Tuesday, December 7, 2010

.anekdot,catatan kehidupan..

Assalamualaikum.


Penghasilan buku ini telah lama dinantikan.Alhamdulillah,berjaya juga dipasarkan.


Untuk julung kalinya,kami dari pihak IMAN dengan ini mempersembahkan sebuah karya sulung,hasil penulisan dan sentuhan puisi indah dari 8 mahasiswa Malaysia di Indonesia,Anekdot..Catatan Kehidupan..


Menghimpunkan kisah-kisah pengalaman dari 6 penulis yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri yang ingin dikongsi buat semua.







Bermula dari kehidupan Waktu Kecil yang penuh warna warni kepada Alam Remaja yang sudah semestinya lebih mencabar.Seterusnya,kembara diteruskan dengan Kenal Cinta yang kupasanya cukup ringkas dan menarik.Mengalami fasa perubahan dalam hidup memberi kesedaran tentang pentingnya dakwah dan disaji dengan Ujian dakwah.Memasang impian dengan Secebis harapan untuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Diselitkan bersama PUISI-PUISI yang disusun indah buat tatapan pembaca bagi mengaitkan setiap fasa-fasa dalam kehidupan.


Jadi,apa tunggu lagi?Dapatkan segera Anekdot..Catatan Kehidupan dengan harga yang berpatutan.


Anda boleh dapatkan buku ini dengan harga yang cukup murah : Rp 20,000.Sebarang tempahan boleh dibuat melalui wakil-wakil seperti di bawah..


contact person:

FK10 : Mustaqim Twp10 :Syera

FK09 : Mahirah Twp09:Fatin Ayuni

FK08 : Syafiqah Twpo8:Firdhaus

FK07 : Nadia Izzati Pharmacy: Rawi

KOAss n ITB : Zulhazwan FKG : Faiz


p/s:

special thanx to , Syafiqah,Kak Nimy,Illy,Duha,Kak Ana,Abg Fahmi,Abg Amad,Abg Razi,Kak Aimi,Haikal,Jijol n ahli UDI,Akmal,n Abg Awg(yg ulang-alik J-town) n all that has involved from the beginning till now...smoga Allah merahmati segala usaha..=)

Friday, December 3, 2010

..Kamu Dah Tua..=p

hari ini 3 december..


kalendar di bilik ditenung lama..


cube mengingatkan..


`rsa macam birthday someone awl2 dec nie..siape eh?`





straight away,text my dear sis,


`salam.alang,hari ini birthday azam kan?n dekat2x dengan along kan?`





yes...saya ingat birthday mereka..





so


special decicated from bandung to kajang town,


to both of u,



Muadzam Shah

selamat hari lahir,thanx 4 being such a good friend..kenalkan ak dengan dunia music.n tq sifoo 4 da free learning..banyak yang ak belaja..selamat berjaya dunia akhirat..kawin jgn lupa jemput ak,walaupn ade kelas,ak akn amek mc(tapi tunggu kak shafa kawen dulu la),erm..album baru jangan lupe ak nak copy 1,cd ko ak bawak sampai g bandung taw,hehe..jadi anak yang soleh,sentiasa jga hati mak ayah kau..ape lagi eh..haa..weh,nk request ko buat lagu `kenangan di bawah pokok ceri depan umah mama cik`..haha..lebh kurang la..ade ape2x,roger2x ah..ak xsombong ah..cume sentiasa berubah dan mencari erti hidup..so,chill ya..all the best..



Bazila Bt Abd Hamid aka along

Selamat hari lahir yg ke 21!..yeay,korang dah tua..ahaha..along.rindu kamu bangat sih..too many memorable memoirs we having together..mengenal dunia remaja,same2x tima nakal dulu..makes me laugh all the time..ada je gossip kan..we learnt the reality of life..along,kamu anak yang baik..slalu dengar ckap cik ida..teruskan..teruskan belajar dari pengalaman hidup..nanti angah balik,kter hang out ya..teruskan usaha..jga diri,jga peribadi,if azam buli,buli die balik..hehe..sorry for all the mistakes..u re too kind to me..huhu..



Penambahan usia hanya pada bilangan nombor

Apa yang penting adalah apa sahaja yang kiter dah belajar dari kehidupan kita yang lalu

Sejarah mengajar manusia untuk tidak jatuh ke lubang yang sama

Kita boleh memilih untuk mengulang kembali sejarah lalu atau tidak

Tapi jangan biarkan sejarah menyebabkan kita tidak berganjak dari tampuk yg lama



Teruskan perjuangan

Jatuh,bangun kembali,jatuh semula,dan terus bangun

Supaya seterusnya kita boleh terus bangun dan berlari.





p/s :sedng cuba mengurus masa dengan baik..komitmen yg bertangguh



p/s 2 :nak blik ke tak?balik?eh..xnak la..tapi nak..dah akhirnya,decide=xbalik n study tok final..

gambatte!!

Monday, November 29, 2010

..inilah kehidupan..

Setiap hari yang kita lalui
Kita inginkan hari itu lebih baik dari semlam

Setiap hari yg kita lalui
Kita mengharapkan kesilapan lalu tidak diulang

Setiap hari yang kita lalui
Kita ingin buat yg terbaik dan mberi manfaat kpada org lain.

Tapi,
Tidak semua yg kita harapkan
Mampu kita capai dalam sekelip mata

Ada sahaja silap langkah yg di buat
Ada sahaja hati yg dilukai
Ada sahaja penyesalan terhadap tindakan yg dilakukan.

Itu lah kehidupan.

Manusia..
Sering sahaja berubah pendirian
Sering sahaja tidak pernah berpuas hati dengan apa yg ada
Sering shja menunding jari ke org lain.

Dunia..
Tempat Allah mentarbiyah manusia
Bertemu kesusahan,Allah mendidik kita tentng sabar
Bertemu kesenangan,Allah mendidik kita tentang syukur
Indahnya susunan itu..


Namun
Hati kita sentiasa `keluh` dngn setiap ujian
Hati kita sering kalah dengn nafsu sendiri
Hati kita mudah sahaja ditipu bisikan syaitan.

Sahabat..
Andai aku tersasar dari jalan lurus
Aku mohon kau bimbinglah aku
Andai aku jatuh dengan ujian yg dtg
Aku mohon kau hulurkanlah tngn membantu
Andai aku jatuh cinta
Aku mohon kau membawaku kepada cinta Allah.

Monday, November 15, 2010

Mereka Hebat


Assalamualaikum..



Teringat saya dengan kata-kata tok ayah (atuk saya) semasa kami adik-beradik dan sepupu beli KFC dan bawak pulang ke kampung.Tok ayah,seorang yg memang sangat digeruni oleh kami semua,cucu-cucunya.Terutama dgn ketegasannya bile sampai bab agama dan politik.

"Beli gapo tu?bakpo make bende2x lagu tu??mahal..hok ore Yahudi tu!!"tegas tok ayah.
Saya dan lain2x terus naik ke atas ke ruang tamu dan gelak2x dengan sikap tok ayah yang agak tegas pasal Yahudi segala.Ketika itu,umur kami rata-rata darjah 4 ke 6.Dan saya sendiri,mengajuk-ngajuk dan merasakan `ntah ape2x` ckap psal Yahudi segala.Jahilnya ketika itu.
Dan tok ayah juga tak suka kami tengok siaran yang kaitan dengan hiburan.Dia akan tukar ke channel yg lain.Remote control adalah miliknya.Dan kami selalu dengan hati yg panas akan msuk ke bilik dan tidur.Siaran kegemarannya adlah segala siaran berita termasuklah berita dunia jam 11 tv1.






tok ayah dan mek..sngt rindukan mereka


Kini,usia makin meningkat.Sedikit demi sedikit,saya didedahkan dengan siapa Yahudi,siapa Palestin,ape Masjid Al-Aqsa,kenapa boikot dn sebagainya.Isu ini bukan isu kemanusiaan semata-mata,tapi ianya perjuangan akidah di mana semua orang yg bergelar Muslim untuk `ambik tahu`.
Perjuangan Akidah
Kita melafaz kalimah tauhid `Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad pesuruh Allah`.Kita bersaudara!Tiada perkara yg membezakan antara kita melainkan iman dan taqwa kita!Penduduk Islam Palestin itu adalah saudara kita!!


Ya!! Ibu,ayah dn adik beradik kita!

















Di tanah air kita yg tercinta,masjid bermacam-macam bentuk dan hiasn yg cantik dibina di merata negeri.Duit diperuntukan untuk maintanance.Alhamdulillah,satu petanda yg baik saya kira.
Tapi,adakah masjid-masjid yg dibina ini di`meriahkan` oleh orang ramai dengan ibadah?Penuh time solat jumaat saya kira,ataupun hari raya.Jika tidak,lengang tidak berpenghuni.Tok imam dan bilal sahaja.
Berbeza dengan masjid suci saudara kita di sna.Masjid mulia di Palestin,Masjid Al-Aqsa,menjadi aim dan di bawah pantauan tajam oleh orang-orang Yahudi.Mereka sentiasa mencari peluang untuk menceroboh masuk kerana mereka kira itu adalah tempat suci mereka.
Sampai detik ini,beratus-ratus rakyat akan terus berganti,melakukan iktikaf dan menjalankan penjagaan terhadap Masjid Al-Aqsa.
Dan hingga saat ini,Yahudi masih berkeras untuk menguasai Masjid Al-Aqsa dan melakukan pelbagai serangan dan berpuluh-puluh kali jugalah serangan mereka dipatahkan oleh penduduk berani Palestin.
Agenda Harian.


Puasa di siang hari,solat tahajjud di malam hari,halaqah2x zikir,forum-forum kajian Islam dan ceramah agama.Itulah aktiviti setiap hari yg dilakukan oleh penjaga-penjaga masjid ini.

Melakukan iktikaf,menghidupkan masjid dengan ibadah bukanlah perkara yang mudah untuk para penjaga yg berhati mulia ini.Gerak-geri mereka sering aja diperhatikan oleh tentera Zionist.Bila-bila sahaja mereka boleh dibunuh.Kesukaran mereka untuk ke tandas menyebabkn mereka menjaga sebaiknya wudhu`.



Barisan Muslimah

Ya,muslimah di Palestin juga menjadi penjaga Masjid Al-Aqsa.Mereka berhasil mengusir extremist Yahudi dan menghalang serangan Yahudi dan sehingga mereka tidak berhasil masuk wilayah masjid.



Mereka hebat!



Mereka mengatur jadual sebagai seorang ibu dan isteri dengan baiknya.Mereka akan berbincng dengan keluarga supaya mereka boleh mengorbankan memberikan waktu siang untuk Masjid Al-Aqsa.


Mereka berjuang habis-habisan dem mempertahankan Masjid Al-Aqsa
Kita berjuang habis-habisan untuk mengeluarkan duit membina masjid tak berpenghuni


Mereka masih teguh beribadah dalam keadaan nyawa yang bila-bila sahaja akan `terbang`
Kita masih teguh di katil yg empuk dalam keadaan luar sedar dibuai mimpi.


Boikot itu Perlu?

Selain berdoa,apa lagi yang kita mampu buat?










Derma,megikuti program dan juga boikot.Ye! Boikot barangan mereka!
Jangan manjakan diri anda dengn Nestle,Mc Donald dan sebagainya(http://http://hendrastar.wordpress.com/2009/01/09/boikot-israel-amerika-senarai-barangan-produk-israel-amerika/

"Seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir" (HR Bukhari & Muslim)


p/s : maaf,lama tidak update.internet di rumah sering tersedak-sedak.huu

p/s 2 :Selamat menyambut aidil adha..=)..rindukan suasna di kg..huhu

Friday, October 29, 2010

Wake Me Up

Untuk post kali ni,saya nak kongsi sikit mcm mana cara-cara nak mudah bangun solat subuh di pagi hari..sebenarnya,bukan senang nak bangun di awal pagi di saat orang lain masih lena di buai mimpi..ini sebahagian dari jihad!..so,check this out!

1.Sila ckap kat diri anda`Saya Berazam Untuk Bangun Awal esok!`

ok..setiap perkara yg kita buat dalam hidup perlu diawali dengn niat yg baik.Setiap malam b4 tido,tanamkan azam yg anda ingin bgn awal pada esok hari..ingat..SETIAP MALAM..biasakan untuk bangn awal pada waktu cuti juga..

2.Kunci alarm dan letakkannya berjauhan dri anda.

Tak kisah la nak guna phone or jam loceng ke,set before tido n letakkan berjauhan dari tempat anda.So,anda akan terpaksa bangun untuk set off alarm tu.

3.Remind kawan2x or family.

Bgtaw kawn2x anda yang mudah bangn subuh untuk kejutkan anda.Ada sorang housemate saya,meletakkan notis di pintu biliknya `TOLONG KEJUT SUBUH..=p`..cara ini jgak efektif.


4.Jangan tido lewat sangat.

Pastikan tidur anda adalah tidur yang berkualiti.Jangn paksa diri untuk tidur,dan jgn tidur melebihi waktu `normal`manusia tidur..Tempat tidur jangan terlalu selesa sehingga 5,6 bantal bersama.ini akan menyukarkan anda untuk bangun..

Apa yang penting,yang mengejutkan anda bukanlah jam loceng ataupun phone yang ada alarm,tetapi Allah yang membuatkan anda bangun.Yakin dan percaya yang anda mampu bangun dengan bantuanNya!..Mind set people...

Semoga bermanfaat..

p/s = exam is just around the corner..gambatte!!

p/s 2 = the past or the future,which one u think the most?huhu...

`changing the face` can change nothing but `facing the change` can change everything.

Wednesday, October 27, 2010

happy birthday dear..

assalamualaikum..

it has been for 1 month ++ i didn`t update my blog..not because i don`t have the time..i still don`t have internet in my room..try to get it by this week..

ok..for starting,i will like to dedicate a `HAPPY BIRTHDAY`s song to my dear dear friend from Convent Kajang....AINA SAKINA BT MD HASSAN....

Aina..im sorry,it`s a bit late..u know i don`t have the FB,or other thingy or internt to log in n wrte something on ym to wish u..but neva mind..here i am..wish u,Happy Belated Birthday!!....

We get to know each other since sec school..Form 1till 3..having fun eating,studying,playing,doing all the KHB`s thingy...n u`re the one who understand me the most..layan my moody sometimes..always gossiping..haha..

Eventhough we`re far far awayfrom each other..u`re always in my mind dear..be a good girl,jgn tinggal solat,nak kawin jgn lupa jempt,take care of ur health..balik msia,roger2x la..hehe..

one more thing,im still nik yg dulu..just try to be better than before..anything n anytime,just roger me..hehe..

`Semoga kamu,Aina Sakina Bt Md Hassan sentiasa berada dalam rahmat kasih sayangNya,dan berjaya dalam mengharungi segala cabaran dalm hidup..kerana cintaNya kita bertemu lagi..insyaAllah`........

Thursday, September 16, 2010

..Kasih di Aidilfitri..




nik daniel al-hakim.


Assalamualaikum.

"....apa yang paling penting adalah akidah kita.ketaatan kita kepada perintah Allah.ketaatan kita kepada Rasul membawa kepada ketaatan kepada Allah.turunnya ibadah puasa adalah selepas turunnya perintah solat..dalam peristiwa isra` mikraj..dalam kita menyambut hari raya nie,kita menjamu orang,kita pergi jamuan orang,bila ambik makanan tu,ambik sikit2x..ambik sikit dulu,nok,tamboh lagi..sebab pembaziran amat tinggi di musim raya..daging tak abih atas pinggan,buang...membazir..bla...bla...Allah bagi ke kita tubuh badan yang sihat,peparu yang bantu kita,tapi kita dok merokok..orang setinggi mana belajar,kalau hisap rokok memang bodoh..kita yang merosakkan badan kita.."

Itu adalah antara petikan khutbah solat sunat hari raya di tempat saya,Masjid Pulau Melaka,Kelantan.(sebenarnya khutbah tu slang kelate..tapi al maklumlah..orag `pure` kelate ni takut tersalah bunyi,kang kena perli..=p)

Apa yang paling best time khutbah tu adalah bila orang yang merokok memang kena habis-habisan la..tersedak-sedak abg iparku serta abg2x sedaraku..padan muka korang..haha..



airil hafizuddin.

nik afiq haidar


nik afrina humaira


Alhamdulillah,berkesempatan menunaikan solat sunat hari raya pada tahun ini.Seawal pukul 8.00 pagi,orang ramai dah memenuhi ruang masjid.Saya juga terpaksa menyelit di dalam asakan orang ramai.Tok mek berada di hadapan dan mama dah tak nampak bayang.

Bagi setiap individu,hari raya pasti dirasakan berlainan dan disambut mengikut adab yang biasa dilakukan.

bagi diri saya sendiri,hari raya adalah waktu untuk saya berjumpa kembali sanak saudara yang memang sudah lama tidak bersua.Ada yang dulu jumpa tak boleh jalan lagi sekrang dah berlari ke sana ke mari.Ramai adik sedara yang berusia dalam 1-2 tahun yang baru 1st time saya jumpa.tapi memang best,sebab dah lama tak de budak kecik kat rumah.

Kali ini cukup meriah sebab keluarga along dan keluarga kimi(abg sedara) beraya sebelah kelate..hehe..

Bagi saya,nilai kekeluargaan dan kasih sayang sangat penting dalam hidup.Walau jauh mana kita terpisah,apabila kita ada rasa sayang antara ahli keluarga,komunikasi dapat berjalan dengan cukup baik.

"antara korang,kalau ade apa2x masalah,jangan lupa bagitaw..bagitaw mama pun tak pe..jangan simpan sorang2x.." sempat papa menasihatkan kami adik beradik.

Di kesempatan ini juga lah saya mempunyai masa lebih untuk mengenali sedara mara dengan lebih mendalam.kita nie kadang-kadang tak kenal saudara sendiri.ye lah..dengan adik beradik nenek kita lagi,sepupu sepapat mak ayah kita lagi..haaa..memng pening..

Masa time raya ni jugak la korang boleh jumpa kawan2x lama,mak ayah kawan korang..bukan senang..ye lah..kalau belajar kat Malaysia,mungkin lebh mudah nak buat gathering..kan..kan..

so,dirumuskan bahawa bagi saya,hari raya adalah hari berkasih sayang..hehe..tapi bertempat la kan..jadi,rajin-rajinkan lah diri untuk zarah-menziarahi..ape barang dok rumah je..rugi wo..huhu..


nak dtg umah,kol dulu ye..=)

Kuih donat kuih keria,
Kuih dihidang buat cik Salmah,
Hari raya hari mulia,
Jemputlah datang beraya di rumah.



Renungan bersama,

Jadilah seperti ikan.Walaupun air laut itu masin semasin-masinnya,isi atau daging ikan tetap tidak masin.

Jangan sesekali kita dicorakkan oleh suasana,sekiranya suasana yang kita hadapi itu negatif.

(Renungan bersama from Nota Fikir Untuk Zikir by Ust Pahrol Mohd Juoi)