Saturday, April 14, 2012

..life is short..

..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..

Alhamdulillah..selesai sudah perjuangan saya di department saraf..tidaklah sesibuk di forensik..pertama kali boleh berbicara dengan pesakit..Selama hampir 3 minggu di saraf banyak mengajar saya..Ingin saya berkongsi..

Hari pertama saya jaga ( kerja 12 jam di luar waktu kerja ) , saya ditempatkan di emergency bahagian saraf/neuro..okae..sangat mencuakkan dan mendebarkan..

`..dek2x..coass saraf ya? ` panggil seorang dokter
`..ye saya doc..`
`..ini pasien kamu..baru masuk..rekam EKG ya..langsung photo thorax..`
`..what??aku baru masuk kot,mana aku taw..` sempat bermonolog.

beberapa saat kemudian..

`..adik coass saraf ya?..`
saya mengangguk-angguk..
`..ini, pasien ini dikasi manitol sampe 150 ya..jangan lebih ya..setelah selesai, kamu pasang kembali yang 2A..` langsung doc tu pergi begitu sahaja..
sekali lagi saya blur macam orang yang tersangat jahil.terkebil-kebil..
Paling last saya pegang infusa nie time osce dulu kot..
ommaaa..nak balik..

Tapi malam tu, saya bernasib baik sebab saya berjaga dengan kakak senior..maka, dialah yang banyak mengajar saya..

Pada malam itu, saya diminta untuk follow up seorang patient setiap 1 jam..menurut doctor, ibu ni dah tiada harapan untuk hidup..

Saya terkebil-kebil apabila doctor memberita prognosis pesakit tersebut..anaknya sentiasa menemani di sisi ibunya.

`..doc, saya mahu bawa pulang ibu saya..bisa ga?` tanya anaknya
`..bentar ya teh, bentar lagi saya kasi tahu ya..`
saya terus mendapatkan doctor saraf saya..

Namun belum sempat doc datang..tiba-tiba....

Allah lebih menyayangi ibunya..pertama kali saya berhadapan dengan kematian..sebelum ini di forensik, yang datang kepada saya sememangnya yang telah meninggal dunia..perasaannya sangat berbeza..Saya tergamam..Berdebar..tiba-tiba tremor..ya Allah...sesungguhnya daripada Engkau kami datang, kepada Engkau juga kami kembali..

kebanyakkan pesakit di bahagian saraf adalah umur 40 ke atas..kebanyakan datang kerana stroke..penyakit yang sangat ditakuti oleh ramai orang..tekanan darah yang tinggi merupakan faktor risiko yang teratas..

Setiap hari melihat orang sakit bukanlah sesuatu yang menyenangkan..dari raut wajah mereka, mereka ingin pulang..mereka ingin kembali sihat..mereka ingin hidup seperti manusia biasa..

Saya pernah sahaja berasa ingin give up dalam medic sebab ia bukanlah sesuatu yang saya sangat minat..dan ia bukanlah suatu jalan yang mudah..saya hanya mengikut flow..namun, di sinilah dan di bidang inilah yang mengajar saya tentang kehidupan..yang mengajar saya untuk berkomunikasi..yang mengajar saya tentang kesengsaraan orang lain..ia bukan sekadar suatu tugas semata-mata tetapi suatu amanah..Saya harus lakukan ini!..

Semoga terus kuat di jalan ini..saya pasti bisa!!

p/s : department jiwa..cant wait!..hehe

p/s 2 : rindukan kehidupan `sibuk dengan program` sewaktu di nangor

p/s 3 : bulan 5 mama datang, insyaAllah..yeay!!






Wednesday, March 21, 2012

Forensik..wuuu..~~

~ Assalamualaikum ~

Sudah masuk minggu ke ketiga kami angkatan 2008 memulakan tugasan sebagai dokter muda di Rumah Sakit Hassan Sadikin.Saya ditempatkan di department forensik untuk yang pertama bersama dengan BFF saya dan suaminya..cukup kuat agaknya rezeki kami untuk bersama..hehe..

Berada di forensik benar-benar menduga saya.Pernah saya bagitahu kat Puan Kuha, ` Janganlah dapat forensik dulu..cuak weh..` dan umpama satu doa,saya dapat forensik! hambik kau!...

doctor-to-be

Berada di forensik pada minggu pertama sangatlah horror untuk saya yang tidak berapa berani sangat.Kami disambut dengan `tamu` yang sungguh banyak.Oncall setiap hari dan yang paling tak tahan, kami dikejutkan jam 3.45pagi kerana ade `tamu` case pembunuhan.Ya Allah..

Saya cuba mengambil sesuatu atau hikmah disebalik kenapa saya ditempatkan di department ini dengan bertemu orang yang kaku membisu menanti jawapan atas sebab kematian.

Kematian adalah starter atau pemula kehidupan sebenar.Melangkah dari dunia fantasi ke dunia realiti alam selepas mati.Di sinilah bermula kehidupan kita sebenar. 

Tiada yang membezakan kita sewaktu mati.Berkafankan kain putih. Dimandikan oleh orang.Dikebumikan di dalam tanah.Yang  membezakan kita adalah amalam sehari-hari kita yang menjadi bekal untuk kita ke sana.Mereka yang sudah mati, telah pun merasai sakitnya mati itu.Mereka dah terlepas.Yang menanti mereka adalah kehidupan baru.Amalam kitalah yang menentukan kehiduapn baru kita itu.

Minggu pertama adalah minggu adaptasi saya. Suasana dan segala tingkah laku di bilik autopsi menjadi igauan mimpi saya. Pertama kali memegang jenazah membuatkan tangan saya tremor (sila google). Hati tidak tenang.Ommaa..mahu pulang...

Sehingga suatu hari, Dr N mengingatkan something...

`Kamu takut ga?` tanya Dr H kepada salah seorang kawan.
`Sekarang lagi rame (ramai) ga takut doc' jawab kawan saya.
`Kalau sendirian jadi takut ga?` tanya Dr N
`Iya doc..` jawab kawan saya.
`Kalo kamu takut, `dia` akan datang ke kamu..seperti waktu saya masih kecil..kami suka takutkan orang yang takut...kalau yang berani, ga ada guna takutin dia..benar ga?` jawab Dr H sambil tersenyum
`Kita punya Tuhan..tidak perlu takut..orang yang tidak punya Tuhan pasti takut..semua orang harus bertuhan..`sambung Dr N..

Kami semua mengangguk setuju.

Kembali pada Allah.Dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang.Saya manfaat setiap detik melihat `tamu` yang datang sebaiknya.Ini peluang saya.Kerja ini mulia.Memeriksa segala bentuk luka yang ada pada tubuh jenazah sebagai bahan bukti jika terdapat kasus(case) jenayah.

Kematian yang dilihat memberi kehidupan kepada saya untuk terus meningkatkan amal saya, insyaAllah.Saya masih ada peluang! saya masih diberi kesempatan!

Tidak dinafikan, impak dari forensik menyebabkan saya agak paranoid dengan orang asing disekeliling.
Orang ni namapak mencurigakan? Kenapa orang ni pandang semacam? Betul ke tak orang nie? Kunci pintu sentiasa! Itulah yang bermain di fikiran setelah melihat kejadian pembunuhan yang mengerikan. 

Ini mengingatkan saya untuk sentiasa lebih berhati-hati.Setiasa beringat.Sentiasa waspada.InsyaAllah.


p/s : lama tak update blog. :)

p/s 2 : saya pernah terbaca artikel seseorang tentang perlunya seseorang blogger itu menulis dengan berfikir sebaiknya.tidak santai sangat and bla..bla..bagi saya, saya senang menulis begini. kalau sampai message, alhamdulillah..

p/s 3 : one and a half year to go! then, i`m going back!hee..


Thursday, January 5, 2012

..do believe..

Hari ini adalah hari keempat final exam tapi dah sangat exhausted..hari-hari ada paper..biasanya kalau tengah-tengah exam nie pasti datang symptoms macam headache la, craving for choc la, coffee everyday with sydrome tidur terlampau sampai pening-pening..okae

Hari pertama merupakan SOCA atau oral test..kami perlu menghafal 11 cases from tropical medicines (berkaitan dengan penyakit-penyakit berjangkit dan selalu dekat kawasan tropic macam denggi, malaria, typhoid n etc) dan 10 cases from family medicine.Family medicine actually system baru dan kami batch pertama yang merasmikan system nie..Family medicine memang sangat banyak facts dan lebih kepada bagaimana kita handle dengan masalah emotional, behaviour and paling penting management patient..tapi bukan setakat patient tetapi dengan keluarga-keluarganya sekali..

Untuk soca kali ini, ada 4 case yang saya tidak hafal dengan sebaiknya..2 cases from trop med dan 2 cases from family medicine..dan saya sangat berdoa supaya saya tidak mendapat case family medicine..terutama 2 cases yang saya sempat lihat pada hari soca..




Persiapan kali ini lebih santai berbanding sem-sem lepas..saya pun tak tahu kenapa..hati saya lebih tenang, siap boleh makan before dikuarantinkan, dan membaca dengan santai..alhamdulillah..

okae..tibalah turn saya (which is group second last seperti biasa) untuk mendapat case dan membentangkan case di hadapan 2 dokter..jeng..jeng..jeng..teka saya dapat case apa? hahahha..

saya dapat case family medicine iaitu cervical cancer di mana case tu adalah salah satu dari 2 cases yang saya abaikan tu..waaaa....macam-macam perasaan yang bermain dalam hati saya waktu tue..`macam mana nie?matilah aku..malunya nak bentang apa kat dokter? sure fail nie..` berpeluh-peluh saya menulis presentation dalam mahjong paper tu..1st time mahjong paper yang digunakan hanya 3 dan sempat termenung sebab tak tahu nak tulis apa dah..

sebenarnya, saya bukan tak nak hafal case tu tapi saya tak sempat..saya balik malaysia for good masa discussion case tu..so,tak de idea sangat la..dan dengan muka ala-ala confident, saya membentangkan case tu dihadapan 2 dokter dari public health department..saya menggoreng dengan sedapnya sesuka hati saya dan sambil buat muka comel kat depan dokter..hehe..

Tibalah masa untuk doc memberitahu markah setelah selesai pembentangan..

Kedua-dua dokter sangat baik dan best! Dia menerangkan kepada saya apa kepentingan family medicine..`u need ti study more deeply about family medicine..this is a new system but is very important..u will need to not just focus about the disease of the patient but it includes how u handle the patient`s family...n.bla..bla..so,do u have any comment on your performance`..dengan segan-segan saya menjawab,`no doc..im still nervous..`wawawa...

Dan alhamdulillah, syukur sangat-sangat, saya lulus soca terakhir saya nie..syukur sangat2x..Allah telah melembutkan hati para dokter nie untuk meluluskan saya..rasa macam nak nangis sambil golek-golek..mereka sangat baik dan always senyum kat saya..subhanallah..




Saya teringat tentang pengisian pendek yang diberikan oleh ust S, tenaga pengajar yang mengajar kami kelas tahsin..selalunya kelas tu memang hari sabtu..tapi disebabkan `sibuk`  belajar, kami lupa untuk hadiri kelas tersebut sampai la hampir pukul 1pm, sahabat saya sms..`kelas tahsin pkul 1..maaf,terlupa..`..waktu tu biasa la, hati mesti berkata..`eh..nak g ke tak nie..nak exam ni..soca isnin ni,xabh bce lagi nie..`dan akhirnya dengan izin Allah, kami berenam ke pergi ke kelas tersebut..

Nasihat ustaz lebih kurang macam nie la..

ustaz cerita pasal ade seorang  hamba Allah nie..masa tu nak dekat exam dah..sehari sebelum exam..dia seorang yang sangat aktif..dan aktiviti dia semuanya demi kepentingan orang lain dan beliau banyak tolong orang..pada malam before exam, ditakdirkan die terlelap sewaktu belajar sebb penat sangat di siang hari membuat aktiviti-aktiviti kebajikan..dan dengan pertolongan Allah, dia dapat menjawab soalan exam dengan baiknya..subhanallah..

dalam sehari-hari kehidupan kita nie, kita sebenarnya ada banyak masa lapang..untuk buat baik tu,kadang-kadang kita rasa macam tak de masa..busy dengan ini la,sibuk dengan itu la...tapi selalunya, orang yang betul-betul memanfaatkan masa dengan baik, dia tidak akan pernah berkata TIDAK untuk membuat kebajikan dan kebaikan..subhanallah..

Sungguh terkesan dengan nasihat ustaz  dan memang ada benarnya..kita selalu kata kita busy dengan exam, kita sibuk dengan assignment, tapi cuba kita tengok, berapa jam dalam sehari kita tidur? masih ada masa nak bukak facebook? masih ada masa nak tengok movie or cerita korea sekejap?

Manusia bila dia tidak mengisi masa dengan kebaikan, maka dia akan mengisi masa tersebut dengan keburukan..hmmm..nasihat buat diri sendiri jugak..huhu..

-semoga bermanfaat-

p/s : palliative care in family medicine..it reminds me of someone i loved the most after Allah and Rasul...

p/s 2 : new year, same resolutions like last year..huhuhu..

p/s 3 : tired-saturated-2 more weeks to go...semanagt!..Allah..

Tuesday, December 20, 2011

..malaysia..

i`m going back home today..
can`t wait..
Semoga Allah memudahkan perjalanan saya pulang dan kembali semula ke bandung dengan selamat..

p/s : all the best to both my dear friends...gembira..sedih..bercampur..hey anak mak, jaga kawan saya baik2x..

p/s 2 : flight jam 8.30pm..tapi bertolak jam 12pm..haih..bosannye~

Thursday, December 15, 2011

..men and women..

busy..busy..busy..

sekarang merupakan climax untuk kami, mahasiswa semester terakhir di Jatinangor, UNPAD untuk menyiapkan tugasan terakhir yakni thesis yang merupakan salah satu syarat kelayakan untuk kami menuruskan co-ass ataupun clinical di hospital hujung Februari nanti, insyaAllah..Isnin bertarikhkan 19 dec, kami perlu menghantar draft buat sidang yang akan dijalankan pada Januari..berkejar-kejar sampai ke rumah mencari doktor untuk dibimbing dan mengambil tandatangan..huh..sungguh mencabar..


dalam kesibukan yang memanjang, sempat saya menonton sebuah video yang dilinkkan oleh Cik F..tajuk video tu tentang...`Can men and women be just friends?`..hmm....video tu tentang seorang lelaki di Western country, dia randomly pick sample dan bertanya sama ada boleh tak lelaki dan perempuan hanya berkawan?

Kebanyakan lelaki akan menjawab...

`..No..i don`t think so..`

`..hmm..it`s hard to do..well, we are all men, of course we are going to have those feeling...we can be silent with those feeling but....`

`..because of pyhsical attraction..`

ok girls..lets run away from guys...lalalala~

dan kebanyakan perempuan akan menjawab..dengan confident

`..yes...can..why not...`

dan bila orang yang menginterview bertanya kembali kepada wanita tersebut..

`...are you sure that he doesn`t like or attracted to u at all..`

atau

`...do you think that any of your guyfriends secretly like u..?`

yang perempuan akan menjawab

`...hmmm.......`






hmm..itulah fact..

mungkin perempuan sering merasakan bahawa seseorang lelaki itu hanya `best friend`..hanya `sahabat`..hanya `teman tapi mesra`...tetapi hakikatnya, lelaki dan perempuan ibarat magnet yang berlainan kutub menarik antara satu sama lain..

lelaki dan perempuan diperintah oleh Allah untuk menundukkan pandangan..

Malu...merupakan salah satu sifat perempuan yang melindungi dirinya..haya`..malu itulah menjadi pakaian muslimah..

Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan dapat menjaga kesucian diri
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan dapat menjaga kesucian hati
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan dapat menjaga dirinya dari maksiat
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan menutup dirinya daripada diratah oleh mata-mata yang bukan mahram

Mungkin bila kita (muslimah) bersahabat dengan seorang lelaki itu, kita tidak mempunyai apa-apa perasaan..sekadar kawan biasa..tapi macam mana pulak dengan perasaan lelaki tersebut? kita dapat baca ke? kita tahu ke apa yang dia fikirkan? kita pasti ke dia memang tak de perasaan suka dekat kita?

Allah memerintahkan kita untuk menjauhi zina..dekat sikit pun tak boleh..prevention is better than cure..Allah tahu betapa lemahnya kita..betapa hati kita ini sangat mudah dilentur..sangat mudah tertarik dengan berlawanan jenis..

Nasihat saya untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat...Jalinkanlah ikatan persaudaraan dengan semua orang tetapi peliharalah diri dari gangguan dan godaan syaitan..bila hati kita rasa something wrong dengan apa yang kita buat, masih ada iman di situ..jangan sampai hati kita tidak merasa sensitif langsung dengan pergaulan bebas kita..bila hati dah suka, ikatkanlah hati dengan cinta Allah dahulu..jangan kerana diri kita, membuka ruang untuk orang mengfitnah kita..

from left : abg wan-married (uncle), kak jah`s husband,k.jah (aunt),abg ikie-married (uncle)   

pengenalan selama beberapa bulan sahaja mengikat mereka dalam ikatan sah..tahniah kak jah! miss u..


`Men and women can`t be just friend`

-tamat-


p/s : im going home...durian is waiting for me..wuhuuu

p/s 2 : sikit lagi..sikit lagi..


Monday, December 5, 2011

..timeless...

Kerja semakin banyak, masa semakin suntuk..minggu ini akan jadi sangat pack..harus mengejar doctor untuk menyiapkan thesis before pulang ke tanah air, match netball semakin dekat menyebabkan setiap hari practise, exam semakin dekat dan study discussion caspel quarten akan bermula, pengisian rohani berbulatan dengan para sahabat dan adik-adik harus di sentiasa diteruskan...dan banyak lagi..okae..stress? memang stress..
Dan kadang-kadang boleh hilang fokus dan tak tahu nak letak mana satu yang jadi priority..saya tidak suka membuat pilihan..huh

Bila berkata tentang pengurusan hidup, ia sangat berkait rapat dengan masa..

Bagaimana kita mengurus masa dengan baik?
Bagaimana menggunakan setiap masa dengan bermanfaat?
Bagaimana menepati masa dalam setiap tugasan yang diberikan?

Walaupun saya tahu saya mempunyai banyak agenda yang harus diselesaikan dan masa yang ada perlulah digunakan sebaiknya, tapi masih saya mempunyai banyak masa untuk berfoya-foya..saya sempat tengok movie, saya sempat jalan-jalan relax2x sambil makan-makan, saya masih sempat melayari internet selama beberapa jam dan macam-macam lagi..ini apa yang terjadi kat saya, anda bagaimana?

serius banyak masa yang terbuang..ini jika agenda penuh, jika tiada agenda, apa agaknya yang akan terjadi?
Sebab itu saya memilih  untuk menjadi sibuk!..

Betullah seperti firman Allah dalam surah al-Asr...demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..kecuali orang-orang yg soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...

kita menjadi orang yang rugi bila masa yang kita ada kita gunakan untuk selain mendapat redha Allah..
kita menjadi orang yang rugi jika kita hanya duduk lenggang kangkung dengan kepentingan kita
kita menjadi orang yang rugi dengan tidak sama-sama mengingatkan orang lain tentang jalan menuju kebenaran (al-haq)

waktu dan masa..adakah sama?


Sila urus masa anda dengan baik! Time management!

Phrase yang senang untuk dibahaskan, tetapi sukar untuk dipraktikan..serius..

Kita sibuk membawa Islam ke sana sini, menyebarkan dakwah kepada semua, menyampaikan tentang matlamat hidup, tetapi benda simple seperti ,..... datang tepat waktu ke kelas..datang meeting pada waktu yang ditentukan...tidak lenggang kangkung dan last minute buat kerja...buat orang tertunggu-tunggu...itu semua jarang kita titikberatkan..

Situasi `datang lambat ke meeting atau apa-apa pertemuan` adalah perkara yang sering melanda pelajar-pelajar di sini..ada 1 pemikiran yang saya rasa perlu diperbetulkan iaitu `alaaa..buat ape datang awal-awal..orang lain pun selalu lambat...`..kalau macam tu lah pemikiran kita, sampai bila-bila pun tidak akan ada perubahan..

Semua orang ada prinsip hidup masing-masing..dan kita perlu menghormati prinsipnya selagi tidak bertentangan dengan agama..prinsip saya atau sebahagian dari kawan-kawan saya adalah saya tidak suka orang yang tidak tepat waktu!..bukan untuk mengatakan saya perfect, tetapi bagi saya, bila kita berjanji untuk bertemu pada suatu waktu, kita harus tepati waktu..kerana keterlambatan kita akan mempengaruhi waktu orang lain..bagi yang mengenali or rapat dengan saya, saya memang tidak sabar menunggu orang kerana keterlambatannya dan jika orang itu lambat, saya memang susah mengawal temper saya..sungguh tidak bagus..dan saya tidak suka orang menunggu saya..

Sewaktu saya di tahun pertama, saya pernah ditegur oleh seorang senior tentang masa.. waktu itu, ramai yang hadir lewat untuk meeting..sejak dari itu, saya memegang untuk tepati waktu..sebaiknya menepati waktu..tidak berlengah-lengah..dan sorry to say, saya ada perspektif yang tidak bagus untuk orang yang sering lambat..saya tidak mengatakan saya perfect, tetapi saya sangat takut memungkiri janji setelah berjanji..itu ciri munafik kan...huhu..

namun, dalam hidup, tak semuanya terjadi seperti yang kita rancang..oleh itu, jangan pernah hilang bergantung harap padaNya..jika kita terlewat untuk sesuatu, ungkapkanlah maaf atau berikan sebab kenapa kita lewat..dan berjanji untuk tidak lewat lagi untuk seterusnya..

Rancanglah masa kita sebaiknya..janji adalah suatu amanah yang perlu kita tunaikan..jangan bertangguh dalam membuat suatu perkerjaan..masa ibarat pedang..jika kita tidak memintasnya, kita yang akan dipintas..

masa itu emas..emas boleh dibeli dengan wang ringgit, tetapi masa yang berlalu bolehkan diputar kembali?


teringat kata-kata seorang pejuang Islam nie...

..kita berjuang buat umat, berjuang capek-capek(penat-penat), nanti istirehat di syurga..makanya, tidurnya sedikit.....

p/s : maafkan saya jika post saya melukakan hati sesiapa..yang baik diambil..
p/s 2 : tahniah kepada my mak cik,sepupu papa, puan husna izzah bt ismail, yang setahun saja tua dari saya atas pernikahannya..baru je grade terus ada yang berkenan..alhamdulillah..luahan hati..`..if kak jah baca blog nie, angah tak tahu pun bila k.jah nikah..tibe2x bukak FB semua orang dah said congrates..how can i miss such an important moment?sedih woo..saya di bandung sering ketinggalan..sorry k.jah, angah tak sempat wish lagi..miss u sis...." lepas nie, boleh lagi ke kita nak sembang-sembang macam dulu ? ramainya orang-orang yang saya sayang nak nikah dah..uhuk..




Saturday, December 3, 2011

..allahuakhbar..


Banjir kilat melanda Kajang

02/12/2011 7:41pm

HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai

Utusan Malaysia

Waaa...Kajang, tempat saya membesar banjir teruk..sejurus membaca berita nie, terus text alang..menurut berita, jalan jelok juga terjejas..itu adalah kawasan tempat tinggal saya..

Menurut alang, banyak juga barang yang tak sempat diselamatkan..saya pun tak dapat bayangkan macam mana keadaan di rumah..Allahuakhbar...

Pasti ada hikmahnya!

p/s : countdown pulang ke malaysia..insyaAllah

p/s 2 : thesis oh thesis