Tuesday, February 1, 2011

..Bunga di sebalik duri..

Teringat kembali sewaktu zaman kanak-kanak,ketika masih berada di bangku sekolah,persoalan ini sering di tanya oleh tok ayah,

“Besar nanti nak jadi apa?(sudah di ubah loghat dari kelantan)”

“Erm...nak jadi cikgu..tak pun peguam..hehe..”

“Tak nak jadi doktor ke?”

“Doctor??ermm..tak taw la..”

Sebenarnya jawapan yang ingin diberi adalah `tidak mahu` tetapi tak sanggup nak meluahkan dan menghancurkan harapan.

Dan dengan izin Allah,sekarang berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti di Bandung.Jurusan kedoktoran.

Tidak pernah bercita-cita untuk mengambil bidang ini.Tidak pernah berhasrat untuk berjinak-jinak dengan darah mahu pun cadaver.Apakah?~

Saya yakin,pasti ada hikmah disebalik keberadaan saya di dalam bidang ini.

Saya yakin,pasti ada sebab mengapa Allah menempatkan saya di UNPAD dan bukannya di UGM bersama housemates saya yang lain.

Hikmah itu tersembunyi.

Akan terlihat pada yang mencari,Pada yang berfikir dari akar umbi.

Not Bad.

Boleh saya katakan,dunia kedokteran adalah sesuatu yang menarik.

It`s an art.

Saya dapat belajar tentang music,pitcures,soft skills,and the most important thing is..saya mengenali diri sendiri..Kenal diri membawa kepada mengenal siapa pencipta segala keajaiban yang terjadi dalam diri manusia..

Music : saya dapat mendengar macam-macambunyi heart sounds,breathing sounds

Pictures :saya dapat melihat pelbagai jenis makhluk Allah yang sehalus 0.5µm.Kecil tapi mampu membawa effect yang sangat besar

Soft skills :saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik.silaturahmi.

Belajar dalam dunia kedokteran bukanlah ilmu tentang penyakit semata-mata.

Yang paling penting,bagaimana sikap kita atau ethics terhadap pesakit.bagaimana mengawal sifat daripada marah atau terlalu emotional.melatih diri untuk mempunyai sifat empathy.

Bukankah itu semua diajarkan dalam Islam?

Alhamdulillah,saya telah nampak hikmah itu.Saya lebih mengenali siapa diri ini dan Ya Rab sebagai penciptanya.

Mengapa di bandung?

Diiukutkan hati,saya ingin saja belajar di universiti tempatan.Lagi dekat dengan keluarga,lagi menyenangkan dan menenangkan saya.

Hati memberontak di saat awal kerana `terpaksa` meninggalkan orang-orang yang disayang.

Sudahlah keseorangan tanpa teman rapat yang dikenali,kena pulak berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya.

`macam mana aku nak survive nie??uwaa..nak balik...`

Namun

Hati ini cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.pasti ada hikmahnya.Pasti ada.

Ya,kini saya tahu mengapa saya disini.

Saya kenal dengan ramai orang di sini.

Saya dipertemukan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang cukup dengan satu perkataan untuk digambarkan,`istimewa`.

Dengan mereka,saya mendekati Islam

Dengan mereka,saya yakin dengan Islam

Dengan mereka,saya belajar tentang ukhuwwah

Dengan mereka,saya belajar terlalu banyak perkara.

Terima kasih ya Allah.

Hikmah sakit dan sihat

Sihat dan sakit adalah 2 perkara yang pasti dihadapi oleh setiap manusia setiap hari.

Orang mula merasa nikmat sihat apabila dia dan pernah merasakan sakit.

Sakit dan sihatnya datangnya dari Allah

Sakit dan sihat dua-dua adalah ujian.

Ujian tanda sayang.Bagaimana Allah hendak menguji kapasitas keimanan kita jika kita tak di uji?

Setiap hari,ada sahaja dosa yang kita lakukan.Besar mahupun kecil.Direct or indirect.

Allah menyedarkan kita dengan tamparan berupa sakit.

Tapi adakah dengan tamparan sebegitu,mampu membuat kita sedar atau masih mempersoalkan takdir hidup?

Kembalilah kita padaNya,rinduNya Allah untuk mendengar rintihan hambaNya.

Sakit yang datang akan didahulukan dengan gejala atau sign and symptoms.

Bagi kita yang belajar medic,sign and symptoms adalah kunci yang membawa kepada misteri sesuatu penyakit.

Tanpa sign symptoms yang hadir,bagaimana manusia itu akan sedar bahawa ada sesuatu yang membahaya yang sedang berlaku dalam fungsi normal badannya.

Dengan sign symtoms yang ditunjukkan oleh Allah,ia memudahkan manusia untuk mengkaji dan seteusnya berusaha untuk mengubati,dengan izin Allah.

Lumrah Hidup

Berada berjauhan dengan keluarga,menghadapi kesusahan dalam pelajaran,lulus gagal dalam ujian,semuanya menjadi pendorong untuk diri menjadi lebih baik.

Tidak semua yang kita rasakan baik untuk kita adalah terbaik untuk kita.Mampukah kita untuk mengatur hidup kita tanpa bergantung harap padaNya sedangkan saat kita mati juga kita tidak tahu.

Ujian dalam kehidupan adalah tarbiyah dari Allah

Seperti menaiki tangga,

Mampukah kita untuk menaiki tangga seterusnya jika sering berhenti dan give up,

Kerana alasan penat dan tidak mampu.

Allah beri apa yang terbaik untuk kita

Pandanglah sesuatu dengan mata hati,

Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya.

Jika keluarga Yasir dibiarkan menghadap siksa di tengah panas padang pasir,

Itu tidak lain untuk memberi kekuatan kepada kita sekranag dalam perlunya pengorbanan dalam hidup .

Jika Palestin sehingga kini masih dibiarkan tetap bermandikan darah,

Itu tidak lain ingin mengajar kita erti perjuangan akidah dan mengenali bumi para Anbia`

Aturan kehidupan yang direncanakan oleh Allah cukup sempurna.

Terpualang pada diri kita untuk melihatnya.

Teruskan perjuangan!

Tiba masanya kita mengubah dunia!

p/s :cuti 5 hari untuk paper seterusnya.dan next,pulang ke tanah air.~

p/s 2 : apa sahaja bidang atau pekerjaan yang kita lakukan,jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur.Allah tidak melihat hasil seperti yang manusia sering pertikaikan,Allah hanya melihat usaha dan ketakwaan kita.Tidak hairanlah kenapa manusia tidak pernah puas.

p/s 3: jangan berlaku sombong di dunia.kamu hanyalah hamba yang lemah.Nasi yang sudah ada didepan bibirmu,jika Allah tidak redha,maka ia akan jatuh lagi.

p/s 4 :kehidupan umpama air laut.Diminum hanya menambah haus.

p/s 5 :kehidupan ibarat universiti dalam kehidupan.perlu kita hadapi exam untuk naik tahun,atau naik kelas.dari universiti,kita belajar macam2 perkara.teruskan mencari.

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    kebanyakkan manusia cetek akal fikirannya..
    belum nampak (hikmahnya) sudah dikatakan tiada..
    sedangkan kita tak sedar bahawa mungkin belum tiba masanya utk kita mengetahui kenapa begitu dan kenapa begini..

    be positive and always think positive ttg perjalanan hidup kita..He's the BEST planner!

    ReplyDelete
  2. duha:
    waalaikumsalam..itulah manusia..selagi kter tidak meletakkan kebergantungan padaNya,sampai bila2 pn kita hanya rsa kejayaan kita disebbkan oleh usaha kita..hidup untk mati,mati untk hidup..

    Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya..lets put the faith in Allah..

    ReplyDelete