Wednesday, March 21, 2012

Forensik..wuuu..~~

~ Assalamualaikum ~

Sudah masuk minggu ke ketiga kami angkatan 2008 memulakan tugasan sebagai dokter muda di Rumah Sakit Hassan Sadikin.Saya ditempatkan di department forensik untuk yang pertama bersama dengan BFF saya dan suaminya..cukup kuat agaknya rezeki kami untuk bersama..hehe..

Berada di forensik benar-benar menduga saya.Pernah saya bagitahu kat Puan Kuha, ` Janganlah dapat forensik dulu..cuak weh..` dan umpama satu doa,saya dapat forensik! hambik kau!...

doctor-to-be

Berada di forensik pada minggu pertama sangatlah horror untuk saya yang tidak berapa berani sangat.Kami disambut dengan `tamu` yang sungguh banyak.Oncall setiap hari dan yang paling tak tahan, kami dikejutkan jam 3.45pagi kerana ade `tamu` case pembunuhan.Ya Allah..

Saya cuba mengambil sesuatu atau hikmah disebalik kenapa saya ditempatkan di department ini dengan bertemu orang yang kaku membisu menanti jawapan atas sebab kematian.

Kematian adalah starter atau pemula kehidupan sebenar.Melangkah dari dunia fantasi ke dunia realiti alam selepas mati.Di sinilah bermula kehidupan kita sebenar. 

Tiada yang membezakan kita sewaktu mati.Berkafankan kain putih. Dimandikan oleh orang.Dikebumikan di dalam tanah.Yang  membezakan kita adalah amalam sehari-hari kita yang menjadi bekal untuk kita ke sana.Mereka yang sudah mati, telah pun merasai sakitnya mati itu.Mereka dah terlepas.Yang menanti mereka adalah kehidupan baru.Amalam kitalah yang menentukan kehiduapn baru kita itu.

Minggu pertama adalah minggu adaptasi saya. Suasana dan segala tingkah laku di bilik autopsi menjadi igauan mimpi saya. Pertama kali memegang jenazah membuatkan tangan saya tremor (sila google). Hati tidak tenang.Ommaa..mahu pulang...

Sehingga suatu hari, Dr N mengingatkan something...

`Kamu takut ga?` tanya Dr H kepada salah seorang kawan.
`Sekarang lagi rame (ramai) ga takut doc' jawab kawan saya.
`Kalau sendirian jadi takut ga?` tanya Dr N
`Iya doc..` jawab kawan saya.
`Kalo kamu takut, `dia` akan datang ke kamu..seperti waktu saya masih kecil..kami suka takutkan orang yang takut...kalau yang berani, ga ada guna takutin dia..benar ga?` jawab Dr H sambil tersenyum
`Kita punya Tuhan..tidak perlu takut..orang yang tidak punya Tuhan pasti takut..semua orang harus bertuhan..`sambung Dr N..

Kami semua mengangguk setuju.

Kembali pada Allah.Dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang.Saya manfaat setiap detik melihat `tamu` yang datang sebaiknya.Ini peluang saya.Kerja ini mulia.Memeriksa segala bentuk luka yang ada pada tubuh jenazah sebagai bahan bukti jika terdapat kasus(case) jenayah.

Kematian yang dilihat memberi kehidupan kepada saya untuk terus meningkatkan amal saya, insyaAllah.Saya masih ada peluang! saya masih diberi kesempatan!

Tidak dinafikan, impak dari forensik menyebabkan saya agak paranoid dengan orang asing disekeliling.
Orang ni namapak mencurigakan? Kenapa orang ni pandang semacam? Betul ke tak orang nie? Kunci pintu sentiasa! Itulah yang bermain di fikiran setelah melihat kejadian pembunuhan yang mengerikan. 

Ini mengingatkan saya untuk sentiasa lebih berhati-hati.Setiasa beringat.Sentiasa waspada.InsyaAllah.


p/s : lama tak update blog. :)

p/s 2 : saya pernah terbaca artikel seseorang tentang perlunya seseorang blogger itu menulis dengan berfikir sebaiknya.tidak santai sangat and bla..bla..bagi saya, saya senang menulis begini. kalau sampai message, alhamdulillah..

p/s 3 : one and a half year to go! then, i`m going back!hee..