Thursday, September 16, 2010

..Kasih di Aidilfitri..




nik daniel al-hakim.


Assalamualaikum.

"....apa yang paling penting adalah akidah kita.ketaatan kita kepada perintah Allah.ketaatan kita kepada Rasul membawa kepada ketaatan kepada Allah.turunnya ibadah puasa adalah selepas turunnya perintah solat..dalam peristiwa isra` mikraj..dalam kita menyambut hari raya nie,kita menjamu orang,kita pergi jamuan orang,bila ambik makanan tu,ambik sikit2x..ambik sikit dulu,nok,tamboh lagi..sebab pembaziran amat tinggi di musim raya..daging tak abih atas pinggan,buang...membazir..bla...bla...Allah bagi ke kita tubuh badan yang sihat,peparu yang bantu kita,tapi kita dok merokok..orang setinggi mana belajar,kalau hisap rokok memang bodoh..kita yang merosakkan badan kita.."

Itu adalah antara petikan khutbah solat sunat hari raya di tempat saya,Masjid Pulau Melaka,Kelantan.(sebenarnya khutbah tu slang kelate..tapi al maklumlah..orag `pure` kelate ni takut tersalah bunyi,kang kena perli..=p)

Apa yang paling best time khutbah tu adalah bila orang yang merokok memang kena habis-habisan la..tersedak-sedak abg iparku serta abg2x sedaraku..padan muka korang..haha..



airil hafizuddin.

nik afiq haidar


nik afrina humaira


Alhamdulillah,berkesempatan menunaikan solat sunat hari raya pada tahun ini.Seawal pukul 8.00 pagi,orang ramai dah memenuhi ruang masjid.Saya juga terpaksa menyelit di dalam asakan orang ramai.Tok mek berada di hadapan dan mama dah tak nampak bayang.

Bagi setiap individu,hari raya pasti dirasakan berlainan dan disambut mengikut adab yang biasa dilakukan.

bagi diri saya sendiri,hari raya adalah waktu untuk saya berjumpa kembali sanak saudara yang memang sudah lama tidak bersua.Ada yang dulu jumpa tak boleh jalan lagi sekrang dah berlari ke sana ke mari.Ramai adik sedara yang berusia dalam 1-2 tahun yang baru 1st time saya jumpa.tapi memang best,sebab dah lama tak de budak kecik kat rumah.

Kali ini cukup meriah sebab keluarga along dan keluarga kimi(abg sedara) beraya sebelah kelate..hehe..

Bagi saya,nilai kekeluargaan dan kasih sayang sangat penting dalam hidup.Walau jauh mana kita terpisah,apabila kita ada rasa sayang antara ahli keluarga,komunikasi dapat berjalan dengan cukup baik.

"antara korang,kalau ade apa2x masalah,jangan lupa bagitaw..bagitaw mama pun tak pe..jangan simpan sorang2x.." sempat papa menasihatkan kami adik beradik.

Di kesempatan ini juga lah saya mempunyai masa lebih untuk mengenali sedara mara dengan lebih mendalam.kita nie kadang-kadang tak kenal saudara sendiri.ye lah..dengan adik beradik nenek kita lagi,sepupu sepapat mak ayah kita lagi..haaa..memng pening..

Masa time raya ni jugak la korang boleh jumpa kawan2x lama,mak ayah kawan korang..bukan senang..ye lah..kalau belajar kat Malaysia,mungkin lebh mudah nak buat gathering..kan..kan..

so,dirumuskan bahawa bagi saya,hari raya adalah hari berkasih sayang..hehe..tapi bertempat la kan..jadi,rajin-rajinkan lah diri untuk zarah-menziarahi..ape barang dok rumah je..rugi wo..huhu..


nak dtg umah,kol dulu ye..=)

Kuih donat kuih keria,
Kuih dihidang buat cik Salmah,
Hari raya hari mulia,
Jemputlah datang beraya di rumah.



Renungan bersama,

Jadilah seperti ikan.Walaupun air laut itu masin semasin-masinnya,isi atau daging ikan tetap tidak masin.

Jangan sesekali kita dicorakkan oleh suasana,sekiranya suasana yang kita hadapi itu negatif.

(Renungan bersama from Nota Fikir Untuk Zikir by Ust Pahrol Mohd Juoi)

4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    raya kali ni agak berbeza perasaan berbanding raya-raya sebelum nih..erm..banyak faktor yang memainkan peranan..tapi harap2 setiap hari dlm bulan syawal ni tak sia2 n dpt diisi dengan bnda2 berfaedah..make sure smpt puasa 6 :D

    ReplyDelete
  2. duha : waalaikumsalam.raya bukan sekadar suka-suka yang tidak membawa makna apa2x.inilah medan dakwah kita.grab the chance!hehe..puasa 6?insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. sue...pic yg 1st tuh,yg tepi tuh,aboy kn? dy nmpk kurus..dy mmg da kurus ke??hehe...

    ReplyDelete
  4. aja:a`ah..boboy si gemuk la tu..tapi da slim + handsome after operation..huhu..jelus2x..

    ReplyDelete