Sunday, August 15, 2010

Dari Pandangan Mata Kita

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini merupakan hari ketiga saya berpuasa di rumah.Alhamdulillah,dengan izin Allah dapat sama-sama bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga tercinta.

Sejak 3 hari berada di rumah ni,ada 2 berita yang mengejutkan saya yang berlaku di negara kita sendiri,Malaysia.

Di Jasin Melaka,suatu angin kuat melanda Bazaar Ramadhan yang menyebabkan 3 orang maut.Kejadian yang berlaku tidak sampai 5 minit itu memusnahkan semua gerai dan menyebabkan kerugian yang besar untuk para peniaga.

Keesokannya pula,kejadian banjir besar yang memusnahkan tanaman padi penduduk d Kedah yang bakal dituai beberapa hari lagi.Penduduk berasa kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi.

"Ini bala nie..."

"Balasan Allah nie..mesti ada apa2x dosa diorang buat..tinggal posa ke.."
Suara-suara luar mula membuat kesimpulan masing-masing.

Di bulan Ramadhan penuh berkah,Allah menurunkan ujian buat hambaNya.Ingin melihat respons dari hambaNya.

Namun,hamba Allah bergelar manusia ini mudah melatah.Memandang sesuatu kesusahan itu sebagai bala semata-mata.Manakala kesenangan itu sebagai balasan baik kerana usaha mereka semata-mata.

Sedarkah kita yang kesusahan dan kesenangan itu ujian buat kita?

`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami` ( Al-Anbiya`: 35 )







Ujian adalah tarbiyah dari Allah.Cara kita memandang sesuatu itu mempengaruhi tindakan kita seterusnya.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Saya terdengar nasihat dari seorang Prof Madya di IKIM.fm yang bertanyakan tentang bagaimana nak deal dengan masalah menopause yang menyebabkan dia selalu cepat marah dan dia merasakan itu adalah natural.Prof tersebut mengatakan,

"Jangan biarkan hormon dalam diri anda mengawal anda.Tapi anda yang menentukan apa yang anda nak jadi.Tahniah kerana anda nak berubah.Banyakkan berdoa dan set your mind."

Ya..semuanya di tangan anda!

Terlalu besar nikmat yang Allah berikan.Takkan hanya dengan sedikit ujian sudah menggoyahkan iman di dada?

Bulan Ramdhan adalah hadiah buat hambaNya.Dibuka pintu syurga seluas-luasnya.Ditutup pintu neraka serapat-rapatnya.Keberkahan buat mereka yang beriman.

Mari kita pandang 2 ujian yang saya nyatakan di atas dari sudut positif.Mungkin sahaja Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari itu.Mungkin sahaja Allah ingin menyelamatkan kita dari sesuatu.Dan mungkin sahaja Allah rindukan tangisan kita buatNya.

Renung-renungkan.selamat beramal~

4 comments:

  1. assalamualaikum..

    erm..sama2 kita jadikan ramadhan ni tapak permulaan nak berubah

    p/s: wow..cik susi dah ada blog :D

    ReplyDelete
  2. duha - waalaikumsalam.insyaAllah.moga ramadhan kali ini memberi kita kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    p/s:ahaks..xkan caspel je ade blog..ngeh2x..p update blog caspel nuh..

    ReplyDelete
  3. wowowowo!!

    bagus2 da ade blog.
    semoga blog ni jadi salah satu dari alternatif untuk berdakwah.

    ReplyDelete
  4. ahmad akmal - wewewe!!..at least xde Fb,ade blog
    kan..xde la asyk kena perli je time
    meeting..huhu..tq..ameen..

    ReplyDelete