Saturday, December 3, 2011

..allahuakhbar..


Banjir kilat melanda Kajang

02/12/2011 7:41pm

HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai

Utusan Malaysia

Waaa...Kajang, tempat saya membesar banjir teruk..sejurus membaca berita nie, terus text alang..menurut berita, jalan jelok juga terjejas..itu adalah kawasan tempat tinggal saya..

Menurut alang, banyak juga barang yang tak sempat diselamatkan..saya pun tak dapat bayangkan macam mana keadaan di rumah..Allahuakhbar...

Pasti ada hikmahnya!

p/s : countdown pulang ke malaysia..insyaAllah

p/s 2 : thesis oh thesis


2 comments:

  1. huhu..ape kaba rumah kamu yer...huuuu

    ReplyDelete
  2. aja: rumah ok la..ade jugak barang2x yang rosak..hehe

    ReplyDelete