Thursday, January 20, 2011

`dicipta` dan `mencipta`


ayuh keluar dari fantasi


Assalamualaikum w.b.t..

Final exam bermula sudah..

Dan untuk exam kali ini,kami pelajar FK08 UNPAD di uji dengn macam-macam perkara..

Jadual yang dikeluarkan di pagi hari

Menyatakan bahawa kami akan bermula cuti pada 4hb Feb.

(fuhh..lega..sebab tiket pulang,ramai yang beli antara 4 dan 5hb)

Dan petangnya pada hari yang sama,

Jadual yang dikatakan sudah di `konfirmasi` tu di revised kembali,

Dan keluarlah jadual baru..

Dan guess what,

Kami bermula cuti pada 8hb..

Ye..8hb..(serius marah sangat..dah la 1st time beli tiket guna duit sendiri..suprise la katakan..)

Kami..tidak berdiam diri,berusaha berjumpa dengan doc dan mengadakan beberapa meeting..

Tapi,apakan daya,tiada perubahan yang berlaku.

Dan pertama kali juga,exam OSCE (clinical skills) dan SOCA(pembentangan case) diadakan pada minggu yang sama..

Serius..kelam-kabut juga..

Waa..serius nak nangis..


Ta`lim semalam disampaikan oleh seorang adik..

Menceritakan tentang keimanan semut dan keimanan manusia.

Dipendekkan cerita,Nabi Sulaiman membantu si semut yang kecil untuk mencari makanan,

Dan meletakkan semut itu bersama sebiji gandum di dalam suatu balang.

1 gandum boleh bertahan selama sebulan,mengikut kata si semut.

Tapi,setelah sebulan,si semut hanya makan separuh daripada gandum tersebut..

Haaa..rasa2x kenapa?..

Kata si semut,

Jika berada di luar balang,dia tidak risau sebab rezeki Allah itu luas dan Allah tidak pernah melupakan dia.

Tapi jika berada di dalam balang tu,kemungkinan manusia akan lupa nak bagi dia makan.So,sebab tu die tinggalkan separuh gandum tu..

Ha...hebat tak si semut tu?

Betapa si semut sangat percaya dengan kurniaan rezeki yang Allah kurniakan kat dia..

Allah tak pernah lupakan kita,

Tapi kita,

Cepat sangat lalai.

Bila susah baru cari Tuhan..



Kalau bulan Ramadhan salah satu bulan untuk mendidik diri kita,

Bagi saya,bulan exam ni juga boleh mendidik diri kita,

Untuk bergantung diri padaNya.

Pada masa ni lah kita akan cam baik sikit,

Solat pun tepat waktu je..

Bangun malam,doa tak putus-putus,

So,why not kita jadikan bulan exam ni untuk mendidik kita

Untuk kita hadapi bulan-bulan yang kan datang..


Saya yakin,

Allah datangkan ujian-ujian di atas,

Untuk meningkatkan lagi darjat hamba di sisiNya

Itu akan berlaku,

Jika kita mencari `akar` dari masalah yang berlaku

Dan bukan hanya melihat dari pucuk dan buahnya.

Sering sahaja yang`dicipta` melupakan yang `mencipta`

Tetapi yang `mencipta`

Tidak pernah membiarkan yang `dicipta`

Kenapa sering begitu??

Banyak perkara yang saya belajar dari ujian di atas.

Manusia itu tidak akan pernah adil.

Manusia itu sering cakap tak serupa bikin.

Manusia itu sering lupa.

Jadi

Kenapa harus meminta pada manusia?

“kau lulus soca or osce depends doctr ah..kalau doc tu baik,A lah ko dapat..”kata-kata yang sering didengar..

Siapakah yang memegang hati si doc itu?

Siapa yang memberi ilham kita mampu berkata-kata di depan doc?

Yang paling penting,siapakah yang memberi rezeki kepada kita?

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang orang terdahulu sebelum kamu.......’kapankah datang pertolongan Allah?’Ingatlah sesunggunya pertolongan Allah itu dekat” (2:214)

Kita tak payah risau la apa result yang kita dapat time exam tu,

Sebab Allah tak tengok smua tu

Apa yang Allah lihat adalah ketakwaan kita.

Yang penting usaha kita,

Usaha,usaha dan usaha.

Kalau yang selalu dapat A tu,

Mungkin sahaja ujian untuk kita,

Nak masuk syurga perlu A dalam paper exam?

Kepada semua yang akan menduduki exam ataupun tidak,

Mari sama-sama kita fikir,

Apa yang sebenarnya target dalam hidup kita?

Tepuk dada tanya iman.

p/s : saya tetap tukar tiket flight sebab plan `suprise` masih belum pupus.hehe..=p

p/s 2:thanx caspel..sayang korg smua..ayuh trus istiqomah..

p/s 3:sya mahu ke syurga illiyyin..=)

1 comment:

  1. setuju!

    saya mahu ke syurga,
    syurga tertinggi!

    jom sama2 usaha,
    bantu sy dan rakan2 jg ya~

    p/s:all the best sooca!

    ReplyDelete