Monday, November 15, 2010

Mereka Hebat


Assalamualaikum..



Teringat saya dengan kata-kata tok ayah (atuk saya) semasa kami adik-beradik dan sepupu beli KFC dan bawak pulang ke kampung.Tok ayah,seorang yg memang sangat digeruni oleh kami semua,cucu-cucunya.Terutama dgn ketegasannya bile sampai bab agama dan politik.

"Beli gapo tu?bakpo make bende2x lagu tu??mahal..hok ore Yahudi tu!!"tegas tok ayah.
Saya dan lain2x terus naik ke atas ke ruang tamu dan gelak2x dengan sikap tok ayah yang agak tegas pasal Yahudi segala.Ketika itu,umur kami rata-rata darjah 4 ke 6.Dan saya sendiri,mengajuk-ngajuk dan merasakan `ntah ape2x` ckap psal Yahudi segala.Jahilnya ketika itu.
Dan tok ayah juga tak suka kami tengok siaran yang kaitan dengan hiburan.Dia akan tukar ke channel yg lain.Remote control adalah miliknya.Dan kami selalu dengan hati yg panas akan msuk ke bilik dan tidur.Siaran kegemarannya adlah segala siaran berita termasuklah berita dunia jam 11 tv1.






tok ayah dan mek..sngt rindukan mereka


Kini,usia makin meningkat.Sedikit demi sedikit,saya didedahkan dengan siapa Yahudi,siapa Palestin,ape Masjid Al-Aqsa,kenapa boikot dn sebagainya.Isu ini bukan isu kemanusiaan semata-mata,tapi ianya perjuangan akidah di mana semua orang yg bergelar Muslim untuk `ambik tahu`.
Perjuangan Akidah
Kita melafaz kalimah tauhid `Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad pesuruh Allah`.Kita bersaudara!Tiada perkara yg membezakan antara kita melainkan iman dan taqwa kita!Penduduk Islam Palestin itu adalah saudara kita!!


Ya!! Ibu,ayah dn adik beradik kita!

















Di tanah air kita yg tercinta,masjid bermacam-macam bentuk dan hiasn yg cantik dibina di merata negeri.Duit diperuntukan untuk maintanance.Alhamdulillah,satu petanda yg baik saya kira.
Tapi,adakah masjid-masjid yg dibina ini di`meriahkan` oleh orang ramai dengan ibadah?Penuh time solat jumaat saya kira,ataupun hari raya.Jika tidak,lengang tidak berpenghuni.Tok imam dan bilal sahaja.
Berbeza dengan masjid suci saudara kita di sna.Masjid mulia di Palestin,Masjid Al-Aqsa,menjadi aim dan di bawah pantauan tajam oleh orang-orang Yahudi.Mereka sentiasa mencari peluang untuk menceroboh masuk kerana mereka kira itu adalah tempat suci mereka.
Sampai detik ini,beratus-ratus rakyat akan terus berganti,melakukan iktikaf dan menjalankan penjagaan terhadap Masjid Al-Aqsa.
Dan hingga saat ini,Yahudi masih berkeras untuk menguasai Masjid Al-Aqsa dan melakukan pelbagai serangan dan berpuluh-puluh kali jugalah serangan mereka dipatahkan oleh penduduk berani Palestin.
Agenda Harian.


Puasa di siang hari,solat tahajjud di malam hari,halaqah2x zikir,forum-forum kajian Islam dan ceramah agama.Itulah aktiviti setiap hari yg dilakukan oleh penjaga-penjaga masjid ini.

Melakukan iktikaf,menghidupkan masjid dengan ibadah bukanlah perkara yang mudah untuk para penjaga yg berhati mulia ini.Gerak-geri mereka sering aja diperhatikan oleh tentera Zionist.Bila-bila sahaja mereka boleh dibunuh.Kesukaran mereka untuk ke tandas menyebabkn mereka menjaga sebaiknya wudhu`.



Barisan Muslimah

Ya,muslimah di Palestin juga menjadi penjaga Masjid Al-Aqsa.Mereka berhasil mengusir extremist Yahudi dan menghalang serangan Yahudi dan sehingga mereka tidak berhasil masuk wilayah masjid.



Mereka hebat!



Mereka mengatur jadual sebagai seorang ibu dan isteri dengan baiknya.Mereka akan berbincng dengan keluarga supaya mereka boleh mengorbankan memberikan waktu siang untuk Masjid Al-Aqsa.


Mereka berjuang habis-habisan dem mempertahankan Masjid Al-Aqsa
Kita berjuang habis-habisan untuk mengeluarkan duit membina masjid tak berpenghuni


Mereka masih teguh beribadah dalam keadaan nyawa yang bila-bila sahaja akan `terbang`
Kita masih teguh di katil yg empuk dalam keadaan luar sedar dibuai mimpi.


Boikot itu Perlu?

Selain berdoa,apa lagi yang kita mampu buat?










Derma,megikuti program dan juga boikot.Ye! Boikot barangan mereka!
Jangan manjakan diri anda dengn Nestle,Mc Donald dan sebagainya(http://http://hendrastar.wordpress.com/2009/01/09/boikot-israel-amerika-senarai-barangan-produk-israel-amerika/

"Seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir" (HR Bukhari & Muslim)


p/s : maaf,lama tidak update.internet di rumah sering tersedak-sedak.huu

p/s 2 :Selamat menyambut aidil adha..=)..rindukan suasna di kg..huhu

2 comments:

  1. jom iktikaf kat masjid kristal dengan masjid besi..kena meriahkan ni.. :)

    btw, saya sokong lah semua kecuali saya tak rindu tok ayah kamu..sbb tak knal..heh..

    Alhamdulillah bg yg ad ksederan, dan bantulah mereka yg lupa,lalai dan jahil..moga dunia ini segera dipenuhi biah solehah~

    boikot sue!

    ReplyDelete
  2. duha : dari hari tu nk g masjid besi,tak tercpai lagi..nanti bulan 2 ah..yuk meriahkan..haha

    haha..meh la dtg kg knal2 ngn atok sye..

    boikot sue?ceh..

    ReplyDelete