Wednesday, March 16, 2011

..islam itu cahaya..

Assalamualaikum w.b.t...

Kehidupan hari ini dirasakan begitu tertekan.

Dari pagi,ada sahaja perkara yang menduga kesabaran diri

Senang citer,asyik rasa nak emo.

Puncanya,tertekan dengan kerja yang bertangguh,

Komitmen yang makin bertambah

Dan memberi alasan bahawa..`tak cukup masa la.....`

Dan malam tadi, bila nak bukak buku nak buat LI,

Terselit sebuah buku `tarbiyah dzatiyah` tulisan solikhin abu izzudin,

Mungkin ada something yang boleh menyedapkan hati...

Dan tersentuh dengan kata Rasulullah s.a.w,

`Janganlah kalian menyalahkan waktu`

Menyalahkan waktu termasuk sikap mencela masa yang dibenci Allah.

Terasa diri ini dah banyak sangat buang masa,

Padahal Allah dah bagi masa 24 jam untuk kita isi sebaiknya,

Imam Hassan Al-Banna ada kata,

`kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia`

Ya..memang benar..tugas sebagai seorang hamba Allah,seorang anak,seorang daei,seorang mahasiswa,seorang sahabat dan sebagainya..cukup banyak..

Jadi,saya ingin hari saya menjadi sesuatu yang bermanfaat,bukn untuk diri sendiri sahaja,tetapi untuk orang lain juga..amin..

......................................................................................................................................................

Sebenarnya

Tujuan utama nak pos kali nie

Nak kongsi sikit

Tentang tajuk yang dikupas semasa KULTEN(kuliah 10 min) yang dijalankan oleh BAIK.

Tajuk yang diberi kepada para peserta adalah Islam itu Cahaya.

Cukup kreatif dan bersemangat setiap peserta mengutarakan pandangan.

Jika kita berada dalam keadaan gelap,

Apa yang kita rasa?

Takut?meraba-raba mencari hala tuju?ada hantu ke?atau apa tuu??

Sudah tentu kita akan rasa cam lost,give up,tension dan cuba untuk mencari torchlight,lilin dan etc untuk menerangi keadaan.

Begitulah Islam

Ia adalah cahaya yang membantu kita dalam mengarah hala tuju kita.

Tapi macam mana kita nak pastikan torchlight sentiasa ada energy?

Mestilah dengan adanya bateri yang boleh dianalogikan dengan al-Quran dan Sunnah

Dengan al-Quran dan Sunnah,sinar Islam akan terus menerangi kita.

Menyingkap kembali sirah Nabi.

Di masa zaman Jahiliah,

Manusia bermaksiat,zina,mencuri,sumbang mahram

Adalah suatu yang biasa dalam masyarakat

Namun

Setelah datangnya Islam,segala bentuk maksiat cuba dihapuskan

Tiada lagi perbezaan darjat dari segi harta

Tiada lagi penghinaan ke atas kaum wanita

Tiada lagi amalan riba yang berleluasa

Rakyat hidup aman

Even berlainan agama,umat di Madinah mampu hidup bersama

Kerana apa?

Kerana mereka sudah nampak betapa Islam itu sesuatu yang indah dan adil.

Umat manusia sekarang

Menggunakan Yassin hanya sekadar untuk letak di bawah bantal

Untuk halau hantu katanya

Tertarik juga dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang sahabat,

`Orang sekarang melihat seorang yang baik itu sebagai seorang yang lemah..lembik..tak kisah kena ejek..yang pendiam..yang tidak mehu bersuara..sedangkan Nabi kita dulu adalah seorang peninju,seorang yang kuat,yang jalan berbidang...kenapa orang memanggil nabi di saat nak pecahkan batu?ini adalah kerana nabi seorang yang kuat..ini yang kita perlu betulkan..Jangan kita exclusive kan Islam itu hanya di masjid..bercerita tentang akhirat dan sebainya hanya di masjid.....`

Adakah kita benar-benar yakin dengan agama yang kita anuti sekrang?

Jika benar yakin,kenapa tidak amalkan?

Takut rasa kolot?

Orang yang tidak beragama itu lebih kolot

Lihatlah orang2x yang berjaya

Memang punya pegangan dan kepercayaan yang hebat.

Hidup kita terlalu singkat

Untuk kita menuju akhirat yang infiniti..

p/s : acara kemuncak sukan pkpmi pada ahad ini.jom bersaing secara sehat.sukan2x jugak,solat jangan lupa.

p/s 2 :masih belum tetap pendirian untuk memilih tajuk thesis.moga Allah permudahkan..=)

p/s 3 : pencalonan untuk YDP n TYDP PKPMI-CB akan berjalan xlama lagi.fikir masak-masak sebelum menamakan calon.selamat mengundi..(promo SPR..haha)

Saturday, March 12, 2011

..happy birthday..

Assalamualaikum..

Post kali ini..

Istimewa buat..

Orang yang telah banyak berkorban

Orang yang telah penat membesarkan

Orang yang mudah mesra dengan orang lain

Orang yang sangat manja dengan anak-anaknya.

So,let me introduce u to my lovely papa,

NIK RUSLI BIN NIK HUSSIN..



Sebenarnya,Jumaat lepas birthday papa,

So,nak wish `Selamat Hari Lahir` yang ke 53..

Ye..papa dah 53..but still,masih kuat dan mampu untuk jogging selma 30min tanpa henti.

Kami anak-anak,pernah bertanya kat papa,

`papa,kenapa papa tak suka pakai kain pelekat dok umh ke,g surau ke?`

`ye lah..macm mana papa nak pakai,korang kecik2x dulu suka tarik2x kain papa..`

Haha..mungkin sebab tu la papa biasanya akan pakai seluar atau jubah ke surau..

biasalah..adik-beradik perempuan kebanyakkannya..sorang je hero..

how to describe about him?hmm..

Papa memang mudah mesra dengan orang

Budak-budak pun ramai suka kat dia

Selalu nak buat orang gelak

Manja dengan anak-anak

Sentiasa cuba untuk memenuhi kehendak kami

Dan yang palin penting

Dia akan memastikan kami mendapat pendidikan yang terbaik..

To papa,

Thank you for being such an awesome father

Thank you for the time you spent with us

Thank you for all the sacrifices u have done for us.

Im sorry for being such a burden to u

Im sorry for being sucah a naughty girl to u

Im sorry for all the wrongs i did to u..

I miss u so much..=)

Friday, March 4, 2011

..TAUTAN HATI..

klik untuk besarkan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Biro Kebajikan PKPMI dengan kerjasama Islamic Malaysian Association di bawah unit Cry No More akan menganjurkan suatu program yang diberi nama TAUTAN HATI.Berikut merupakan sedikit tentatif program

Tarikh : 12 Mac 2011 (Sabtu )
Masa :8.00 am - 5.30 pm
Tempat : Sukawening dan Rumah As-sofwah cileunyi

Antara program yang bakal dijalankan adalah Sembako ke rumah2x fakir miskin di Sukawening belakang dan majlis ramah mesra bersama anak-anak yatim di Cileunyi.

Kami juga memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mendermakan barang-barang terpakai seperti baju,seluar,kasut,beg dan sebagainya.Barang-barang boleh diberi kepada Sue FK08 atau Badihah FK07.Booth untuk mendermakan barang juga akan dibuka semasa Expo LED Selasa ini,insyaAllah.

Sebarang bentuk derma secara individu boleh diserahkan kepada mana2x AJK dari Biro Kebajikan dan Unit Cry No More.

Bayaran dikenakan sebanyak 10k(makan) untuk setiap penyertaan.Kepada sesiapa yang berminat,boleh beri nama kepada ketua angkatan masing2x.

Tempat adalah sangat terhad.Siapa cepat,dia dapat!..=)
Jangan lepaskan peluang ini..

`hulurkan tangan ringankan beban..sertai kami di TAUTAN HATI..`

contact person : Sue fk08
qayyum fk08
mahirah fk09

Monday, February 21, 2011

..ingin sekali..

Kenapa manusia itu

Sering saja lebih mementingkan

Perasaan sahabat,teman,kawan..

Lebih daripada apa yang Allah pinta..

Kenapa kerna terlalu ingin menjaga hati manusia

Da`i itu sering lupa menegakkan kalimah Allah

Tidak mahu menegaskan bahawa itu salah..itu silap..

Tidak mahu menegur walaupun silap berada di depan mata?

Kenapa?kenapa?kenapa?

Adakah perasaan manusia itu lebih perlu dijaga berbanding yang mencipta manusia itu?

Adakah tiada kekuatan untuk menegur kerana takut digelar kolot,x up 2 date,ptus mood org,?

Adakah kerana tidak yakin dengan hukum Allah?

Atau tidak yakin dengan balasan Allah?

Atau menyerahkan tanggungjawab itu pada orang lain?

Aku tidak mahu menjadi orang yang itu,

Aku ingin menjadi penegak agama Allah di muka bumi ini,

Aku ingin berada di saf hadapan untuk sama2x berjuang untuk Islam

Aku tidak mahu jadi manusia lemah kerana manusia,

Aku mahu berada di darjat yang tinggi di sisi Allah

Biarlah dikata kolot

Biarlah dikata ketinggalan zaman

Biarlah dikata putus mood orang


Aku ingin..

Aku ingin sekali bukan setakat menghidu harum bau syurga

Aku ingin sekali bertemu kekasih Allah

Aku ingin sekali bertemu Salahuddin al Ayubi

Aku ingin sekali bertemu Saiditina Aisyah,Khadijah dan yang lain2x..

Aku ingin sekali bercerita

Bahawa aku juga luar biasa untuk berada di syurga Allah

Ku mohon kekuatan dari Allah

Ku mohon pertolongan dari sahabat

Ku mohon bimbingan dari guru

Ku mohon maaf

Di atas segala khilafku..

Coretan,

Aku yang dambakan syurga Allah..

p/s: katakan TIDAK pada cinta sebelum bernikah

p/s 2 : jalinkan ukhuwah kerana sayangkan saudara Islam anda

p/s 3 : program BAKSOS bakal diadakan..akan dipromosi dalam masa terdekat..projek last before AGM..

p/s 4 : Ayuh pasukan panglima 08(purple)..kita jadi pasukan yang terbaik dan paling berdisiplin kali ini..

Wednesday, February 16, 2011

..kembali..

Assalamualaikum..

Sudah hari ke-3 berada di Jatinangor selepas pulang bercuti di Malaysia.Cuti yang pendek cuba di isi dengan sebaiknya.So,nak share sikit apa sahaja yang telah dilakukan sepanjang cuti dan kesimpulan dan pengajaran yang boleh di ambil.

1.Pergolakan yang berlaku di Mesir menjadi bualan hangat juga di kalangan rakyat Malaysia.Dan hari peletakan jawatan Hosni Mubarak,saya berada di Malaysia.Terkejut,lega,musykil..macam2 rasa..

2.Pernah membaca blog seorang hamba Allah yang membandingkan antara peniaga Muslim atau Melayu dan nonMuslim.Beliau membuat kesimpulan bahawa peniaga non-Muslim lebih mesra pelanggan dan tahu menjaga hati pelanggan.Dan saya cuba di Malaysia.Ya,perkara ini benar.Kebetulan atau tidak,saya pun tak tahu.Sempat ke sbuah restoran untuk order makanan.Boleh pulak orang yang ambil order tu mengambil pesanan dengan memakai mask(oi...tak dengar la apa kau cakap!!)sehingga dia terpaksa mengulang soalan dengan muka yang masam dan malas nak layan.Perkara yg lebh kurng sama terjadi 2 kali.Sempat menemani mama ke pasar,dan auntie nie sangat2x mesra melayan pelanggan dan sempat bergurau dan disertai dengan senyuman manis..haih..apekah...macam mana nak maju nie??

3.Mendapat jemputan perkahwinan dan berita pertunangan sahabat2x dan cousins..waa..macam best je,n bertuah je..tapi bila2x fikir,saya membuat kesimpulan,im not ready yet..saya masih mahu berada di sisi mama..=)

4.Family vacation di Port Dickson selama 2 hari 1 malam..menikmati keluasan laut,ketenangan hembusan angin yang mendamaikan..plus,bersama keluarga tersayang,cukup membuat hati tersenyum..thank you Allah.



suprise belated birthday...


5.Sehari sebelum pulang ke Bandung,terdengar di radio IKIM.fm bahawa JAKIm akan membanteras sebarang sambutan yang berkaitan dengan Valentine`s Day oleh orang Muslim..sekali ditegaskan,buat orang Muslim..jadi,tiada masalah rasanya di situ..walaupun ada sebahagian yang mengatakan bahawa ianya bukan upacara keagamaan,tapi kita memandang kepada apa yang selalunya dan pasti berlaku which is MAKSIAT,people!

6.Sempat mendengar ceramah di surau berdekatan rumah yang membicarakn tentang Zikrul Maut. Ceramah ini sebanrnya sambungan daripada kitab(xingat kitab apa) yang diadakan tiap-tiap minggu.Kesimpulan yang boleh di buat,jangan kita biarkan diri kita sentiasa lagho atau leka dengan masa yang di beri.Daripada setengah jam kepada 1 jan kepada 4 jam dan seterusnya.Kita harus cepat sedar.Lagi,perbanyakan senyum sebab nabi suka senyum.Senyum kita mampu membina hubungan persaudaraan yang baik.Mampu menggembirakan orang.Ustaz ada juga menyentuh sedikit tentang bolehnya kita bergurau sesama kita tapi tidak melampai batas.

7.Terpaksa membatalkan niat untuk menghadiri reunion bersama teman-teman lama sekolah rendah..tak de rezeki la..insyaAllah,kita jumpa raya nanti eh..maaf bangat ya!..=)

8.Lesen memandu masih belum mati..apa lagi,ambik kesempatan la..tapi co-pilot disebelah(alang) asyik menjerit-jerit sebab banyak kali saya hampir melanggar kereta orang..(bukan salah saya ye..=p)..lagi pula,memang pemandu-pemandu kat Msia banyak yang kurang sabar..haih..

9.Sempat mencuba 2 resipi.Muffin choc chips dan apple pie.Mendapat lulusan kepujian di beri oleh my little brother,Nik Muhammad Nur Jihad..die memang pengkritik masakan saya..sebab kalau tak sedap,dia honest sangat,dan cakap tak sedap..

Pulang ke tanah air selama 5 hari memang sangat-sangat sekajap.Gembira,sedih,sayang,suka..macam-macam perasaan bercampur..Menatap wajah papa dan mama selama 5 hari belum cukup untuk mengubat rindu selama setengah tahun..Berbual dengan mama dan adik-beradik yang lain,tidak pernah habis ceritanya..menziarah jiran-jiran lama belum sempat semuanya..cukup singkat waktunya..

Semoga cuti kali ini dapat menjadi penguat semangat untuk meneruskan kehidupan berbaki 6 bulan sebelum pulang untuk leberan..walaupun masih lama,ada yang sudah beli tiket..=p

p/s :minggu pertama kelas yang memenatkan..tutor,letc,assignment lab,n etc..kembali busy..jom kembali busy!..

p/s 2 :sedang cuba untuk mencari booster bagi menaikkan kembali semangat berjuang..huuhuhu

Tuesday, February 1, 2011

..Bunga di sebalik duri..

Teringat kembali sewaktu zaman kanak-kanak,ketika masih berada di bangku sekolah,persoalan ini sering di tanya oleh tok ayah,

“Besar nanti nak jadi apa?(sudah di ubah loghat dari kelantan)”

“Erm...nak jadi cikgu..tak pun peguam..hehe..”

“Tak nak jadi doktor ke?”

“Doctor??ermm..tak taw la..”

Sebenarnya jawapan yang ingin diberi adalah `tidak mahu` tetapi tak sanggup nak meluahkan dan menghancurkan harapan.

Dan dengan izin Allah,sekarang berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti di Bandung.Jurusan kedoktoran.

Tidak pernah bercita-cita untuk mengambil bidang ini.Tidak pernah berhasrat untuk berjinak-jinak dengan darah mahu pun cadaver.Apakah?~

Saya yakin,pasti ada hikmah disebalik keberadaan saya di dalam bidang ini.

Saya yakin,pasti ada sebab mengapa Allah menempatkan saya di UNPAD dan bukannya di UGM bersama housemates saya yang lain.

Hikmah itu tersembunyi.

Akan terlihat pada yang mencari,Pada yang berfikir dari akar umbi.

Not Bad.

Boleh saya katakan,dunia kedokteran adalah sesuatu yang menarik.

It`s an art.

Saya dapat belajar tentang music,pitcures,soft skills,and the most important thing is..saya mengenali diri sendiri..Kenal diri membawa kepada mengenal siapa pencipta segala keajaiban yang terjadi dalam diri manusia..

Music : saya dapat mendengar macam-macambunyi heart sounds,breathing sounds

Pictures :saya dapat melihat pelbagai jenis makhluk Allah yang sehalus 0.5µm.Kecil tapi mampu membawa effect yang sangat besar

Soft skills :saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik.silaturahmi.

Belajar dalam dunia kedokteran bukanlah ilmu tentang penyakit semata-mata.

Yang paling penting,bagaimana sikap kita atau ethics terhadap pesakit.bagaimana mengawal sifat daripada marah atau terlalu emotional.melatih diri untuk mempunyai sifat empathy.

Bukankah itu semua diajarkan dalam Islam?

Alhamdulillah,saya telah nampak hikmah itu.Saya lebih mengenali siapa diri ini dan Ya Rab sebagai penciptanya.

Mengapa di bandung?

Diiukutkan hati,saya ingin saja belajar di universiti tempatan.Lagi dekat dengan keluarga,lagi menyenangkan dan menenangkan saya.

Hati memberontak di saat awal kerana `terpaksa` meninggalkan orang-orang yang disayang.

Sudahlah keseorangan tanpa teman rapat yang dikenali,kena pulak berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya.

`macam mana aku nak survive nie??uwaa..nak balik...`

Namun

Hati ini cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.pasti ada hikmahnya.Pasti ada.

Ya,kini saya tahu mengapa saya disini.

Saya kenal dengan ramai orang di sini.

Saya dipertemukan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang cukup dengan satu perkataan untuk digambarkan,`istimewa`.

Dengan mereka,saya mendekati Islam

Dengan mereka,saya yakin dengan Islam

Dengan mereka,saya belajar tentang ukhuwwah

Dengan mereka,saya belajar terlalu banyak perkara.

Terima kasih ya Allah.

Hikmah sakit dan sihat

Sihat dan sakit adalah 2 perkara yang pasti dihadapi oleh setiap manusia setiap hari.

Orang mula merasa nikmat sihat apabila dia dan pernah merasakan sakit.

Sakit dan sihatnya datangnya dari Allah

Sakit dan sihat dua-dua adalah ujian.

Ujian tanda sayang.Bagaimana Allah hendak menguji kapasitas keimanan kita jika kita tak di uji?

Setiap hari,ada sahaja dosa yang kita lakukan.Besar mahupun kecil.Direct or indirect.

Allah menyedarkan kita dengan tamparan berupa sakit.

Tapi adakah dengan tamparan sebegitu,mampu membuat kita sedar atau masih mempersoalkan takdir hidup?

Kembalilah kita padaNya,rinduNya Allah untuk mendengar rintihan hambaNya.

Sakit yang datang akan didahulukan dengan gejala atau sign and symptoms.

Bagi kita yang belajar medic,sign and symptoms adalah kunci yang membawa kepada misteri sesuatu penyakit.

Tanpa sign symptoms yang hadir,bagaimana manusia itu akan sedar bahawa ada sesuatu yang membahaya yang sedang berlaku dalam fungsi normal badannya.

Dengan sign symtoms yang ditunjukkan oleh Allah,ia memudahkan manusia untuk mengkaji dan seteusnya berusaha untuk mengubati,dengan izin Allah.

Lumrah Hidup

Berada berjauhan dengan keluarga,menghadapi kesusahan dalam pelajaran,lulus gagal dalam ujian,semuanya menjadi pendorong untuk diri menjadi lebih baik.

Tidak semua yang kita rasakan baik untuk kita adalah terbaik untuk kita.Mampukah kita untuk mengatur hidup kita tanpa bergantung harap padaNya sedangkan saat kita mati juga kita tidak tahu.

Ujian dalam kehidupan adalah tarbiyah dari Allah

Seperti menaiki tangga,

Mampukah kita untuk menaiki tangga seterusnya jika sering berhenti dan give up,

Kerana alasan penat dan tidak mampu.

Allah beri apa yang terbaik untuk kita

Pandanglah sesuatu dengan mata hati,

Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya.

Jika keluarga Yasir dibiarkan menghadap siksa di tengah panas padang pasir,

Itu tidak lain untuk memberi kekuatan kepada kita sekranag dalam perlunya pengorbanan dalam hidup .

Jika Palestin sehingga kini masih dibiarkan tetap bermandikan darah,

Itu tidak lain ingin mengajar kita erti perjuangan akidah dan mengenali bumi para Anbia`

Aturan kehidupan yang direncanakan oleh Allah cukup sempurna.

Terpualang pada diri kita untuk melihatnya.

Teruskan perjuangan!

Tiba masanya kita mengubah dunia!

p/s :cuti 5 hari untuk paper seterusnya.dan next,pulang ke tanah air.~

p/s 2 : apa sahaja bidang atau pekerjaan yang kita lakukan,jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur.Allah tidak melihat hasil seperti yang manusia sering pertikaikan,Allah hanya melihat usaha dan ketakwaan kita.Tidak hairanlah kenapa manusia tidak pernah puas.

p/s 3: jangan berlaku sombong di dunia.kamu hanyalah hamba yang lemah.Nasi yang sudah ada didepan bibirmu,jika Allah tidak redha,maka ia akan jatuh lagi.

p/s 4 :kehidupan umpama air laut.Diminum hanya menambah haus.

p/s 5 :kehidupan ibarat universiti dalam kehidupan.perlu kita hadapi exam untuk naik tahun,atau naik kelas.dari universiti,kita belajar macam2 perkara.teruskan mencari.