 2011

..ingin sekali..

Kenapa manusia itu

Sering saja lebih mementingkan

Perasaan sahabat,teman,kawan..

Lebih daripada apa yang Allah pinta..

Kenapa kerna terlalu ingin menjaga hati manusia

Da`i itu sering lupa menegakkan kalimah Allah

Tidak mahu menegaskan bahawa itu salah..itu silap..

Tidak mahu menegur walaupun silap berada di depan mata?

Kenapa?kenapa?kenapa?

Adakah perasaan manusia itu lebih perlu dijaga berbanding yang mencipta manusia itu?

Adakah tiada kekuatan untuk menegur kerana takut digelar kolot,x up 2 date,ptus mood org,?

Adakah kerana tidak yakin dengan hukum Allah?

Atau tidak yakin dengan balasan Allah?

Atau menyerahkan tanggungjawab itu pada orang lain?

Aku tidak mahu menjadi orang yang itu,

Aku ingin menjadi penegak agama Allah di muka bumi ini,

Aku ingin berada di saf hadapan untuk sama2x berjuang untuk Islam

Aku tidak mahu jadi manusia lemah kerana manusia,

Aku mahu berada di darjat yang tinggi di sisi Allah

Biarlah dikata kolot

Biarlah dikata ketinggalan zaman

Biarlah dikata putus mood orang


Aku ingin..

Aku ingin sekali bukan setakat menghidu harum bau syurga

Aku ingin sekali bertemu kekasih Allah

Aku ingin sekali bertemu Salahuddin al Ayubi

Aku ingin sekali bertemu Saiditina Aisyah,Khadijah dan yang lain2x..

Aku ingin sekali bercerita

Bahawa aku juga luar biasa untuk berada di syurga Allah

Ku mohon kekuatan dari Allah

Ku mohon pertolongan dari sahabat

Ku mohon bimbingan dari guru

Ku mohon maaf

Di atas segala khilafku..

Coretan,

Aku yang dambakan syurga Allah..

p/s: katakan TIDAK pada cinta sebelum bernikah

p/s 2 : jalinkan ukhuwah kerana sayangkan saudara Islam anda

p/s 3 : program BAKSOS bakal diadakan..akan dipromosi dalam masa terdekat..projek last before AGM..

p/s 4 : Ayuh pasukan panglima 08(purple)..kita jadi pasukan yang terbaik dan paling berdisiplin kali ini..

2 comments:

  1. selalu kita takut nak tegur kawan bila kawan adalah segala-galanya. mintak2 syera pon dipermudahkan untuk menegur dan ditegur kawan2. amin...

    ReplyDelete
  2. as-syahir :ye...perkara nie memng susah sbb kita nak jaga hati sahabat kita..tapi smpai bile kter yg dah tahu biarkan je perkara ni berterusan kan..mohonlah kekuatan dari Allah..insyaAllah,akan dipermudahkan..amin..

    ReplyDelete