Tuesday, September 27, 2011

..hilang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam beberapa minggu ini, saya sering kehilangan barang-barang keperluan dan barang yang saya sayangi..pencil case which i bought from malaysia, together with calculator (yang digunakan since secondary school), my highlighter (from Malaysia also)..and also,i have lost my BB`s memory card which have a lot of precious things inside (that thing is so tiny, so malas dah nak cari)..then i`ve lost my hand sanitizer (walaupun tak guna sangat)..lagi,i`ve lost my shirt ( penat dah mencari jugak) and a keychain written `su` gave by mama izzah..sedih kot..

Saya berfikir,fikir dan berfikir, di mana silapnya saya meletak semua barang-barang tu?
Dan akhirnya, saya bertanya kepada diri sendiri,kenapa Allah menghilangkan banyak barang-barang saya? Kenapa dengan banyak dalam waktu terdekat?

Saya sempat bertanya kepada sahabat saya, Cik K..

"Macam mana kita nak merelakan barang-barang yang kita dah hilang eh? " Cik Susi

"Semua benda dalam hidup kita tak kekal lama.semua ada expired date.Manusia pun tak kekal lama.Sampai masa, habis lah.." Cik K

okae..saya kena redha dengan apa yang jadi..ini adalah terbaik untuk saya buat masa ini.Kerana apa? kerana saya manusia biasa yang sangat tidak tahu apa yang terbaik buat saya sedangkan Allah Maha Tahu segala-galanya..Dia sedang mendidik saya..sedang mentarbiyah saya..

Mungkin saya hilang memory card tu, so that memori-memori yang kurang berguna atau melaghokan saya akan menyelamatkan saya?

Mungkin saya hilang hand sanitizer tu supaya saya boleh pinjam kat kawan saya, dan langsung menjalinkan ukhuwah?

Mungkin saya hilang shirt tu,Allah nak bagi shirt yang lebih bagus dan cantik untuk saya?

wohaa..bersangka baik dengan Allah..

dan pengajarannya,tiada apa yang kekal di dunia ini..harta benda dan segala gadjet yang kita kejar selama ini mungkin hanya akan menjadikan kita seorang yang lalai..setuju dengan saya?
terlalu sayangkan harta benda sehingga lupa untuk mengucap syukur padaNya..

Alhamdulillah.. terima kasih ya Rabb..

p/s : PERMAI is coming soon..huu

p/s 2 : life is so so so so busy..ohyeaaa

p/s 3 : never stop thinking about our life..think,do,evaluate,think,do,evaluate..




Thursday, September 22, 2011

..PERMAI,kembali lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang tertera di atas, saya ingin mengajak semua rakan-rakan yang berada di sekitar Indonesia mahupun Malaysia untuk join program ini.

Speaker yang akan memberi talk pada tahun ini hebat-hebat belaka dan insyaAllah, anda tidak akan menyesal..

Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila ke Asyraf FK09 (081809654377) atau Fikri Fkg10 (085624609751)..

Bayaran pendaftaran sebanyak 150k..setiap kawasan akan ada quota.So,siapa cepat,peluang lebih tinggi,insyaAllah..=)

Tuesday, September 20, 2011

..luahan hati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, saya bersama-sama beberapa teman ke Bandung untuk melihat rumah.Rumah yang memang kami cari-cari untuk memuatkan seramai 10 orang dengan harga yang boleh diterima.Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan orang-orang yang baik hari ini.

Abg A, sudi menjemput kami dengan senyuman dan walaupun kelihatan penat sebab on call, masih sudi melayan kami, membawa kami melihat rumah, dan juga menghidangkan cucur ( serius sedap) dan menelefon taksi dan mendapatkan harga yang murah untuk kami pulang..Semoga Allah permudahkah segala urusan beliau..aminn...

Ibu N, mewakili tuan rumah untuk bawa kami jalan-jalan di rumah.Sangat peramah, mudah senyum, melayan segala persoalan kami, dan sudi membantu kami mendapatkan harga yang murah.Sangat mengalu-alukan kami untuk tinggal bersama-sama.Sungguh nama keikhlasan dalam dirinya.Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau..amin...

Minggu ini, walaupun saya sudah selesai presentation proposal untuk thesis, hati ini sungguh fragile.Bukan tension sebab thesis lagi yang mengganggu fikiran, tapi sering diuji dengan pelbagai sifat manusia yang kadang-kadang mengjengkelkan.

Tanggungjawab saya bertambah sejak berada di tahun keempat.Walaupun saya sudah berlepas dari jawatan-jawatan di persatuan, namun tanggungjawab sebagai seorang daei atau penyampai masih tetap berterusan.sampai kapan pun.

Ini yang merisaukan saya.

Adakah saya mampu untuk meneruskan perjuangan ini?

Saya memilih untuk berada di jalan ini.

Namun, tidak dinafikan, saya masih berasa tidak layak untuk membawa agama Allah ini.Saya bukanlah seorang yang sempurna.Saya bukanlah seorang yang mampu untuk sentiasa komit untuk fokus dalam kerja-kerja dakwah.

Tapi saya memilih jalan ini.

kerana..

disinilah kekuatan saya.dari sini lah,saya mencari kekuatan.dari sinilah saya di uji untk bersabar, supaya saya menjadi hamba Allah yang lebih tinggi darjat di sisiNya.

oleh itu..

saya ingin,lebih ramai lagi..dan ramai lagi,yang ikut saya berjuang.sama-sama merasai indahnya perjuangan menuju syurga Allah..yang sama-sama berpenat lelah di dunia untuk kehidupan hujung dunia..yang terus memberi semangat dan ingatkan saya..yang ingin menjadi saingan saya dalam beribadat..

saya juga ingin..

sangat berterima kasih kepada Allah..kerana menemukan saya dengan sahabat yang membawa saya ke jalan ini..dia mengingatkan saya kepada Allah..dia sentiasa beri kekuatan pada saya..dia sentiasa mengajak saya ke arah kebaikan..dia rujukan saya..dia sahabat saya,dunia akhirat..dia sahabat saya senang dan susah..semoga Allah permudahkan urusan beliau..amin..

saya sangat cintakan jalan ini..saya ingin terus berada di jalan ini..semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda..amin...

p/s : buat sahabat yang berada dalam kedukaan, dekatkanlah dirimu pada Yang Esa.mengadulah padaNya.fikirkan apa yang terbaik untuk perjuangan ini.kalian tidak berseorangan...

p/s 2 : saya memang mudah homesick..tapi bila fikir-fikir balik,ok wat homesick,at least saya rindu ma n pa saya, bukannya rindu entah sape2x yang bukan mahram..weee..~

p/s 3 : apabila orang mengadu masalah pada kita, apa yang diharpkan adalah bantuan bukannya cacian mahupun menyalahkan..haih...

Friday, September 16, 2011

..lebaran yang dinantikan..

turqoise biru menjadi pilihan tahun ini



Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakbar..Lailahaillah hu wallahu akhbar...

Langungan kemenangan kedengaran di masjid-masjid dan tv..

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..



Seperti tahun-tahun yang lepas, kami akan bersiap-siap sejak s
elesai solat subuh untuk menunaikan solat sunat aidilfitri..


Kalau tahun-tahun lepas, siapa yang lambat bersiap, alamatnya kenalah tinggal kat rumah je..tapi kali ini dan seperti tahun lepas, saya dan adik serta mama sempat bersiap dan bersedia untuk menunaikan solat sunat aidilfitri..

pagi-pagi, papa mesti suruh semua siap cepat.
"........ siap-siap cepat.kena pergi awal nie..."

seawal 8 pagi, kami dah gerak ke masjid berdekatan rumah yang diimamkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat..waa...ramainya orang..walaupun solat bermul
a jam 9,sedari jam 8 pagi,orang dah bersesak-sesak..tahun nie, dapat saf di dalam masjid..kalau
tahun lepas, saya terpisah saf dari mama dan mek..huhu..t
akbir dilaung sejak jam 8 sehingga mulanya solat..sampai tertidur-tidur bertakbir..

"Assalamualaikum..sebentar lagi,kita akae mulakan solat
sunat aidilfitri..jadi,akan ado 2 rakaat..hok pertamo ado
7 takbir..setiap takbir kito baco subhanallah,walhamdulillah,w
alailahailllalah......."


begitulah setiap tahun..imam pasti mengajarkan atau meningatkan makmun cara solat yang diadakan setahun sekali ini..saya duduk di saf sebelah mama..sayu hati dapat bersama-sama sekali lagi dengan keluarga menyambut lebaran..
Jam 9 pagi,barulah bermulanya solat sunat a
idilfitri..alhamdulillah..
kemudian,disambung dengan khutbah..


Sedikt pengisian yang dapat saya kongsi sewktu khutbah..

Dimulakan dengan anjuran kita beraya pada hari ini adalah suatu anjuran agama.Segala perbuatan kita adalah kerana Allah.Beliau juga menyatakan tentang isu murtad yang semakin meningkat di kalangan umat Islam.Islam di Malaysia mengikut sejarahnya diterima melalui raja.Raja, pada waktu itu
mempunyai pengaruh yang sangat kuat sehingga orang-or
ang bawahan juga menganut agama
Islam.


Sewaktu di Melaka, orang Islam yang datang berdagang bukanlah tujuan utamanya untuk berdakwah tetapi adalah untuk berniaga.Pangisalaman dila
kukan melalui perkahwinan kebanyakkkannya.

Kebanyakan manusia zaman sekarang menanuti agama Islam secara menurut sahaja.kerana keturunan sudah Islam.Apa yang penting adalah sesebuah negara itu diperintah penguasa yang alim agama.Apabila meminpin, biarlah memimpin dengan cara Rasulullah,
Beliau juga menyentuh mengenai pembacaaan Al-Quran.Al-
Quran sepatutnya bukan sekadar untuk dibaca untuk memperoleh pahala tetapi untuk difahami maksudnya.Syarat untuk beriman dengan Al-Quran adalah pertama kita harus yakin den
gan perkara ghaib.Di dalam Al-Quran menceritakan tentang pahala
, dosa, syurga, neraka dan sebagainya yang tak nampak dek pancaindera kita yang terbatas ini.

Itulah serba sedikit perkongsian dari khutbah tahun ini.mungkin ada tambahan isi lagi tapi al-maklumlah, saya manusia biasa yang sering lupa..hehe..


Selepas solat aidilfitri, rutin tahunan, kami akn bersiap-siap ke rumah atok sedara..berkumpul dengan familh belah papa di sana..

waa..best2x sebab ramai budak-budak kecik yang sungguh comel..jumpa setahun sekali, sampai nama pun dah lupa..ada yang saya tak pernah jumpa pun ada..
Tahun nie memang sangat meriah buat saya..walaupun di rumah mek cuma ada family kami..

fried chicken kat kelate

bunga api..wee

kat rumah tok ayah


bersama kak jah di rumah atak saudara

kanak-kanak riang..haha


di rumah tok wan belah mama


Saya beraya di kelantan sehingga raya ke-4.Sempat berpuasa sel
ama 3 hari.Jadi total jadi 7 hari..wohaa..Tahun nie jugak,mak cik saudara saya yang setahun ja tua dari saya bertunang!
Sangat tak disangka..beliau sendiri tak sangka..baru balik dari graduate di UK,kenal 1 bulan lebih,tunang dan akan bernikah beberapa bulan lagi..doakan mereka..waaa..saya memang sangat kagumi perwatakan beliau..seorang muslimah lemah-lembut, bijak dalam berkomunikasi, dan sangat baik..hee..





kereta pak cik dilanggar sewaktu hendak ke ngelae..huhu

airil..si nakal yang pelat..haha

Dan tahun ini juga,saya sempat beraya dengan sahabat sewaktu di sekolah rendah..subhanallah..saya sangat rindukan mereka..walaupun dapat jumpa 2 orang, terubat juga rindu saya..insyaAllah,ada rezeki,nak jumpa lagi..=)


liyana-law,niksyu,madi-medic ukm = netball maniac time primary school

Semua kenangan masih terbayang-bayang di benak fikiran..masak-masak dengan mama di dapur,buat kuih raya dengan along, berdagang di kampung dengan alang, peluk cium dan cubit pipi jihad, pergi bazaar dengan papa, teman adik-adik saudara main mercun, melayan karenah budak2x yang petah bercakap, dan macm-macam lagi..waa..rindunya..

Alhamdulillah..saya panjatkan syukur setinggi-tingginya pada Allah di atas kurniaan yang sangat berharga buat saya..diharapkan saya dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang dan bersama-sama lagi dengan keluarga tersayang..

p/s : berjumpa dengan adik-adik 2011, terasa tua dah..tahun ke-4 sudah..alhamdulillah

p/s 2 :dari pagi sampai ke malam beraktiviti di bandung dan nangor..hidup busy sebagai muslim
dan pelajar di bandng adalah pilihan saya..

p/s 3 : proposal thesis sudah berjaya dibentang..sekarang tengah pening pikir dana untuk start
thesis..ada sape2x nak sponsor?hehe..

Tuesday, September 6, 2011

..dah nampak anak bulan ke?..


..Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sehari sebelum lebaran

Lokasi : rumah mek dan tok ayah sebelah papa

Lokasi spesifik : dapur



Waktu : pagi sampai petang

Dari pagi lagi, saya, alang, mama dan mek(nenek) sudah mula berperang di dapur.Tahun nie, family along, family kimi ( abg saudara ), family adi (abg saudara ) dan family cik nen ( adik kepada papa ) tidak dapat pulang beraya.masing-masing beraya di sebelah pihak isteri dan suami.Tinggallah kami yang bujang-bujang ni ( bukan semua la bujang..hee..)



nasi ketupat instant..hee


Selalunya pengumuman raya di buat 2 hari sebelum raya, tapi sampai hari ini, masih belum ada pengisytiharan dilakukan.

sewaktu di dapur

Angah : uncle, jadi ke raya esok nie ?
Uncle : tak tahu la..tu la, selalu dah buat pengumuman 2 hari sebelum raya..kalau tak nampak
anak bulan,ikut hisab la..

lalu..uncle ke depan bertemu papa dan menanyakan hal yang sama..

dan sempat jugak text along yang berada di pahang ,


along..esok jadi raya ke?dah start masak2x ke?

along reply

along pun tak sure.tapi kat sini dah siap rebus ketupat, masak rendang,..n.bla..bla..
saya masih belum berpuas hati..

angah : mek,esok jadi ke raya? nie dah start nak masak nie
mek : tak pe..jadi ke tak jadi,kita masak hari nie..nanti kalau esok raya
dan kita tak masak lagi,
tak tidur malam kang malam nie..(dialih bahasa dari slang kelate)
angah : betul jugak..(angguk2x setuju..)

dan kami pun mula lah memasak rendang ayam, kuah kacang, nasi ketupat ( tahun nie beli yang instant,mudah dan cepat ), kek coklat dan sebagainya.itulah menu rutin setiap kali menyambut lebaran di kampung..tiap-tiap pagi raya sebelum pergi solat raya, kami semua pasti akan breakfast dengan menu ini..kira tradisi la..


ni kuah rendang yang masih belum masak



perasan tak kuali nie diperbuat dari tembaga?berat woo..
kata papa : ni turun temurun ni.
tapi memang banyak barang antik pun kat rumah mek..hehe

haa..ni bahan2x nak buat tapai a.k.a tape..ni pun makanan tradisi di kg saya.

wah..serius penat..nasib baik ada adikku tersayang,alang yang sangat hebat dalam bab-bab menghidupkan api arang..harapkan saya, sampai esok la tak siap rendang..hehe..

selepas berbuka dan menunaikan solat maghrib, saya duduk di depan TV berseorangan.Yang lain masih di dapur menikmati juadah berbuka ( mereka solat dahulu sebelum makan berat..).

".....saya...dengan ini mengisytiharkan bahawa esok,selasa 30 ogos 2011 adalah tarikh 1 syawal.......selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir dan batin.."

alhamdulillah,esok raya..wohaa~...

gembira ke sedih eh ?

saya gembira sebab saya berjaya melaksanakan beberapa list target Ramadhan saya dan bersyukur sebab masih di beri kesempatan menyambut lebaran bersama orang-orang yang disayangi..

saya sedih sebab Ramadhan dah pergi dan sempatkah saya bertemu dengan ramadhan yang seterusnya ? ..huuuu...

...bersambung