Siapakah ratu ?
itulah persoalan pertama yang ditanya oleh pemberi ta`lim minggu ini.
sebagai MC, saya jugak tidak ketinggalan ditanya soalan yang sama.
" Ratu Balqis ke? ke Queen Elizabeth? Ratu saya adalah ibu saya.." itu antara jawapan yang diberi.
kita hold dulu tentang persoalan `siapakah ratu` tersebut.
Ingin berkongsi cerita tentang dua sahabiah, mungkin ada yang dah pernah dengar kisahnya, ada yang masih samar-samar..dan saya diberikan kesempatan dengan izinNya untuk mendengar kisah ini 2 kali dalam ta`lim berbeza lokasi dalam minggu yang sama..alhamdulillah..
Mereka adalah Ummu Sulaim dan Ummu Shuraik..
Ummu Sulaim..(US)
Sebelum memeluk Islam, beliau pernah bernikah dengan Malik B.Nadir dan setelah kedatangan Islam, US memilih untuk memeluk Islam dan taat dengan perintah Allah.Sebaliknya terjadi kepada suaminya yang menolak Islam dan mereka berpisah.Beberapa lama kemudian, Malik B.Nadir meninggal dunia.
US mempunyai seorang anak bersama suami pertamanya iaitu Anas B. Malik..US sangat menyayangi anaknya.Tetapi semasa peristiwa Hijrah, US dengan rela hatinya memberi anak kesayangannya kepada Rasulullah untuk menjadi pelayan atau pembantu Rasulullah walaupun Anas B. Malik bukanlah hamba.Dan disebabkan Anas B. Malik banyak berdamping dengan Rasulullah, beliau banyak meriwayatkan hadith..subhanallah..
US kemudiannya dilamar oleh Abu Talhah yang awalnya bukanlah seorang Muslim.Walaupun hatinya sudah terpaut dengan Abu Talhah, tetapi kerana akidah dan ketaatannya dalam beragama, US menjawab lamaran Abu Talhah dengan berkata bahawa mahar untuknya cukuplah jika Abu Talhah memeluk Islam.Dan mereka akhirnya bernikah dan dikurniakan seorang anak yang baik iaitu Abu Umair.
Abu Umair sangat disayangi oleh oleh Abu Talhah dan Ummu Sulaim.Sewaktu permergian Abu Talhah di atas suatu urusan, ditakdirkan Allah,anak kesayangan mereka meninggal dunia.US dan keluarga menguruskan jenazah anaknya dan US meminta untuk semua untuk tidak memberitahu suaminya.Jenazah anaknya dirapikan dan diselimutkan.
US seterusnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dan sejurus Abu Talhah pulang, beliau bertanyakan tentang anak mereka.US menyatakan bahawa anak mereka sedang berehat dan lebih tenang.Dan US terus melayan suaminya tanpa memberitahu tentang kematian anak mereka.Keesokan paginya (if im not mistaken), US bertanya kepada suaminya,jika seseorang meminjamkan barang kepada seseorang, perlukah orang itu mengembalikannya semula? Abu Talhah menyatakan sudah tentu harus.Dan boleh ke kalau orang yang meminjam tu tak nak pulangkan barang yang telah diberi pinjam?Sudah tentu tak patut.Begitulah US menganalogikan bahawa anak mereka yang dipinjamkan oleh Allah telah kembali dan diambil oleh Allah.Abu Talhah sangat sedih dan seterusnya menemui Rasulullah dan menceritakn peristiwa tersebut, dan Rasulullah mendoakan anak mereka..subhanallah..mereka kemudiannya dikurniakan anak lagi yang hebat2x dalam menghafaz Quran dan sebagainya..
Ini baru kisah Ummu Sulaim..belum masuk Ummu Shuraik..mungkin akan dibahaskan untuk post yang lain..
'Apa pengajaran yang korang dapat?`tanya pemberi taklim
Banyak je yang boleh kita dapat.Saya simpulkan di sini beberapa pandangan dari sahabat dan adik-adik yang disayangi.
Ummu Sulaim mendahulukan cinta Allah lebih dari segala-galanya..walaupun hatinya sudah berkenan pada Abu Talhah, tetapi kerana ketaatannya pada Ya Rabb, dia meminta supaya Abu Talhah memeluk Islam sebagai maharnya..
Cinta kebanyakan manusia zaman sekarang bersarangkan hawa nafsu..memulakan kisah cinta dengan kemurkaan Allah dan kemudian berdoa mengharapkan redha Allah..tak rasa pelik ke? masing-masing ingin menunjuk bahawa kisah cinta merekalah yang paling `sweet`, paling `cute`, paling `romantik`, sedangkan yakinkah mereka itu adalah pasangan atau jodoh mereka?
Di sini, saya ingin terus kaitkan tentang persoalan `Siapakah ratu?` seperti yang di atas.
Kalau kita tengok, seseorang ratu tu, tak kiralah queen elizabeth ke,ratu pemaisuri ke, dirinya sangat dijaga, dirinya sentiasa dilindungi, dirinya bukan senang2x orang nak tengok or jumpa, dirinya sangat exclusive, bukan semua orang boleh salam or sentuh2x, nak keluar rumah harus ada orang yang dipercayai teman..
Itulah sebenarnya ratu..yakni wanita muslim..
Tidak bergaul hu ha tak tentu pasal, bercakap dengan sopan santun, tidak melihat dan tidak dilihat, jilbab melindung diri, malu menjadi benteng, tegas dalam kebenaran...
Terlalu banyak perkara yang harus dijaga..semuanya kerana diri wanita itu sangat istimewa, sangat berharga, sangat exclusive..
Jika kita diberi dua gula-gula, satunya tanpa pembungkus dan satunya dengan pembungkus, dan dicampakkan atas lantai, mana satu yang akan kita pilih?
Sudah tentu yang ada pembalut..sebab ia masih bersih, tidak kotor, dan tidak rosak.
Begitu juga dengan wanita Muslim..menutup aurat, menjaga dirinya..
Seorang sahabat berkongsi cerita tentang seorang kakak ni yang sangat suka berfesyen dan memang jenis yang suka buat fitness dan itu menjadi sebahagian dari hidupnya yang susah untuk disingkirkan.Dan ditakdirkan Allah, kakak nie berubah dari tidak menutup aurat kepada seorang muslimah yang berpurdah.Tetapi dalam dirinya masih sangat suka berfesyen.Dan kakak nie meneruskan pakaiannya yang berfesyen dan tidak menutup aurat buat suaminya yang sah.yang layak untuk melihat...(ada lagi sambungan kisahnya yang sweet je tapi cukuplah cerita yang ni je..haha)
So sahabat yang saya sayangi sekalian, berfesyenlah if memang itu kesukaan kamu..tetapi biarlah ianya eksclusive buat si suami..=)
Siapakah ratu itu?
Ratu itu adalah kita wahai muslimah sekalian...=)
p/s : hye..my name is ratu syuhadah..hehe..=p
p/s 2 : erm..teringat kata2x someone tapi xingt siapa.dia kata, kita selalu memikirkan and takut pada
seseorang sebab orang tu tak suka kita ke, benci kita ke, tapi pernah tak kita memohon pada Allah
dan takut Allah tak suka kita?hmm..renung2xkan..
p/s 3 : ade persoalan yang bermain di fikiran saya tapi tak tahu nak tanya siapa.moga Allah bukakan jalan..