Tuesday, September 6, 2011

..dah nampak anak bulan ke?..


..Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sehari sebelum lebaran

Lokasi : rumah mek dan tok ayah sebelah papa

Lokasi spesifik : dapur



Waktu : pagi sampai petang

Dari pagi lagi, saya, alang, mama dan mek(nenek) sudah mula berperang di dapur.Tahun nie, family along, family kimi ( abg saudara ), family adi (abg saudara ) dan family cik nen ( adik kepada papa ) tidak dapat pulang beraya.masing-masing beraya di sebelah pihak isteri dan suami.Tinggallah kami yang bujang-bujang ni ( bukan semua la bujang..hee..)



nasi ketupat instant..hee


Selalunya pengumuman raya di buat 2 hari sebelum raya, tapi sampai hari ini, masih belum ada pengisytiharan dilakukan.

sewaktu di dapur

Angah : uncle, jadi ke raya esok nie ?
Uncle : tak tahu la..tu la, selalu dah buat pengumuman 2 hari sebelum raya..kalau tak nampak
anak bulan,ikut hisab la..

lalu..uncle ke depan bertemu papa dan menanyakan hal yang sama..

dan sempat jugak text along yang berada di pahang ,


along..esok jadi raya ke?dah start masak2x ke?

along reply

along pun tak sure.tapi kat sini dah siap rebus ketupat, masak rendang,..n.bla..bla..
saya masih belum berpuas hati..

angah : mek,esok jadi ke raya? nie dah start nak masak nie
mek : tak pe..jadi ke tak jadi,kita masak hari nie..nanti kalau esok raya
dan kita tak masak lagi,
tak tidur malam kang malam nie..(dialih bahasa dari slang kelate)
angah : betul jugak..(angguk2x setuju..)

dan kami pun mula lah memasak rendang ayam, kuah kacang, nasi ketupat ( tahun nie beli yang instant,mudah dan cepat ), kek coklat dan sebagainya.itulah menu rutin setiap kali menyambut lebaran di kampung..tiap-tiap pagi raya sebelum pergi solat raya, kami semua pasti akan breakfast dengan menu ini..kira tradisi la..


ni kuah rendang yang masih belum masak



perasan tak kuali nie diperbuat dari tembaga?berat woo..
kata papa : ni turun temurun ni.
tapi memang banyak barang antik pun kat rumah mek..hehe

haa..ni bahan2x nak buat tapai a.k.a tape..ni pun makanan tradisi di kg saya.

wah..serius penat..nasib baik ada adikku tersayang,alang yang sangat hebat dalam bab-bab menghidupkan api arang..harapkan saya, sampai esok la tak siap rendang..hehe..

selepas berbuka dan menunaikan solat maghrib, saya duduk di depan TV berseorangan.Yang lain masih di dapur menikmati juadah berbuka ( mereka solat dahulu sebelum makan berat..).

".....saya...dengan ini mengisytiharkan bahawa esok,selasa 30 ogos 2011 adalah tarikh 1 syawal.......selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir dan batin.."

alhamdulillah,esok raya..wohaa~...

gembira ke sedih eh ?

saya gembira sebab saya berjaya melaksanakan beberapa list target Ramadhan saya dan bersyukur sebab masih di beri kesempatan menyambut lebaran bersama orang-orang yang disayangi..

saya sedih sebab Ramadhan dah pergi dan sempatkah saya bertemu dengan ramadhan yang seterusnya ? ..huuuu...

...bersambung




Thursday, August 25, 2011

..Saudaraku di Gaza..



Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..saya masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis pada kali ini..mengutip kata-kata seorang penulis buku yang saya kagumi, " Pen dicipta untuk menulis, insyaAllah pen akan berada dalam keadaan baik selagi ia digunakan untuk menulis.Kerana ia diciptakan untuk itu.Jika digunakan untuk mencucuk,baling dan sebagainya,maka rosaklah ia kerana ia bukan diciptakan untuk itu."

Begitulah juga dengan kehidupan kita..diciptakan untuk apa..dan apa sahaja yang telah kita lakukan..sama ada membentuk diri kita menjadi baik atau buruk..sedikit muqadimah untuk entry kali ini..

sudah hampir seminggu saya berada di rumah..alhamdulillah..saya masih mampu menjalani ibadah puasa..sibuk tolong mama buat biskut raya tempahan orang dan juga untuk saudara-mara di kampung..dan malam ni saya akan bertolak ke kampung tercinta..kelantan..hehe..

...............................................................................................................

Pagi tadi, sambil-sambil mengemas barang yang bersepah di ruang tamu atas, saya sempat mendengar perbualan dan perbincangan di radio IKIM be
rkaitan tentang misi Ramadhan Di Gaza ( RADIG ).Misi ini disertai oleh beberapa wakil dari Malaysia termasuk Setiausaha Agung MAPIM, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dan angkasawan negara Datuk Dr Syeikh Muzaffar Syukor.



di masjid berhampiran tempat bedilan

Dr Syeikh sempat berkongsi tentang pengalaman sewaktu berada di Gaza.Betapa deritanya rakyat Palestin yang terpaksa bersusah payah untuk meneruskan hidup tetapi mereka sentiasa tenang dalam apa juga keadaan yang berlaku.Beliau juga sempat berkongsi tentang pengalaman apabila berlaku serangan dari tentera Israel di awal pagi subuh di mana beliau merasakan seperti gegeran yang kuat berlaku.Beliau menyangkakan jarak dari tempat beliau dengan tempat serangan adalah kurang lebih 3km tetapi hakikatnya adalah 400m dari tempat penginapan.Bangunan yang sedang dibina di bom oleh tentera Israel tanpa belas kasihan


Dr Syeikh sempat berpesan supaya rakyat Malaysia menyumbangkan dana walaupun RM1 kerana saudara-saudara di Palestin amat memerlukannya.Beliau juga memohon agar rakyat malaysia sentiasa mendoakan saudara Palestin di sana.



Isu-isu di Gaza sangat menarik perhatian saya.Lagi-lagi adanya misi dari malaysia yang turut serta mengambil berat tentang ini.Saya dapat rasakan bahawa inilah ukhuwah berlandaskan iman.Bila ada yang berbicara tentang isu Palestin, saya terasa sangat dekat dengan orang itu.Sebab isu Palestin ini bukan isu mereka.Mereka di Palestin adalah saudara saya.saudara kita.yang menderita di sana adalah adik-adik kita,kakak-kakak kita, ibu-ibu kita..

“Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.”
(HR. Bukhori dan Muslim)

Tapi..kenapa masih ada antara kita rakyat Malaysia terutamanya masih ada yang TAK TAHU apa itu Palestin? apa yang berlaku di Palestin ? sekali lagi mahu beralasan ?

Saya kongsikan lagi apa yang dibincangkan di IKIM tadi.Kata
salah seorang pembicara, rakyat palestin sangat miskin sehingga mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapat makanan untuk berbuka puasa sedangkan kita hanya menunggu waktu berbuka. Kehidupan kita terlalu senang dan leka.Segalanya mudah.




Isu BOIKOT Israel


Berapa ramai yang peka tentang ini ?

Isu Boikot bukan isu main-main..suka-suka nak boikot..ingat senang ke nak boikot..manjakan sangat diri dengan bermandikan johnson-johnson, berminumkan Milo Nestle, mengenyangkan perut dengan Mc Donald..



sebahagian barangan boikot

Saya..secara jujurnya,bukan mudah untuk boikot barang-barang israel kerana produknya tersangat banyak di pasaran..Mc Donald menjadi favourite food saya sewaktu zaman sekolah..mana taknya, jarak antara sekolah dengan Mc D hanya 5 min..Milo menjadi peneman sewaktu mengulang kaji pelajaran..dan macam-macam lagi..sama seperti anda..






Bukan ingin membangga diri.saya sekarang sudah hampir 2 tahun tidak makan Mc D dan menukar banyak produk kepada non-Israel tetapi kerana bencinya saya pada kekejaman Israel.Saya sayangkan saudara saya di Palestin.

Untuk ke bumi Palestin buat masa terdekat ?
Saya memasang impian itu.
Tapi apa yang saya mampu lakukan sekarang ?
Apa yang ingin saya katakan pada mereka jika saya ke sana ?
"tak mampu la nak boikot-boikot nie..tekak tak sedap kalau tak de Milo.."..what?!

Saya menyeru kepada semua..

..MARI BOIKOT ISRAEL..

Berilah sumbangan kepada rakyat Palestin di sana
Doakan kesejahteraan mereka di sana
Peka dan please alert dengan apa yang terjadi di dunia Islam..

Wassalam.

p/s : baca ini untuk laporan RADIG 2

p/s 2 : tekan ini untuk senarai barang boikot.

p/s 3 : manusia sering memuji sesama makhluk tetapi sering lupa kepada pencipta makhluk

p/s 4 : proposal thesis belum siap..wawa...



Thursday, August 18, 2011

..blueberry cheesecake..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Beberapa jam lagi, saya bersama rakan-rakan yang lain akan pulang ke tanah air, bertemu keluarga tersayang, meneruskan Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi..can`t wait..wohaaaa..

Okae..hari nie nak share 1 resipi dengan anda anda dan anda..cuba la!..=)








Bahan2xnya

500gm cream cheese (philadelphia)
1 cawan gula castor
1 sudu esen vanilla
1/4 cawan tepung jagung
2 sudu sour cream
5 biji ptih telur (dipukul asing,dah kembang baru cmpr dengan bhan2x kat ats)

Base
2 cawan biskut marrie
3/4 butter

cara2xnya..

1)Buat bahagian base tu dulu..sebab base kena keras dulu.biskut marrie tu ditumbuk.jangan blend sebab nanti halus sangat and nanti cam senang terburai.

2)Then,cairkan butter,dah cair,tutup api,msukkan biskut marrie yang dah ditumbuk tadi.

3)Haa..lepas tu, masukkan ke dalam loyang..mampatkan..loyang yang saya guna special sikit..loyang tu memng berminyak sikit n boleh dipisahkan base n keliling bulatnya..

Next..

1)Ini untuk cake tu sendiri.Masukkan cheese dan gula castor tu.pukul smpai kembang.

2)Then, masukkan sour cream.Orang kata,boleh guna yogurt untuk gantikan sour cream,tapi saya tak pernah cube la.

3)Masukkan tepung jagung n esen vanilla

4)Finally, masukkan putih telur yg kita dah pukul asing tu..haa..

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada base yang dah disejukkan tadi.

Untuk bakar kek nie, pastikan anda letak loyang nipis atau apa-apa yang sesuai dan di isi dengan air supaya kek nie lebih lembap.

Untuk toping, boleh guna blueberry..saya pernah cuba guna kiwi..tapi blueberry is better..

Try it out..hehe


Resipi nie kakak angkat saya yang ajarkan masa saya form 5 macam tu..then,sama2x buat dengan mama..dan pernah buat kek ni untk abang angkat sebagai hantaran meminang..
haa...sape2x nk tempah untk pertunangn die,roger2x la..ahaks..special price!! =p


Tuesday, August 16, 2011

..heartless..

kosong.hitam.fragile.unstable.


Ya Allah
Kau hantarkan dia dan dia
untuk mengujiku
Aku semakin mengerti tentang itu
Tapi
Adakah aku mampu ?

Ya Allah
Aku sering mohon kekuatan dariMu
untuk aku sujud menyembahMu
untuk aku menyebut namaMu setiap detik
untuk aku mendendangkan bait-bait indah dariMu
untuk aku mengamati lembaran-lembaran cintaMu
Untuk itu
kau turunkan ujian buatKu
namun aku masih belum mampu
menjadi hambaMu yang terbaik

Ya Allah
Datangkan aku rindu itu
Aku terlalu rindukan rindu itu
Cairkan batu yang bertompok di hatiku
Untuk aku merasakan lagi indahnya rindu itu

Ya Allah
Kurniakan aku pendamping yang bisa membimbing aku
Untuk menemuiMu
Kurniakan aku cintaMU
Kerna aku terlalu lemah
untuk berjalan di muka bumi yang penuh tipu daya ini
tanpa redha dan kasih sayangMu


p/s : maafkan segala khilaf saya.saya memang cepat marah kalau perkara tu tak kena dengan kehendak saya.tapi saya faham.saya tak boleh expect high from others.jadi,maafkan lah segala kekurangan saya.Saya patut bersyukur kerana Allah hantarkan anda kepada saya untuk mendidik diri saya supaya bersabar.supaya darjat saya lebih tinggi di sisiNya.saya sayang anda kerana Allah.

p/s 2 : esok judicium 2 (pengumuman result exam ).apa yang saya doakan moga dimakbulkan Allah.dan selepas tu , saya akan pulang ke Malaysia.doakan saya selamat sampai.

p/s 3 : doakan saya dan sahabat-sahabat di permudahkan dalam kami menjalankan thesis kami.mungkin ada orang yg smooth je perjalanan thesis nya.ada yang sampai sekarang masih terkapai-kapai..dont despair and never loose hope,coz you have Allah by your side..






Tuesday, August 9, 2011

FaCeBoOk

..Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam,seharian juga saya di Bandung..dan sangat bersyukur ,saya dapat jumpa kedua-dua doc pembimbing thesis saya..saya dapat berjumpa dengan bapak yang kerja di bahagian pharmaco..saya berjaya mandiri ke UNISBA dan dari UNISBA ke RSHS..wohaa...

Dan besok , last paper exam saya..yeay..after this,kena fokus on thesis yang sering bertandang dalam mimpi saya beberapa hari ini..penatnya..cant wait to go home.ommmaaa..

ok..post kali ini,tentang something yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan..bukan tujuan untuk menyinggung mana2x perasaan,sekadar mengambil manfaat darinya..check it out..

......................................................................................


LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.

Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.

Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.

Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.

Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.

Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.

''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.

Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.

Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.

''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.

''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi


p/s: taken from utusan n duha`s blog

p/s 2 : i don`t have a facebook and im okay..boleh pinjam fiqa punya,alang punya..haha..

Saturday, July 30, 2011

..welcome Ramadhan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan is coming..ya..esok dah start puasa..malam ni dah start tarawih..pejam celik pejam celik,dah sampai ke Ramadhan yang seterusnya..adakah Ramadhan kita kali ini sama seperti Ramadhan yang lepas ?

Puasa pertama saya sudah semestinya di Bandung..bersama-sama adik beradik Caspel yang lain..Bila duduk berjauhan time puasa,semua kena fikir sendiri..mandiri..sahur kena bangun sendiri,nak fikir masak apa buka nanti,sahur nak masak apa,dan macam-macam..

persiapan bulan Ramadhan ? hmm..

persoalannya,bagaimana dengan :

Persiapan iman ?
Persiapan mental dan fizikal ?
Persiapan harta untuk lipatgandakan sedekah ?
Persiapan ilmu ?

Seringnya dan seharusnya , sebelum kita melakukan sports game seperti netball ke,futsal ke,badminton kita, kita akan warming up supaya di tengah-tengah atau di akhir permainan,kita tidak pancit , sakit , exhausted dasyat , pengsan dan sebagainya.Dengan memanaskan badan,kita menyiapkan diri untuk bermain supaya segalanya berjalan lancar.



Sudahkah kita warming up untuk menyambut Ramadhan ?

Sangat cantik Allah meletakkan bulan Rejab dan Syabaan sebelum Ramadhan di mana waktu itu,kita digalakkan berpuasa dan beribadah lain..waktu nie lah kita nak melatih mental dan fizikal kita supaya kita tidak mudah capek (penat ) sewaktu bulan Ramadhan,supaya mudah kita untuk bangun sahur dan sebagainya..hmm..

Saya nak kongsi beberapa adab-adab puasa menurut sunnah yang saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai..jom kita ikut apa yang nabi buat..=)

1 ) Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu

" Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa "
(HR Bukhari dan Muslim )

Bila dah masuk waktu Maghrib tu,tinggalkanlah segala pekerjaan kita sebentar , dan berbukalah..okae?..

2 ) Berbuka dengan rutab , tamar atau air.

haa..ape beza rutab dengan tamar ?

Rutab nie buah kurma yang dah masak tapi belum kering , lembut dan manis..apabila dah kering,tu yang dipanggil tamar..

Sekarang dah senang nak jumpa kurma yang bermacam jenis..tinggal beli je..

Mengikut hadith , kalau tak de rutab makan tamar,if xde tamar,buka dengan air..

3 ) menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan rutab , tamar atau air sebelum makanan dihidangkan.

Tapi jika makanan telah dihidangkan , makruh untuk kita tinggalkan makanan itu

"Apabila telah dihidangkan makan malam,maka mulakanlah ia sebelum kamu solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (HR Bukhari dan Muslim )

Mengikut huraian hadith , untuk semua solat juga begitu.Makan dulu , kalau ada makanan.sebabnya,itu mendapatkan solat yang khusyuk.

4 ) Makan tidak berlebihan.

Haa..ni penyakit biasa bila bulan Ramadhan..mana tak nya,bazaar bukan main banyak lagi kat Malaysia..dengan ayam goleknya , roti john nya,kuih-muihnya ( rindu lompat tikam ),air berwarna-warna..penuh meja waktu berbuka..

Why not,tahun ini,kita buat PERUBAHAN.

Mungkin tahun-tahun lalu, kita suka beli sampai 3 jenis..tahun nie,kita beli 1 jenis je dan sepakat dengan adik-beradik yang lain..=)

5 ) Berdoa ketika berbuka
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa,doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka "
(HR Ibnu Majah )

Doa..Doa..dan Doa..

Jangan pernah berhenti untuk berdoa..percaya dengan doa yang kita lafazkan dengan mulut ataupun hati..

Berdoalah juga buat saudara seakidah kita seluruh dunia..kan brothers withour borders..=)

Selamat menuaikan ibadah puasa buat semua .. ayuh kita berlumba .. semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita untuk menjadi manusia yang lebih baik di sisi Allah..
Maafkan segala salah dan silap saya , kalau saya ada hutang meh la datang rumah tuntut tak pun halalkan..

Iktibar Ramadhan - Raihan

Nun Di Sana Anak Kehilangan
Ibu Dan Ayah... Entah Di Mana
Kesedihan Melanda
Derita Yang Berpanjangan
Belas Kasihan Pengharapan
Dari Redup Mata Yang Lemah
Tak Siapa Dapat Merasa
Di Manakah Belas Kasihan

Ramadhan Menginsafkan Kita
Kesusahan Mereka Semua
Ramadhan Menyedarkan Kita
Senang Tak Lama
Bahagia Tak Kekal
Ketenangan Hanya PadaNya
Kembalilah Kepadanya

Nun Di Sana Masih Ada Jalan
Putih Peluang Kebaikan
Sebulan Di Bulan Ramadhan

Nun Di Sana Masih Kedengaran
Tangisan Insan Yang Kelaparan


Friday, July 15, 2011

..desa de`hearty..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

sudah sebulan lebih saya tidak update blog..waaa..maklumlah,sebulan di desa.dan sekrang baru pasang internet (terima kasih kepada jiran baru di atas tawaran yang diberikan..heh ).hehe..dan sekarang,busy dengan thesis dan exam..2 weeks n plus = Malaysia..yeay..

......................................................................................................................................

okae..post kali ini,saya nak kongsi pengalaman saya berada di desa cibogo,padaherang,ciamis selama sebulan untuk kerja kuliah nyata..kami,20 orang mahasiswa unpad,berbeza-beza fakulti,berbeza latar belakang,berbeza pemikiran,ditempatkan di desa tersebut untuk berkhidmat atau belajar tentang kehidupan masyarakat.




beginilah jalan ke desa saya.

Minggu 1

Pertama kali menjejakkan kaki ke desa yang dikelilingi penuh dengan sawah dan disambut dengan angin yang cukup mesra.Akhirnya kami sampai ke rumah yang telah dipersetujui ramai.Walaupun saya dan beberapa sahabat saya kurang setuju dengan rumah yang kami bakal duduk selama sebulan,tetapi kami terpaksa juga menerima hakikat ini disebabkan tiada lagi rumah yang available.

Rumah kami ada 3 kamar dan 1 kamar mandi.dan disumbat dengan 20 orang,campur cowok sama cewek.Itu yang menjadi cabaran buat saya dan teman-teman dalam menjaga aurat dan pergaulan kami.Ruang tamu merupakan tempat tidur para cowok ( lelaki ).dan yang perlu kami semua sabar adalah penggunaan toilet yang cuma 1 yang memerlukan kami queue (kalau toilet kosong adalah miracle )..toilet tu lah tempat kami mandi,cuci pinggan,cuci baju dan etc.

Minggu pertama adalah sangat mencabar buat saya.Masih belum dapat mengadaptasi dengan baik.Belum dapat bergaul dengan teman-teman KKN.yang ada di fikiran saya adalah MAHU PULANG!!hari-hari menghitung waktu untuk pulang




dari kiri : Maria,Ilma,Pua,Sue,Susi,Duha,Ainal.Tika


persembahan dari adik-adik sek. rendah


Minggu kedua

Makin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Kami menghadiri pelbagai undangan masyarakat sekeliling.antaranya majlis khitan yang ada persembahan kuda lumping ( kuda kepang ) , Rajaban (ceramah dalm bahasa sunda..waa..totally zzz..) , kenaikan kelas anak TP, SD dan TPA , pengajian bersama ibu-ibu dan banyak lagi.Kami mula bergaul dengan masyarakat dan anak-anak kecil di sana.



persembahan adik sekolah agama


salah satu hiburan anak-anak di sana.


waktu survey di sekolah


Minggu kedua juga,kami mula merancang program-program yang akan dilaksanakan.Program bersama dosen berkaitan dengan kompos,program kesihatan terdiri daripada pemeriksaan tekanan darah gratis (percuma ),penyuluhan ( macam talk ah.. ) tentang sanitasi linkungan dan pola hidup bersih dan sehat, penyuluhan dekat adik-adik sekolah rendah tentang cuci tangan yang bersih dan berus gigi dan dari sudut pendidikan , kami menjurus kepada motivasi buat anak-anak kecil.

Alang-alang da sampai ciamis,which is 1 hour from pangandaran, kami sempat libur (bercuti ) di Green Canyon dan Batu Karas.Green canyon sangat awesome!hehe..sangat cantik..kami naik bot sampai masuk ke kwsan gua yang airnya sangat bersih..di Batu Karas,kepulangan kami disajikan dengan sunset yang sangat Subhanallh..=)



green canyon - bot budak2x comey..haha


itu pak kordes (kordinator desa ) kami


Minggu ketiga

kami mula sibuk dengan persiapan program-program yang telah dirancang..meeting..keluar survey..buat slides power point n etc..we work together,tak kisah la program kesihatan ke,pertanian ke,pendidikan ke,tapi kami tetap kerja bersama..



mengikuti diskusi ilmiah kesihatan di PUSKESMAS PADAHERANG


mamet,fadhil,joe,putri



materi untuk adik-adik - gigi



dalam kesibukan,sempat lagi kami bercuti di 2 lagi destinasi iaitu Pangandaran dan Citumang..Citumang ni macam kawasan air terjun yang sangat cantik,bersih dan aktiviti yang boleh dilakukan is body rafting..tapi sedih sebab saya tak dapat join sebab faktor kesihatan diri yang tak mengizinkan..



Minggu keempat

ok..ni minggu yang paling memenatkan..program kami berterusan dari Ahad sampai Jumaat..Program penyuluhan dari dosen kami tentang pembuatan kompos dari jerami padi,penyuluhan di pusat kesihatan (posyandu ) buat ibu-ibu dan bapak-bapak which tempat dia tersangat la jauh,dan kami berjalan kaki..tapi di tengah2x perjalanan,saya naik motor..yeay!(dan mengankut la kwan2x perempuan yg lain)..hehe..dan teka siapa yang bagi talk masa tu??wawawa...then,kami beramah-mesra dengan adik-adik sekolah rendah yang sangat cute dan sangat nakal..




adik-adik yang sangat nakal

kami dibahagikan kepada 5 kelompak..dan saya sangat bertuah ??! sebab mendapat kelas yang muridnya tersangat nakal dan susah untuk dikawal..penat kot..darjah 2..saya expect mereka sangat diam di hari pertama..ternyata dugaan saya salah..kata teman sekelompok saya ( Komeng : ini pasti hukum karma..) sebab waktu dia di SD,dia sangat nakal..haih..bayangkan apabila kami tanyakan tentang cita-cita,ada yang kata mahu menjadi pocong?!! lanun??!! what?
serius kelas tersangat bising..dan dapat dikawal waktu2x terakhir apabila kami bertanyakan soalan matematik dan siapa dapat jawab dapat chocolatos..hehe..



ini kelas darjah 2 bersama fasil..heh


aep ,putri,ibnu dan mamet



ibnu - sangat nakal,bagus dalm menghitung jika dalam bahasa Jawa..



ini dokter gigi kami - ayu dan dara


jack n dapit - geology + pertanian = ?

okae..malam terakhir,kami buat nonton bareng (bersama )..filem laskar pelangi..saya yang excited sebab belum pernah tengok sampai habis..tapi still,cerita tu tak sampai habis sebab dah agak lewat malam,adik-adik semuanya sudah pulang.

huh..pada sabtu hari,kami pulang..perasaan..gembira..sedih..terharu..semuanya bercampur..

terlalu banyak pengalaman yang mengajar saya sepanjang sebulan berada di desa..

saya belajar tentang erti syukur
saya belajar tentang erti mandiri
saya belajar tentang erti membina ukhuwah

saya ingin menyebut semua nama teman-teman KKN saya yang sangat baik , supportive , nice, awesome..hehe..

Dari pertanian,Fadhil (ketua kami-yg pada awalnya nmpak serius tapi setelah 1 minggu,suka menyakat),David atau panggilannya Dapit (hari2x dialah yang paling akn buat kami ketawa golek2x..ok..lebay..),Jovian atau Jo ( peminat Naruto..wohaa..movie mania),Maria (sangat manja dan suka sharing ),dari keperawatan Susi (teman sekamar yang sangat memahami ),Putri ( sangat ceria,pandai masak,punye idea yg bagus ),Agus (ketua team medic,hebat gitar ),Ilma (supportive,teman sekamar, sangat suka bergambar ), dari ekonomi komeng (en genius yang suka berfikir dan banyak bertanya ) ,mamet (manja tapi kadang2x sebel-geram),tika (sangat rapi , perfectionist ,teratur) ,geology sumahang atau jack ( suka nyanyi,pendapat yang bagus) ,dari kelautan- aep (sangat sopan dan baik ) ,iput (keibuan , suka masak ),kedokteran gigi - ayu (santai, mesra), Dara (nampak pemalu ,suka senyum ) dan dari kedokteran niksyu (sapa la nie ),duha (supportive,informative,sudah pandai menjahilin orang),safuraa (laptop supplier,tgsan masak bersama,best la weh dengan ko) dan ainal(pemalu,cikgu english,suka termenung..haha).

sebelum pergi KKN, hati saya berat untuk melangkah keluar dari Jatinangor..sebulan-1 rumah-lelaki perempuan-toilet 1-panas....but now..=)

setiap perkara yang berlaku dalaam hidup kita pasti ada hikmahnya..sama ada kita dapat figure out or tak..tak saya nafikan , sebulan bersama teman-teman KKN merupakan antara kenangan terindah tetapi ujiannya tetap ada..dan ujian itu mengajar kami untuk lebih dewasa dan berhati-hati dalam hidup..

ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
meskipun kini terpisah demi kasihNya.

-end-