Friday, March 4, 2011

..TAUTAN HATI..

klik untuk besarkan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Biro Kebajikan PKPMI dengan kerjasama Islamic Malaysian Association di bawah unit Cry No More akan menganjurkan suatu program yang diberi nama TAUTAN HATI.Berikut merupakan sedikit tentatif program

Tarikh : 12 Mac 2011 (Sabtu )
Masa :8.00 am - 5.30 pm
Tempat : Sukawening dan Rumah As-sofwah cileunyi

Antara program yang bakal dijalankan adalah Sembako ke rumah2x fakir miskin di Sukawening belakang dan majlis ramah mesra bersama anak-anak yatim di Cileunyi.

Kami juga memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mendermakan barang-barang terpakai seperti baju,seluar,kasut,beg dan sebagainya.Barang-barang boleh diberi kepada Sue FK08 atau Badihah FK07.Booth untuk mendermakan barang juga akan dibuka semasa Expo LED Selasa ini,insyaAllah.

Sebarang bentuk derma secara individu boleh diserahkan kepada mana2x AJK dari Biro Kebajikan dan Unit Cry No More.

Bayaran dikenakan sebanyak 10k(makan) untuk setiap penyertaan.Kepada sesiapa yang berminat,boleh beri nama kepada ketua angkatan masing2x.

Tempat adalah sangat terhad.Siapa cepat,dia dapat!..=)
Jangan lepaskan peluang ini..

`hulurkan tangan ringankan beban..sertai kami di TAUTAN HATI..`

contact person : Sue fk08
qayyum fk08
mahirah fk09

2 comments: