Saturday, January 29, 2011

dia baikkah?

“Dia lelaki baik la...” kata si A

“Macam mana awak taw dia baik?”tanye si B

“Yelah..saya selalu tengok dia g masjid..pastu,caring lagi..selalu tnya saya sihat ke tak,dah makan ke belum..dia tak macam laki lain..selalu bagi sms hadith atau ayat Quran kat saya..lagi.bla..bla..”si A membebel.

Ok STOP!

Baik?

Apa itu sebenarnya definisi baik?

Biro Agama Islam Kubi (BAIK) ?

oh..bukan2x..

“Tidak!Barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah,dan dia berbuat baik,dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati” (2:122)

Yang berbuat baik,akan mendapat pahala.

Nak dapat pahala,mestilah kena dekat dengan Allah.

Patuh segala arahannya dan jauhi segala laranganNya.

Baik = dekat dengan Allah.

Itu apa yang saya faham.

Maka

Baikkah lelaki itu jika dia `caring` kepada seorang wanita?

Baikkah lelaki itu jika hanya pergi ke masjid menjadi kayu ukur?

Baikkah lelaki itu jika dia sering mengingatkan seorang wanita dengan Al-Quran dan hadith (sms)?

Ya..baik..andai mereka sudah berNIKAH.

Dia Lelaki Baik

Jika benar dia lelaki baik,dia akan BERANI untuk berjumpa dengan bonda dan ayahandamu

Jika benar dia lelaki baik,dia tidak akan merosakkan hati bakal-bakal isteri solehah

Jika benar dia lelaki baik,dia tahu menjaga ADAB pergaulan berlainan jantina.

Peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain.

Kuatkan diri.

Teguhkan pendirian

Jangan biarkan mereka dengan mudah dekat dengan kita.

Biarlah dikata sombong,itu untuk perisaimu

Adakah kita ingin bina sebuah baitul muslim dengan kemurkaan Allah?

Katakan TIDAK.

Bagaimana hendak menjaga?

Ok.saya share sikit perkongsian dari sahabat Caspel saya.

1. Avoid from them

-minimalkan daripada berurusan dengan mereka

-kalau boleh mintak tolong dari girls,that`s better

-if terpaksa,pastikan bila berjumpa atau berurusan,bawa bersama kawan anda yang boleh dipercayai menegur anda

2. Take a good care of your gadjets

-maksudnya,bila `mereka` msg,serius sikit bila membalas..minimalkan penggunaan bahasa pasar seperti..mekacih..gunakan maaf better than sorry..kurgkan emoticon

-kalau bole,msg je,xyah call..kalau ym pun,yang penting je la eh.

3. Tundukkan pandangan


-soft skills yang belajar tentang eye contact segala tu,bukan smua bole pakai. tundukkan pandangan.jangan dok tenung je.tapi jalan tu,pandanglah depan.kang ada gak terlanggar tiang nanti..huhu

-kalau boleh,kurangkan bergurau..sebab nanti lama-lama tembok cina kita terhakis.ok.

Mungkin ada penambahan dari yang lain,silakan.

Saya tahu perkara ni agak susah lagi-lagi kita berpersatuan dan sering berurusan dengan lelaki ajnabi

Namun,jadikan ia sebagai jihad kita.

Saya yakin kita mampu! =)


sempat menghadiri majlis pernikahan teh nada.



Before u say `I do...`

Lengkapkan diri kita dengan ilmu sebanyak yang mungkin.


Perbaiki diri kita sebaiknya

Kuatkan doa kita untuk dapat yang terbaik.

Itulah usaha kita.



p/s :tahniah buat teteh(kakak) mentor saya,teh Nada atas pernikahannya.senior 06 yg lain bila lagi?hehe


p/s 2 :wah..tak sabar nak balik msia..yeay!

p/s 3 :exam final belum habis..ayuh,fight!!

Friday, January 28, 2011

..buat teman seperjuangan..


Assalamualaikum w.b.t..

Saya nak kongsi 1 artikel.yang saya baca dari blog IMAN.hmm..best!
so,take a seat and enjoy your reading..
Hope this will help us in this journey!hehe..=)

Salam,

selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.

Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik.. Berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kdang2 kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.

Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:

ombak eh perempuan ini?




Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.

Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.

Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.

Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.

Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!

Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.

Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.

Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.

Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.

Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.

Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.

( tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula…hohoohoh)

Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?

Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.

Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari ALlah.

Kenalilah simptom futur anda

Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.

Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera..

Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.

Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.

Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.

dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.

Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.

Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:

Ala, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaa.. apa salahnya dengar lagu rihanna?ehek ehek…..

Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:

aku bila lagi? aku bila lagi?

dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..

dan kita lebih jauh dari Allah..

bertambah jauh.

Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.


Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.

Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?

Syaitan!

dan siapa yang akan kalah dan menangis ? Islam dan diri sendiri juga!

Sebab itu, kenalilah sifat kita yang mudah down, dan berombak. Dan ubatilah kefuturan dengan setepat-tepat ubat. Bukan mencarinya dan mengubatnya dengan hiburan dan kelekaan.

Jawapan itu ada pada:

1) Kembalilah pada Allah.

Yes. I mean this.

Go back to Him. Bersolatlah kepada Dia. Bercakaplah dengan Dia.

Kalau uzur, baca ma’thurat. Hafal surah. Buat perkara -perkara yang mendekatkan diri dengan Allah. Even membaca buku yang mengingatkan kita pada Allah.

Berdoalah. Kembalikan kekhusyukan. Istighfar berulang kembali.

Dan paling best untuk dilakukan adalah:

Membaca Quran, serta mentadabburi setiap makna kalimahNya.


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (QS Al-Isra’ : 9)

Perkara ini juga dikuatkan oleh Ustaz Hasan Al-Hudhaibi yang berkata :

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.”

Allah SWT berfirman :

“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Ruh (Al-Qur’an) dengan perintah kami . Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami tunjuki siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami”. (QS As-Syura : 52)

Ketika Ruh tersebut melekat ke dalam hati dan setiap penjurunya dipenuhi dengan cahaya iman, maka ia mampu mengusir hawa nafsu dan rasa cinta terhadap dunia dan kemudiannya akan mempengaruhi perilaku seorang hamba dan tujuan hidupnya.

Maka temuilah ketenangan itu pada tadabbur Al-Quran. Berkata-katalah dengan Allah dengan membaca ayatNya, penuh dengan kehadiran sebuah perasaan.

Ibnu Mas’ud berwasiat :

“Janganlah kau membaca Al-Qur’an secepat kau membaca sya’ir, atau seperti buah kurma yang berguguran dari tangkainya, berhenti dan renungkanlah keajaiban-keajaibannya, gerakkanlah hatimu dengannya dan janganlah menjadikan akhir surah sebagai pusat perhatianmu.”





2) Bergaullah dengan orang-orang yang soleh.

Tak semestinya kena cari naqibah, atau ustaz. Carilah teman yang mengingatkan kita pada Allah. Yang akanremindkan kita tentang akhirat. Yang dapat menyedarkan kita dari tidur yang lena itu.

Sebab time kita down, memang hati tengah gelap. Sukat untuk kita menerima nasihat orang. Maka sentuhan orang-orang soleh ini dapat melembutkan hati kita, dan memberi cahaya baru dalam hati kita dengan izin Allah..

Jangan bersendirian ketika futur. Kita akan diganggun dengan bisikan syaitan jika kita terus bersendirian.



3) Berdoa kepada Allah.

Berdoalah diberikan semula hidayah yang malap. Berdoalah untuk diberikan kekuatan. Dan berdoalah supaya Allah mudahkan urusan kita yang menyebabkan kefuturan kita.

Berdoalah kepada ALlah:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir” (QS al-Baqarah [2]: 250).

Berdoalah dan temuilah kekuatan itu dengan doa!



4) perbaharui kefahaman kita.

Sebelum ini mungkin kita dah faham akan erti hidup kita. Kita faham tugas kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat di dunia ini.

Namun bila saatnya futur, maka kefahaman itu seolah-olah terbang ditiup angin nafsu yang mengelabui iman dan akal kita.

Di saat itu, perbaharuilah kefahaman kita. Bila kita menganggur, syaitan akan mudah menjadikan kita futur.

Maka perbaharuilah kefahaman itu dengan tarbiyah. Pergilah kepada majlis-majlis ilmu. Nyalakan semula semangatmu. Semarakkan semula baraan himmahmu.

Katakan pada dirimu bahawa:

‘ Hidupku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam!’

Kerana memberi dakwah itu menghidupkan dan merupakan jalan keluar kepada kefuturan. Kerana itu di saat kau meninggalkannya, perkara itu akan lebih mendownkan kamu.

Maka di saat down, ambillah masa sekejap untuk istighfar dan perbaiki semangatmu. Seterusnya, bangkitlah dan teruskan memberi kepada manusia!



5) Mengingati negeri akhirat.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya ketika ia ditanya tentang makna ‘insyirah shadr’ (keterbukaan dada) dalam firmanNya :

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az-Zumar : 22)

Nabi saw menjelaskan :

“Apabila cahaya iman masuk terbukalah hatinya” (untuk menerima kebenaran).”

Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, apa ciri-cirinya?”

Rasulullah saw bersabda :

“Kerinduan kepada kampung keabadian, merasa jauh dari dunia yang menipu, bersiap-siap untuk menghadapi kematian sebelum ia datang.”

Di dunia ini kita akan selalu ditinggalkan keseorangan. Apa awak ingat awak seorang je ke takde murabbi? ( kita akan selalu mengadu benda yang kita takde, benda depan mata, selalu tak kita hargai…)

orang terdahulu sendiri banyak belajar berdikari. Banyak membina diri mereka sendiri.

Semakin lama kita dalam tarbiyah, Sedarlah, kita perlu lebih banyak bergantung pada tarbiyah dzatiyah berbanding tarbiyah jam’iyah ( tarbiyah diri sendiri, daripada tarbiyah beramai-ramai)

Maka, bila kita down, kitalah yang perlu merawat ke’down’an kita itu sendiri. Dengan cepat!

Jika kamu tak mampu merawatnya, siapa lagi?

sedangkan ummah mendambakan parajurit-parajurit yang sentiasa terpadu iman dan amal jihadnya, untuk menongkah jahiliyah yang amat pekat di luar sana.

Mampukah kamu bangkit semula?

**sumber: http://muharikah.wordpress.com/2011/01/13/wanita-itu-ibarat-ombak/

Rugi rasanya kalau kita tak gunakan masa yang ada kat dunia nie sebaiknya.

Orang lain sibuk mengejar cinta Allah,tapi kita mengejar cinta nafsu kita..

susah memang susah,kalau mudah,semua orang pun boleh masuk syurga.

Tengok lah orang2x yang dijamin masuk syurga,bukankah mereka hebat?

Jom jadi orang hebat!!

p/s : saya mahu cinta ke syurga dan saya yakin dengan janji Allah.. =)

p/s 2 : dear friends,jika saya leka atau lalai,help me!


saya xmau marah lagi


klik untuk besarkan

sebenarnya,ni azam saya..sejak sudah meningkat umur nie..
im 22!!huhu..but still rasa like 18..(like i care)..
thank you my dear friends for all the wishes..

papa antara orang yang awal wish..
Dan sempat juga bertanya, "papa ingat ke umur angah berapa dah?"
Papa reply: "Mama kata 22 dah.Mama kawin umo 22thn,papa 26thn,mek(nenek) umor 12 thn"
haha..apekah??
tak pe..bila sampai masanya..i will said i do..=p
-tamat sudah-

p/s : saya suka penyampaian tazkirah atau ta`lim yg santai~

p/s 2 :hep A merebak!!..tapi tak rasa ape2 pun..huhu...

Thursday, January 20, 2011

`dicipta` dan `mencipta`


ayuh keluar dari fantasi


Assalamualaikum w.b.t..

Final exam bermula sudah..

Dan untuk exam kali ini,kami pelajar FK08 UNPAD di uji dengn macam-macam perkara..

Jadual yang dikeluarkan di pagi hari

Menyatakan bahawa kami akan bermula cuti pada 4hb Feb.

(fuhh..lega..sebab tiket pulang,ramai yang beli antara 4 dan 5hb)

Dan petangnya pada hari yang sama,

Jadual yang dikatakan sudah di `konfirmasi` tu di revised kembali,

Dan keluarlah jadual baru..

Dan guess what,

Kami bermula cuti pada 8hb..

Ye..8hb..(serius marah sangat..dah la 1st time beli tiket guna duit sendiri..suprise la katakan..)

Kami..tidak berdiam diri,berusaha berjumpa dengan doc dan mengadakan beberapa meeting..

Tapi,apakan daya,tiada perubahan yang berlaku.

Dan pertama kali juga,exam OSCE (clinical skills) dan SOCA(pembentangan case) diadakan pada minggu yang sama..

Serius..kelam-kabut juga..

Waa..serius nak nangis..


Ta`lim semalam disampaikan oleh seorang adik..

Menceritakan tentang keimanan semut dan keimanan manusia.

Dipendekkan cerita,Nabi Sulaiman membantu si semut yang kecil untuk mencari makanan,

Dan meletakkan semut itu bersama sebiji gandum di dalam suatu balang.

1 gandum boleh bertahan selama sebulan,mengikut kata si semut.

Tapi,setelah sebulan,si semut hanya makan separuh daripada gandum tersebut..

Haaa..rasa2x kenapa?..

Kata si semut,

Jika berada di luar balang,dia tidak risau sebab rezeki Allah itu luas dan Allah tidak pernah melupakan dia.

Tapi jika berada di dalam balang tu,kemungkinan manusia akan lupa nak bagi dia makan.So,sebab tu die tinggalkan separuh gandum tu..

Ha...hebat tak si semut tu?

Betapa si semut sangat percaya dengan kurniaan rezeki yang Allah kurniakan kat dia..

Allah tak pernah lupakan kita,

Tapi kita,

Cepat sangat lalai.

Bila susah baru cari Tuhan..



Kalau bulan Ramadhan salah satu bulan untuk mendidik diri kita,

Bagi saya,bulan exam ni juga boleh mendidik diri kita,

Untuk bergantung diri padaNya.

Pada masa ni lah kita akan cam baik sikit,

Solat pun tepat waktu je..

Bangun malam,doa tak putus-putus,

So,why not kita jadikan bulan exam ni untuk mendidik kita

Untuk kita hadapi bulan-bulan yang kan datang..


Saya yakin,

Allah datangkan ujian-ujian di atas,

Untuk meningkatkan lagi darjat hamba di sisiNya

Itu akan berlaku,

Jika kita mencari `akar` dari masalah yang berlaku

Dan bukan hanya melihat dari pucuk dan buahnya.

Sering sahaja yang`dicipta` melupakan yang `mencipta`

Tetapi yang `mencipta`

Tidak pernah membiarkan yang `dicipta`

Kenapa sering begitu??

Banyak perkara yang saya belajar dari ujian di atas.

Manusia itu tidak akan pernah adil.

Manusia itu sering cakap tak serupa bikin.

Manusia itu sering lupa.

Jadi

Kenapa harus meminta pada manusia?

“kau lulus soca or osce depends doctr ah..kalau doc tu baik,A lah ko dapat..”kata-kata yang sering didengar..

Siapakah yang memegang hati si doc itu?

Siapa yang memberi ilham kita mampu berkata-kata di depan doc?

Yang paling penting,siapakah yang memberi rezeki kepada kita?

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang orang terdahulu sebelum kamu.......’kapankah datang pertolongan Allah?’Ingatlah sesunggunya pertolongan Allah itu dekat” (2:214)

Kita tak payah risau la apa result yang kita dapat time exam tu,

Sebab Allah tak tengok smua tu

Apa yang Allah lihat adalah ketakwaan kita.

Yang penting usaha kita,

Usaha,usaha dan usaha.

Kalau yang selalu dapat A tu,

Mungkin sahaja ujian untuk kita,

Nak masuk syurga perlu A dalam paper exam?

Kepada semua yang akan menduduki exam ataupun tidak,

Mari sama-sama kita fikir,

Apa yang sebenarnya target dalam hidup kita?

Tepuk dada tanya iman.

p/s : saya tetap tukar tiket flight sebab plan `suprise` masih belum pupus.hehe..=p

p/s 2:thanx caspel..sayang korg smua..ayuh trus istiqomah..

p/s 3:sya mahu ke syurga illiyyin..=)

Thursday, January 6, 2011

tenang itu dengan zikir

Hari-hari.ada sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupan kita,sama ada yang kita suka ataupun tidak.

Kadang-kadang ujian hidup tu datang silih berganti..sampai mengeluh empunya diri.

“Macam mana ek nak rasa tenang dan bahagia dalam hidup ni?”tanya seorang sahabat.



Apakah definisi bahagia itu?

Adakah bahagia itu bermaksud apabila seseorang itu tidak menerima apa-apa ujian dalam hidup?

Impossible kalau macam tu,sebab kalau itulah definisi bahagia,tiada siapa yang hidup bahagia sebab ujian hidup itu pasti buat semua orang.Kesenangan mahu pun kesusahan.

Kita merasa bahagia apabila hati kita menjadi tenang.

Macam mana nak menjadi tenang?

Dengan kita mendidik hati kita.Melatih lisan kita.Mengaplikasikan perbuatan kita.

Bila jiwa kita rasa kusut,bila hati kita resah...pandanglah..lihatlah..langit biru yang terbentang luas..laut luas tiada penghujung..hijau gunung yang cukup mendamaikan..tenang kan jiwa?

Mengapa kita berasa tenang dengan keindahan ini?

Sesungguhnya,makhluk-makhluk Allah ini sedang berzikir kepadaNya.Sedang memuji sifat-sifatnya.

Ya..tenang itu dicapai dengan zikir.

Zikir itu dengan fikir.

“Kenapa aku baca Quran or zikir tak rasa apa-apa?tak dapat pun ketenangan tu..?”

Zikir itu boleh dengan hati,lisan atau anggota badan

Berzikir dengan hati = tafakkur.

Bertafakkur memikirkan nama-nama Allah,sifat-sifat Allah,hukum-hukum dan ayat-ayatNya.

Hanya Allah yang Maha Kuasa menetapkan segala sesuatu

Hanya Allah yang Maha Menguruskan segala kehidupan alam semesta

Memohonlah di atas sifat-sifat Allah.

Berzikir dengan lisan : ucapan

Ucapan tahlil,tasbih,takbir,membaca Al-Quran,membaca hadith dan sebagainya.

Berzikir dengan perbuatan : amal

Rukuk,sujud,doa,solat..

Sentiasalah berzikir pada Allah.Jangan beri peluang kepada musuh utama kita yakni syaitan membisikkan walau sesaat kata-kata pujukan yang membawa kita ke lembah Jahannam

Allah dah bagi guideline kat kita,mohon kepadaNya,berlindung denganNya,dari bisikan syaitan yang bersembunyi.Syaitan ni makhluk Allah yang licik.Pantang kita lalai sikit,sekejap je dia boleh sesatkan kita.So,jangan bagi peluang dekat makhluk Allah yang tak telah berperang dengan keturunan Adam sejak azali lagi.

Ya.Kita sedang berperang dengan syaitan.

Syaitan diminta tunduk sujud kepada Nabi Adam oleh Allah.Tapi,syaitan merasakan bahawa dia lebih mulia dan mengapa perlu tunduk?

Dan Allah telah memberi waktu kepada iblis sampai hari kiamat untuk menyesatkan manusia.Dan iblis,menyiapkan bala tenteranya untuk memerangi kita.

Apa hikmahnya Allah membenarkan iblis nie turun untuk menghasut kita?

Allah telah berfirman, “Sesungguhnya hamba-hambaKu engakau(iblis) tidak dapat berkuasa atas mereka.Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.”(Al-Isra`:61-65)

Allah menyediakan kita kelengkapan yang cukup untuk perang ini.

Iman sebagai perisai

Zikir sebagai bekal

Isti`adzah sebagai senjata.

Allah dah bekalkan kita persiapan yang cukup untuk menghadapi perang ini.

Kita harus berperang atau mati di medan perang.Pilihan di tangan kita.

“Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah (dengan menyebut nama Allah),zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepadaNya diwaktu pagi dan petang.(Al-Ahzab:41-42).

p/s :exam is just around the corner..lets pray for the best..

p/s 2 : dilema Melayu-Islam by ust pahrol..akan dibedah setelah selesai baca.=)