Tuesday, December 20, 2011

..malaysia..

i`m going back home today..
can`t wait..
Semoga Allah memudahkan perjalanan saya pulang dan kembali semula ke bandung dengan selamat..

p/s : all the best to both my dear friends...gembira..sedih..bercampur..hey anak mak, jaga kawan saya baik2x..

p/s 2 : flight jam 8.30pm..tapi bertolak jam 12pm..haih..bosannye~

Thursday, December 15, 2011

..men and women..

busy..busy..busy..

sekarang merupakan climax untuk kami, mahasiswa semester terakhir di Jatinangor, UNPAD untuk menyiapkan tugasan terakhir yakni thesis yang merupakan salah satu syarat kelayakan untuk kami menuruskan co-ass ataupun clinical di hospital hujung Februari nanti, insyaAllah..Isnin bertarikhkan 19 dec, kami perlu menghantar draft buat sidang yang akan dijalankan pada Januari..berkejar-kejar sampai ke rumah mencari doktor untuk dibimbing dan mengambil tandatangan..huh..sungguh mencabar..


dalam kesibukan yang memanjang, sempat saya menonton sebuah video yang dilinkkan oleh Cik F..tajuk video tu tentang...`Can men and women be just friends?`..hmm....video tu tentang seorang lelaki di Western country, dia randomly pick sample dan bertanya sama ada boleh tak lelaki dan perempuan hanya berkawan?

Kebanyakan lelaki akan menjawab...

`..No..i don`t think so..`

`..hmm..it`s hard to do..well, we are all men, of course we are going to have those feeling...we can be silent with those feeling but....`

`..because of pyhsical attraction..`

ok girls..lets run away from guys...lalalala~

dan kebanyakan perempuan akan menjawab..dengan confident

`..yes...can..why not...`

dan bila orang yang menginterview bertanya kembali kepada wanita tersebut..

`...are you sure that he doesn`t like or attracted to u at all..`

atau

`...do you think that any of your guyfriends secretly like u..?`

yang perempuan akan menjawab

`...hmmm.......`






hmm..itulah fact..

mungkin perempuan sering merasakan bahawa seseorang lelaki itu hanya `best friend`..hanya `sahabat`..hanya `teman tapi mesra`...tetapi hakikatnya, lelaki dan perempuan ibarat magnet yang berlainan kutub menarik antara satu sama lain..

lelaki dan perempuan diperintah oleh Allah untuk menundukkan pandangan..

Malu...merupakan salah satu sifat perempuan yang melindungi dirinya..haya`..malu itulah menjadi pakaian muslimah..

Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan dapat menjaga kesucian diri
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan dapat menjaga kesucian hati
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan dapat menjaga dirinya dari maksiat
Dengan adanya sifat malu, seseorang perempuan akan menutup dirinya daripada diratah oleh mata-mata yang bukan mahram

Mungkin bila kita (muslimah) bersahabat dengan seorang lelaki itu, kita tidak mempunyai apa-apa perasaan..sekadar kawan biasa..tapi macam mana pulak dengan perasaan lelaki tersebut? kita dapat baca ke? kita tahu ke apa yang dia fikirkan? kita pasti ke dia memang tak de perasaan suka dekat kita?

Allah memerintahkan kita untuk menjauhi zina..dekat sikit pun tak boleh..prevention is better than cure..Allah tahu betapa lemahnya kita..betapa hati kita ini sangat mudah dilentur..sangat mudah tertarik dengan berlawanan jenis..

Nasihat saya untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat...Jalinkanlah ikatan persaudaraan dengan semua orang tetapi peliharalah diri dari gangguan dan godaan syaitan..bila hati kita rasa something wrong dengan apa yang kita buat, masih ada iman di situ..jangan sampai hati kita tidak merasa sensitif langsung dengan pergaulan bebas kita..bila hati dah suka, ikatkanlah hati dengan cinta Allah dahulu..jangan kerana diri kita, membuka ruang untuk orang mengfitnah kita..

from left : abg wan-married (uncle), kak jah`s husband,k.jah (aunt),abg ikie-married (uncle)   

pengenalan selama beberapa bulan sahaja mengikat mereka dalam ikatan sah..tahniah kak jah! miss u..


`Men and women can`t be just friend`

-tamat-


p/s : im going home...durian is waiting for me..wuhuuu

p/s 2 : sikit lagi..sikit lagi..


Monday, December 5, 2011

..timeless...

Kerja semakin banyak, masa semakin suntuk..minggu ini akan jadi sangat pack..harus mengejar doctor untuk menyiapkan thesis before pulang ke tanah air, match netball semakin dekat menyebabkan setiap hari practise, exam semakin dekat dan study discussion caspel quarten akan bermula, pengisian rohani berbulatan dengan para sahabat dan adik-adik harus di sentiasa diteruskan...dan banyak lagi..okae..stress? memang stress..
Dan kadang-kadang boleh hilang fokus dan tak tahu nak letak mana satu yang jadi priority..saya tidak suka membuat pilihan..huh

Bila berkata tentang pengurusan hidup, ia sangat berkait rapat dengan masa..

Bagaimana kita mengurus masa dengan baik?
Bagaimana menggunakan setiap masa dengan bermanfaat?
Bagaimana menepati masa dalam setiap tugasan yang diberikan?

Walaupun saya tahu saya mempunyai banyak agenda yang harus diselesaikan dan masa yang ada perlulah digunakan sebaiknya, tapi masih saya mempunyai banyak masa untuk berfoya-foya..saya sempat tengok movie, saya sempat jalan-jalan relax2x sambil makan-makan, saya masih sempat melayari internet selama beberapa jam dan macam-macam lagi..ini apa yang terjadi kat saya, anda bagaimana?

serius banyak masa yang terbuang..ini jika agenda penuh, jika tiada agenda, apa agaknya yang akan terjadi?
Sebab itu saya memilih  untuk menjadi sibuk!..

Betullah seperti firman Allah dalam surah al-Asr...demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..kecuali orang-orang yg soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...

kita menjadi orang yang rugi bila masa yang kita ada kita gunakan untuk selain mendapat redha Allah..
kita menjadi orang yang rugi jika kita hanya duduk lenggang kangkung dengan kepentingan kita
kita menjadi orang yang rugi dengan tidak sama-sama mengingatkan orang lain tentang jalan menuju kebenaran (al-haq)

waktu dan masa..adakah sama?


Sila urus masa anda dengan baik! Time management!

Phrase yang senang untuk dibahaskan, tetapi sukar untuk dipraktikan..serius..

Kita sibuk membawa Islam ke sana sini, menyebarkan dakwah kepada semua, menyampaikan tentang matlamat hidup, tetapi benda simple seperti ,..... datang tepat waktu ke kelas..datang meeting pada waktu yang ditentukan...tidak lenggang kangkung dan last minute buat kerja...buat orang tertunggu-tunggu...itu semua jarang kita titikberatkan..

Situasi `datang lambat ke meeting atau apa-apa pertemuan` adalah perkara yang sering melanda pelajar-pelajar di sini..ada 1 pemikiran yang saya rasa perlu diperbetulkan iaitu `alaaa..buat ape datang awal-awal..orang lain pun selalu lambat...`..kalau macam tu lah pemikiran kita, sampai bila-bila pun tidak akan ada perubahan..

Semua orang ada prinsip hidup masing-masing..dan kita perlu menghormati prinsipnya selagi tidak bertentangan dengan agama..prinsip saya atau sebahagian dari kawan-kawan saya adalah saya tidak suka orang yang tidak tepat waktu!..bukan untuk mengatakan saya perfect, tetapi bagi saya, bila kita berjanji untuk bertemu pada suatu waktu, kita harus tepati waktu..kerana keterlambatan kita akan mempengaruhi waktu orang lain..bagi yang mengenali or rapat dengan saya, saya memang tidak sabar menunggu orang kerana keterlambatannya dan jika orang itu lambat, saya memang susah mengawal temper saya..sungguh tidak bagus..dan saya tidak suka orang menunggu saya..

Sewaktu saya di tahun pertama, saya pernah ditegur oleh seorang senior tentang masa.. waktu itu, ramai yang hadir lewat untuk meeting..sejak dari itu, saya memegang untuk tepati waktu..sebaiknya menepati waktu..tidak berlengah-lengah..dan sorry to say, saya ada perspektif yang tidak bagus untuk orang yang sering lambat..saya tidak mengatakan saya perfect, tetapi saya sangat takut memungkiri janji setelah berjanji..itu ciri munafik kan...huhu..

namun, dalam hidup, tak semuanya terjadi seperti yang kita rancang..oleh itu, jangan pernah hilang bergantung harap padaNya..jika kita terlewat untuk sesuatu, ungkapkanlah maaf atau berikan sebab kenapa kita lewat..dan berjanji untuk tidak lewat lagi untuk seterusnya..

Rancanglah masa kita sebaiknya..janji adalah suatu amanah yang perlu kita tunaikan..jangan bertangguh dalam membuat suatu perkerjaan..masa ibarat pedang..jika kita tidak memintasnya, kita yang akan dipintas..

masa itu emas..emas boleh dibeli dengan wang ringgit, tetapi masa yang berlalu bolehkan diputar kembali?


teringat kata-kata seorang pejuang Islam nie...

..kita berjuang buat umat, berjuang capek-capek(penat-penat), nanti istirehat di syurga..makanya, tidurnya sedikit.....

p/s : maafkan saya jika post saya melukakan hati sesiapa..yang baik diambil..
p/s 2 : tahniah kepada my mak cik,sepupu papa, puan husna izzah bt ismail, yang setahun saja tua dari saya atas pernikahannya..baru je grade terus ada yang berkenan..alhamdulillah..luahan hati..`..if kak jah baca blog nie, angah tak tahu pun bila k.jah nikah..tibe2x bukak FB semua orang dah said congrates..how can i miss such an important moment?sedih woo..saya di bandung sering ketinggalan..sorry k.jah, angah tak sempat wish lagi..miss u sis...." lepas nie, boleh lagi ke kita nak sembang-sembang macam dulu ? ramainya orang-orang yang saya sayang nak nikah dah..uhuk..




Saturday, December 3, 2011

..allahuakhbar..


Banjir kilat melanda Kajang

02/12/2011 7:41pm

HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai

Utusan Malaysia

Waaa...Kajang, tempat saya membesar banjir teruk..sejurus membaca berita nie, terus text alang..menurut berita, jalan jelok juga terjejas..itu adalah kawasan tempat tinggal saya..

Menurut alang, banyak juga barang yang tak sempat diselamatkan..saya pun tak dapat bayangkan macam mana keadaan di rumah..Allahuakhbar...

Pasti ada hikmahnya!

p/s : countdown pulang ke malaysia..insyaAllah

p/s 2 : thesis oh thesis


Monday, November 28, 2011

..siapakah ratu itu?..

Siapakah ratu ?

itulah persoalan pertama yang ditanya oleh pemberi ta`lim minggu ini.

sebagai MC, saya jugak tidak ketinggalan ditanya soalan yang sama.

" Ratu Balqis ke? ke Queen Elizabeth? Ratu saya adalah ibu saya.." itu antara jawapan yang diberi.

kita hold dulu tentang persoalan `siapakah ratu` tersebut.

Ingin berkongsi cerita tentang dua sahabiah, mungkin ada yang dah pernah dengar kisahnya, ada yang masih samar-samar..dan saya diberikan kesempatan dengan izinNya untuk mendengar kisah ini 2 kali dalam ta`lim berbeza lokasi dalam minggu yang sama..alhamdulillah..

Mereka adalah Ummu Sulaim dan Ummu Shuraik..

Ummu Sulaim..(US)
Sebelum memeluk Islam, beliau pernah bernikah dengan Malik B.Nadir dan setelah kedatangan Islam, US memilih untuk memeluk Islam dan taat dengan perintah Allah.Sebaliknya terjadi kepada suaminya yang menolak Islam dan mereka berpisah.Beberapa lama kemudian, Malik B.Nadir meninggal dunia.

US mempunyai seorang anak bersama suami pertamanya iaitu Anas B. Malik..US sangat menyayangi anaknya.Tetapi semasa peristiwa Hijrah, US dengan rela hatinya memberi anak kesayangannya kepada Rasulullah untuk menjadi pelayan atau pembantu Rasulullah walaupun Anas B. Malik bukanlah hamba.Dan disebabkan Anas B. Malik banyak berdamping dengan Rasulullah, beliau banyak meriwayatkan hadith..subhanallah..

US kemudiannya dilamar oleh Abu Talhah yang awalnya bukanlah seorang Muslim.Walaupun hatinya sudah terpaut dengan Abu Talhah, tetapi kerana akidah dan ketaatannya dalam beragama, US menjawab lamaran Abu Talhah dengan berkata bahawa mahar untuknya cukuplah jika Abu Talhah memeluk Islam.Dan mereka akhirnya bernikah dan dikurniakan seorang anak yang baik iaitu Abu Umair.

Abu Umair sangat disayangi oleh oleh Abu Talhah dan Ummu Sulaim.Sewaktu permergian Abu Talhah di atas suatu urusan, ditakdirkan Allah,anak kesayangan mereka meninggal dunia.US dan keluarga menguruskan jenazah anaknya dan US meminta untuk semua untuk tidak memberitahu suaminya.Jenazah anaknya dirapikan dan diselimutkan.

US seterusnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dan sejurus Abu Talhah pulang, beliau bertanyakan tentang anak mereka.US menyatakan bahawa anak mereka sedang berehat dan lebih tenang.Dan US terus melayan suaminya tanpa memberitahu tentang kematian anak mereka.Keesokan paginya (if im not mistaken), US bertanya kepada suaminya,jika seseorang meminjamkan barang kepada seseorang, perlukah orang itu mengembalikannya semula? Abu Talhah menyatakan sudah tentu harus.Dan boleh ke kalau orang yang meminjam tu  tak nak pulangkan barang yang telah diberi pinjam?Sudah tentu tak patut.Begitulah US menganalogikan bahawa anak mereka yang dipinjamkan oleh Allah telah kembali dan diambil oleh Allah.Abu Talhah sangat sedih dan seterusnya menemui Rasulullah dan menceritakn peristiwa tersebut, dan Rasulullah mendoakan anak mereka..subhanallah..mereka kemudiannya dikurniakan anak lagi yang hebat2x dalam menghafaz Quran dan sebagainya..

Ini baru kisah Ummu Sulaim..belum masuk Ummu Shuraik..mungkin akan dibahaskan untuk post yang lain..

'Apa pengajaran yang korang dapat?`tanya pemberi taklim



Banyak je yang boleh kita dapat.Saya simpulkan di sini beberapa pandangan dari sahabat dan adik-adik yang disayangi.

Ummu Sulaim mendahulukan cinta Allah lebih dari segala-galanya..walaupun hatinya sudah berkenan pada Abu Talhah, tetapi kerana ketaatannya pada Ya Rabb, dia meminta supaya Abu Talhah memeluk Islam sebagai maharnya..

Cinta kebanyakan manusia zaman sekarang bersarangkan hawa nafsu..memulakan kisah cinta dengan kemurkaan Allah dan kemudian berdoa mengharapkan redha Allah..tak rasa pelik ke? masing-masing ingin menunjuk bahawa kisah cinta merekalah yang paling `sweet`, paling `cute`, paling `romantik`, sedangkan yakinkah mereka itu adalah pasangan atau jodoh mereka? 



Di sini, saya ingin terus kaitkan tentang persoalan `Siapakah ratu?` seperti yang di atas.




Kalau kita tengok, seseorang ratu tu, tak kiralah queen elizabeth ke,ratu pemaisuri ke, dirinya sangat dijaga, dirinya sentiasa dilindungi, dirinya bukan senang2x orang nak tengok or jumpa, dirinya sangat exclusive, bukan semua orang boleh salam or sentuh2x, nak keluar rumah harus ada orang yang dipercayai teman..

Itulah sebenarnya ratu..yakni wanita muslim..

Tidak bergaul hu ha tak tentu pasal, bercakap dengan sopan santun, tidak melihat dan tidak dilihat, jilbab melindung diri, malu menjadi benteng, tegas dalam kebenaran...

Terlalu banyak perkara yang harus dijaga..semuanya kerana diri wanita itu sangat istimewa, sangat berharga, sangat exclusive..

Jika kita diberi dua gula-gula, satunya tanpa pembungkus dan satunya dengan pembungkus, dan dicampakkan atas lantai, mana satu yang akan kita pilih? 
Sudah tentu yang ada pembalut..sebab ia masih bersih, tidak kotor, dan tidak rosak.
Begitu juga dengan wanita Muslim..menutup aurat, menjaga dirinya..





Seorang sahabat berkongsi cerita tentang seorang kakak ni yang sangat suka berfesyen dan memang jenis yang suka buat fitness dan itu menjadi sebahagian dari hidupnya yang susah untuk disingkirkan.Dan ditakdirkan Allah, kakak nie berubah dari tidak menutup aurat kepada seorang muslimah yang berpurdah.Tetapi dalam dirinya masih sangat suka berfesyen.Dan kakak nie meneruskan pakaiannya yang berfesyen dan tidak menutup aurat buat suaminya yang sah.yang layak untuk melihat...(ada lagi sambungan kisahnya yang sweet je tapi cukuplah cerita yang ni je..haha)










So sahabat yang saya sayangi sekalian, berfesyenlah if memang itu kesukaan kamu..tetapi biarlah ianya eksclusive buat si suami..=)

Siapakah ratu itu?

Ratu itu adalah kita wahai muslimah sekalian...=)



p/s : hye..my name is ratu syuhadah..hehe..=p

p/s 2 : erm..teringat kata2x someone tapi xingt siapa.dia kata, kita selalu memikirkan and takut pada
         seseorang sebab orang tu tak suka kita ke, benci kita ke, tapi pernah tak kita memohon pada Allah
         dan takut Allah tak suka kita?hmm..renung2xkan..

p/s 3 : ade persoalan yang bermain di fikiran saya tapi tak tahu nak tanya siapa.moga Allah bukakan jalan..























Saturday, November 26, 2011

..memilih cinta..

tulis..padam..tulis..padam..again and again..
hendak menulis sesuatu, terlalu banyak sampai tak tahu mana nak start dulu..
hari ni, saya dan beberapa sahabat sempat menghadirkan diri ke program Bilqis 2 yang diadakan di fakultas (fakulti) Sastera Jepang( Jepun) bermula dari jam 8 am dan tamat kira-kira jam 4..

Sedikit mengenai program BILQIS 2..

Jika melihat kepada para pemberi materi, pasti dapat teka tema yang akan dibawa dalam program nie..

Memaparkan penulis buku `Jalan Cinta Para Pejuang` dan terkenal juga dengan buku `Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim` dan juga `Agar Bidadari Cemburu Padamu`,Ustz Salim A.Fillah..
kalau kat sini, buku-buku tulisan beliau sama terkenal dengan Habiburrahman (penulis Ayat-ayat Cinta)..Mungkin di Malaysia buku beliau belum pernah sampai ke sana..saya masih mengumpul buku-buku tulisan beliau dan masih belum habis membacanya..tema yang dibawa oleh kedua-dua penulis adalag berkisah tentang CINTA tetapi diolah dengan gaya yang berbeza dan masing-masing mempunya tarikan yang tersendiri..



Ustz Salim A.Fillah berkongsi mengenai 4 perkara yang perlu ada apabila melihat cinta iaitu vision, passion, nurani dan discipline..tertarik dengan 1 kisah yang dikongsi.begini ceritanya,

Seorang muslimat (perempuan Islam) datang kepada beliau kerana berniat untuk bernikah dan ingin meminta pandangan dari beliau.Dan muslimat tersebut berkenan dengan seorang ikhwan (lelaki Islam) yang pernah membantu beliau dalam mengenal Islam.Muslimat tersebut membayangkan bahawa lelaki inilah yang bakal menjadi imam solat malamnya, berbuka secara sederhana dengannya ketika berpuasa sunat dan macam2x lagi benda baik la pokoknya..

Ustz Salim menjawab,`..ya,inilah masalahnya..` Muslimat tersebut tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh ustaz..dan ustaz terus mengatakan perkara yang sama..

dan akhirnya muslimat tersebut bernikah juga ikhwan tersebut..dan beberapa bulan setelah bernikah, muslimat tersebut berjumpa balik dengan ustaz dan mengatakan bahawa apa yang dibayangkan tentang ikhwan tersebut tak jadi seperti yang diharapkan dan dia sangat kecewa..

apa yang saya dapat dari kisah di atas is kita tidak boleh berharap or expect dengan hadirnya orang itu, dia yang akan dan pasti membawa kita di jalanNya..kita harus berharap padaNya..saling membimbing dan membimbing..saling memperbaiki diri dan dibaiki..jika kita jatuh hati pada seseorang kerana kesolehannya atau ketaatan dia beribadah, doalah agar kita mendapat jodoh dengan peribadi yang ada padanya bukannya berdoa dengan mendapat dia sebab boleh jadi dia berubah..huh~..

ok..tu baru sedikit yang bisa dikupas..

Seterusnya, ada seminar kesihatan oleh seorang doctr bercerita mengenai bagaimana perempuan harus menjaga kebersihan and etc..tidak perlulah kot diterangkan di sini..

ok..next adalah talkshow yang saya tunggu-tunggu juga...penampilan seorang ikhwan bersama isterinya iaitu kang Tora (Tony Raharjo) dan teh (kak) Melly dan seorang pelakon terkenal, teh Inneke (google la sendiri..sure korang kenal)..

Masing-masing sharing tentang bagaimana membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai Allah insyaAllah..kang Tora dan isteri lebih romantik saya kira rumah tangga mereka kerana sang suami sangat sering membahagiakan isteri dengan kata-kata yang indah dengan memanggil isterinya bidadari syurga dan melamar dengan berharap isterinya sudi menjadi sayap kirinya dalam jalan menuju syurga Allah..berbeza dengan teh Inneke yang katanya, lafaz `i love u` oleh sang suami boleh dikira dengan jari tetapi beliau sangat yakin dengan cinta sang suami yang tidak perlu diungkap..mereka hampir 10 tahun sudah bernikah..subhanallah..=)

okae..memang talkshow BILQIS 2 nie lebih menekankan bagaimana kita harus meletakkan cinta Allah sebagai priority dalam hidup kita dan bagaimana dengan cinta Allah, kita mencintai yang lainnya..bagaimana bahagianya cinta yang berlandaskan iman dan taqwa dan tidak dinodai dengan hawa nafsu semata..bagaimana cinta seorang wanita yang soleh itu sangat vital dalam perjuangan menuju cinta Allah..

Bila berkata tentang cinta, saya bukanlah pakarnya..tetapi yang saya pasti, saya yakin, dengan bercinta dan dicintai olehNya, saya bisa dicintai dan mencintai kepada yang berhak dan jika tidak di dunia,mungkin di syurga....

Ketika Cinta Harus Memilih....

p/s : salam awal muharram buat semua..jom jadi budak baik!hee

p/s 2 : beban dan ujian dalam minggu ini sangat berat...terasa tidak mampu untuk membuka mata setelah terlelap tidur..terasa seperti sesuatu yang berat menghempap jiwa..aku berharap hanya padaMu ya Allah..tunjukkanlah jalan itu...

p/s 3 : mahu pulang ke malaysia bertemu dengan yang di cintai..harus memilih sama ada untuk ke Permai atau Walk of Faith?wawa....

Thursday, November 17, 2011

PLANNER 2012


Planner 2012 is coming!!

Ada 7 colours, so boleh pilih warna yang berkenan..dan ada 2 themes, kesihatan dan ukhuwah..

Harga Planner : Rp 37,000 dan harga Malaysia RM15...

Planner 2012 akan lebih berkualiti berbanding yang lepas dan lebih professional insyaAllah.

Bookmark percuma akan diberi kepada semua pembeli

so,dapatkan planner 2012 sekarang!..=)




Purple



Pink


Grey



Green



Turqoise



Blue


Black

Those yang berada di Bandung, promosi akan dijalankan di fakulti masing-masing.
Yang berada di luar Bandung, boleh through saya sendiri.


Sunday, November 6, 2011

..can u take me home?...

wish to go home...home..home..home..
missing everyone..

"salam idul adha,papa,mama,aboy,along and abg yus now at kuala krai on the way to kota jembal, alang and sumi tommorrom at 4 am will move from kajang to kpg, ck ann and family also on the way back, cik nen will join us tommorrow,,paksu from jb,sha from shah alam, iki from penang, wan from kota tinggi..only angah,cik ani,niza,kimi,zarith,adi are far away..then,hopefully you are happy and wish u happy aidil adha....hehe..bmay Allah bless u all!" sms from papa..

ya..im happy here with all of my brothers and sisters..yet im missing them so much..huu...
may this eid give another bright for me and my friends in facing all the hardness in life..insyaAllah..

p/s : those who knows me well, please understand me..im not that type of person..huhhhhh

p/s 2 : hari tasyrik, 11,12 n 13 zulhijjah..forgot about this,then pergi puasa pagi nie..tx cik F for the reminder..love u girl..=)

Thursday, November 3, 2011

..pengorbanan yang tidak ternilai..

Beberapa hari lagi, akan tiba hari raya aidiladha..atau Qurban..dan seperti tahun-tahun lepas, saya beraya di bumi Wali Songo ini bersama-sama sahabat dan adik-adik di sini..huh..sebak jugak actually beraya jauh dari family..dan as usual, my family akan mudik ke kampung which is kelantan..mama cakap, sekarang musim hujan,tak sure boleh balik ke tak..

Bercakap mengenai Qurban, kebanyakan akan teringat tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail.Betapa dua anak-beranak ini sanggup mengorbankan diri masing-masing demi menyahut perintah Allah.Nabi Ibrahim terlalu sayangkan anaknya,Nabi Ismail dan suatu hari, diturunkan perintah supaya Nabi Ibrahim menyebelih anak kesayangannya dan Nabi Ismail akur dengan perintah Allah dan merelakan bapanya untuk menyebelihnya..

peristiwa ini disebut sendiri dalam Quran surah as-saffat

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.


Huh..hebat kan? Betapa mereka sangat taat dengan perintah Allah..bagaimana dengan kita?

Untuk post kali ini, saya tidak mahu mengulas tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..tetapi saya ingin berkongsi tentang pengorbanan seorang hamba Allah yang sangat saya cintai...

Dia adalah isteri kepada seorang suami
Dia adalah ibu kepada 4 orang anak yang nakal
Dia adalah ibu yang sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya
Dia adalah mama saya...NIK ZAKIAH BT NIK MAT..

Beliau dibesarkan di Kelantan dan mempunyai 9 orang adik-beradik.Beliau merupakan anak sulung perempuan kepada pasangan Nik Mat B Nik Hassan dan Ruqoyah Bt Senik.


mama-kiri bersama ck ann(makcik)-kanan


Mengikut kata makcik-makcik saya, mama memang seorang kakak yang bertanggugjawab.Waktu mereka masih di zaman persekolahan, nenek saya ada bukak kedai makan.Mama lah pembantu setia dalam bab-bab masak.Dan sampai sekarang, masakan mama memang the best in the world..serius..even makcik-makcik saya, if nak masak, mesti akan call mama.Dan kalau kat kampung, mamalah jadi master chef.

Tapi mama memang suka masak.Tengok je lah anak-anaknya..comel-comel semua..wawa..every time saya balik ke Malaysia, saya akan berkongsi resipi dengan mama.Tapi saya lebih minat kepada bakery, cakes, dessert and things like that..dan bila balik rumah, mama mesti tanya, "Projek apa nak buat kali ni?.."..hehe..Dan mama akan komen dessert saya dan dia akan tunjuk kat saya resipi yang dia guna..and kami bertukar-tukar resipi..hmm..missing that moments..


papa and mama


Waktu saya primary school dulu, mama lah orang yang paling kami takut.Sebab papa selalu out-station.Jadi kebanyakan masa kami bersama mama.Mama agak garang waktu tu.Setiap malam kami kena mengaji dengan mama.Ini saat yang paling mencuakkan.Hanger(taw kan?penyangkut baju tu..) akan berada dekat ngan mama dan kalau kami tidak mengulang dengan baik, tune suaranya akan mula berubah, dan mula ketuk-ketuk hanger tu depan kami..wawa..cuak wo..pernah saya dirontan sebab tak nak pergi sekolah agama..hehe

Ada suatu peristiwa yang mengubah keadaan dalam keluarga kami..mama di diagnose ada ketumbuhan di ovari..waktu tu, saya berada di tahun pertama..waktu tu,along yang bagitahu saya tentang berita tu..dan saya..memang tidak senang duduk dan akhirnya, dengan support dari kwan-kawan, saya pulang juga ke malaysia walaupun waktu itu, sedang exam final reproduction system.. waktu saya pulang tu, adalah hari kenduri kahwin along..memang tak dapat diubah tarikhnya..dan bila saya pulang, melihat keadaan mama..ya Allah..mama kurus sangat..perut mama besar sangat, macam ada fluid yang accumulate..dan mama tak banyak cakap..mama cepat semput ..dan mama tak seaktif seperti biasa..masa kenduri along, mama just duduk kat kerusi dalam rumah..ramai yang sedih tengok keadaan mama waktu itu.

Hari Ahad, saya harus pulang ke jatinangor..sebab pada hari Isninya, saya ada socca..dan Dr tidak membenarkan saya cuti wakti itu..berada di tahun pertama memang sangat nerd dan skema, saya tidak terfikir untuk ambik MC untuk skip socca saya, so that saya boleh berada sama-sama waktu mama operation..alhamdulillah, mama berjaya dioperasi..tetapi waktu yang mencemaskan waktu mama berada di ICU..mama tak dapat breathing well sebab fluid accumulation tu..so,fluid tu harus di keluarkan dan mama memakai alat bantuan pernafasan..dan waktu itu, saya berada di jatinangor hanya mampu berdoa..

Banyak perubahan yang berlaku selepas mama operation..

Mama seorang yang lebih tenang..jarang marah-marah kami..mama sentiasa senyum..mama kuat beribadah..mama join the club dengan makcik-makcik kat surau depan rumah..ya Allah..inilah hikmah Allah yang sangat tak terlihat waktu sakit dulu..

Sekarang saya di Bandung, alang di Perak, papa di Sarawak, dan mama mula belajar taip sms dari along..sebab nak contact kami..cute kot..sekarang hari-hari saya boleh sms dengan mama..hehe..

Bila kami ramai-ramai kumpul kat rumah, mama nampak happy sangat..mama akan masak for lunch, dinner and mama akan selalu tanya..
"Angah nak makan apa?"
"malam nie kita makan luar la..mama belanja."
"nak durian tak..nanti kita singgah pasar malam."
ok..tiba-tiba rasa sebak..

benda yang paling happy dalam hidup sehari-hari adalah bila dapat sms dari mama..

"Salam..macam mana hari nie?makan apa?"
"kat sini hujan..macam mana kat sana?"

Benda yang paling sedih sekali bila kena berpisah dengan mama kat airport..saya akan menjadi sedikit pendiam bila on the way ke airport..dan saya memang tak boleh balik bandung sorang2x..boleh meleleh air mata..waa..

Banyak sangat yang mama dah korbankan untuk saya..

Mama spent duit dia untuk beli baju saya.setiap kali balik ada ja baju kurung yang baru.dan ada ja tudung baru ke..
Mama spent masa dia untuk kami.Melayan anak-anak yang banyak songeh nie.
Mama jarang berasa penat walaupun kadang-kadang ada hari yang mama masak untuk catering, mama masih boleh bangun solat malam
Yang penting sekali, mama yang melahirkan kami.Menjaga saya yang kuat menangis waktu kecil.Melayan kehendak saya.
Mama tahu je apa yang saya suka dan tidak

Terlalu besar pengorbanan yang mama dah buat.

Pernah masa saya masih di sekolah, saya bengang and rasa nak marah sebab mama selalu suruh beli barang kat kedai.
Pernah jugak buat mama nangis.
Pernah je memberontak sampai hempas pintu kuat-kuat (childish habis..)

Apa ja pengorbanan saya buat mama?

Masa saya bersekolah asrama di kelantan, saya pernah mengecewakan mama.Sebab saya memberontak dan akhirnya pulang ke kajang.Dan kali ini, saya terima untuk belajar di bandung.dan berharap dengan perjuangan saya di sini, dapat menggembirakan mama..insyaAllah

Terlalu besar pengorbanan seorang ibu.
Terlalu tinggi nilai kasih sayang seorang ibu
Terlalu banyak jasa yang tak mampu dibalas.

Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan bertanya khabar
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan senyum bila diminta tolong
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan kejayaan
Balaslah jasa dan pengorbanan ibu dengan menjadi anak yang soleh dan solehah

Buat semua Muslimin dan muslimat,selamat menyambut hari raya aidiladha..hayati nilai pengorbanan para pejuang Islam sehingga kita mampu merasa nikmat Islam..

Kepada para pelajar di bandung, ayuh sertai pre-qurban di A.3.3 pada sabtu ini jam 12pm dan sedikit tazkirah dan takbir raya pada malamnya di kosan atau kawasan masing-masing.Dan yang nak tengok penyembelihan, di tempat biasa setiap tahun,Alpina..insyaAllah





p/s : pengorbanan itu luas maknanya.dan adakah pengorbanan yang kita lakukan selama ini adalah untuk mendapat redha Allah atau redha manusia?fikir-fikirkan~

p/s 2 : tahun nie join biro masak and kena masak rendang daging..wawa..cuak-cuak..hee

p/s 3 : saya sedang menjalani terapi menghadapi perasaan marah...huuuuhhh..tarik nafas deeply,hembus......=p

p/s 4 : saya merasakan bahawa peranan muslimat sangat penting dalam gerak kerja dakwah.Tujuan tetap sama tapi medan kita berlainan.Wahai muslimat di luar sana, ayuh berganding bahu..





Wednesday, November 2, 2011

please clean up......

"Aku tak boleh terima ah kalo orang nak bagi ak nasihat or nak dakwah aku,tapi benda basic pun tak boleh nak buat.." Mr A

"Apa bendanya yang ko tak puas hati or tak suka nie..?" Mr X

"Ye lah.. aku ni tak suka kotor-kotor nie..nie dia nak berdakwah, tapi diri pengotor, aku tak boleh terima ah.." Mr A

"Owh yeke..mungkin dia tak perasan kot..tak pe,ko dengar apa yang dia nak sampaikan, bukan tengok orang yang menyampaikan.." Mr X

-tamat-

okae..

Walaupun kita selalu dengar yang bila seseorang itu menyampaikan, jangan lihat pada orang itu, tetapi lihat apa yang nak disampaikan, tapi hakikatnya kita akan lihat juga siapa yang menyampaikan.

Cara pemakaian orang itu
Tingkah laku orang itu
Dan benda yang mungkin sesetengah pendakwah tidak perasan
iaitu kebersihan orang itu.

Sama jugak macam kita nak beli buku.Kita akan lebih tertarik dengar luaran atau cover buku yang menarik dan cantik..walaupun ada pepatah mengatakan don`t judge a book by its cover,don`t judge a chocolate from its wrapper and etc., but still as human beings, kita mesti melihat luaran.




Dialog di atas, adalah apa yang pernah sampai ke telinga saya.Dan waktu tu, saya merasakan bahawa ada benarnya kata-kata Mr A.

Sabda Rasulullah dalam Hadith 40 susunan Iman Nawawi

“Bersuci adalah separuh dari keimanan,..................................."


Sangat penting untuk seorang pendakwah (iaitu anda semua sebagai seorang Muslim) untuk menjadi seorang yang pembersih.

Bersih di sini disepakati oleh para ulama terbahagi kepada 2:

1. Bersuci dari najis maknawi yakni dosa-dosa.

Dosa kecil, mungkin biasa kita lakukan dan kadang-kadang kita sibuk menambahkan ibadat tapi tidak mencuba untuk mengurangi dosa-dosa kecil mahupun besar.

Dosa berkaintan dengan keimanan kita.Bila iman kita tengah naik, kita mampu untuk menghindarkan perkara-perkara maksiat.Dan iman sangat berkait rapat dengan hati.

Bila kita buat dosa, dan kita rasa macam tak sedap hati, bersyukurlah..sebab itu pintu kepada mulanya taubat..cuba bayangkan bila kita buat dosa dan kita tak rasa apa-apa, ataupun kita senang dengan perkara itu, there is something wrong with your life..huhu..

2. Bersuci dengan air

Sebelum menunaikan solat contohnya, kita akan membersihkan diri dari hadath kecil dan besar.Dan solat berkait rapat dengan keimanan kita. Jika kita solat kerana iman, yakni kita percaya bahawa solat dapat mencegah kita daripada perkara mungkar, insyaAllah solat kita mampu melindungi kita daripada maksiat.Kalau kita dok solat tapi masih wat dosa..hmm..cek balik solat kita..


Kehidupan sebagai seorang yang sedar dan ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang pendakwah adalah sesuatu yang berat.

Dia akan dilihat apa yang dipakai
Dia akan dilihat apa yang diperkatakan
Dia akan dilihat apa yang dilakukan sehari-hari
Dan jika dia membuat silap
Dia akan terus dipersoalkan..

Bagi saya sendiri, sangat penting seorang pendakwah menjaga kebersihan.

Pakaian yang bersih.
Pakaian yang kemas.
Pakaian yang ber`iron`

Bilik yang berkemas
Bilik yang rapi
Bilik yang bersih.


Kita mungkin tidak dan tidak akan pernah sempurna sebagai seorang manusia.Tetapi, kita kena berusaha untuk jadi Muslim yang terbaik.

Segala tingkahlaku dan cara hidup kita akan menggambarkan apa yang kita bawa.Jangan disebabkan kita, orang meng`judge` Islam sebagai itu dan ini..

Marilah kita menjadi seorang yang pembersih.Bersih jasad dan rohani.Islam itu syumul.Sangat menitikberaktkan kebersihan.So,lets be the best Muslim..=)

p/s : raya Qurban di bandung tahun ni bersama-sama sahabat yang lain..=)

p/s 2 : kebanyakan muslimat gemar memakai tudung hitam.pastikan tudung hitam tu berganti ya..hehe

p/s 3 : exam-thesis-netball-upi,IMAN....gambatte..

p/s 4 : saya dapat anak saudara(anak kepada sepupu) baru.nama dia nik hannah melati bt nik mohd hakimi..melati...hmmmm...=p

Thursday, October 20, 2011

..legend..

last week, saya ada tengok 1 movie nie, actually rasanya film nie dah lama di mainkan di pawagam, tapi saya je yang baru je nonton film nie.

Legend of the Guardian.

Haa..saya memang peminat film cartoon, plus fantasy which is bertentangan with Cik K yang suka horror and thriller movie.Pada saya, kebanyakan filem cartoon banyak memotivasikan diri.Kalau fantasy tu, erm...kena kurangkan tengok sebab memang fantasy la kan..hoho..

Okay..
Tentang cerita ni,mengenai sebuah keluarga burung hantu,terdiri daripada ayah,mak, dan 3 orang adik-beradik..Soren, Kludd dan adik perempuan mereka Eglantine.Ayah mereka, Noctus sering menceritakan tentang kehebatan legenda Guardian of Ga`hoole yang merupakan pahlawan yang menyelamatkan daripada kejahatan `The Pure Ones`.

`The Pure Ones` merupakan sekumpulan evil warriors yang merasakan mereka yang berhak menakluk kehidupan semua owls dan menculik banyak owls untuk dijadikan hamba bagi menjayakan kerja jahat mereka.Okae..itu serba sedikit mengenai cerita tu.




Pengajaran yang ingin saya kongsi..

Tidak salah untuk memasang impian atau bermimpi untuk menjadi hebat.Impian yang dipasang akan membuatkan seseorang untuk berusaha mencapai impian tu.Kludd, abang kepada Soren sangat annoyed dengan perangai adiknya Soren yang sangat percaya tentang adanya lagenda Guardian of Ga`hoole.Tetapi kerana impian ingin bertemu dan menjadi hebat seperti Guardian tersebut, dia berusaha untuk belajar terbang dan ye akhirnya, dia menjadi seekor owl yang hebat dan memusnakan `The Pure Ones`.

Dengki.Masalah dengki adalah penyakit hati yang sangat susah untuk dikikis dan prognosis nya sangat teruk.Dengki boleh membawa kepada ketidakpuashati, marah, merasakan hanya diri hebat dan boleh memutuskan hubungan sesama saudara.

Saya teringat membaca artikel KUIH dari BAIK (biro agama islam kubi), yang berkisar tentang bersaudara kerana Allah.Apabila ada dengki atau cemburu dengan sahabat kita, maksudnya ada something wrong dengan keimanan kita.Apabila kita mengaku yang sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kita tak patut ada rasa dengki sebab semua mukmin adalah saudara kita..Nabi pernah bersabda..`..janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci...`

Kludd berasa dengki dengan kecekapan Soren yang lebih cepat dan cekap ketika mereka belajar terbang dan akhirnya Kludd menyertai Pure Ones dan Soren menjadi salah seorang Guardian.Akhirnya, kerana sikap Kludd yang berhati busuk, dia mati sewaktu pertempuran berlaku.

Ketiga

Soren mempunyai seorang sahabat yang dikenalinya sewaktu mereka diculik beramai-ramai oleh The Pure Ones dan mereka mempunyai fikrah yang sama iaitu tidak mahu menjadi hamba The Pure Ones dan berusaha untuk melepaskan diri dan akhirnya mereka berjaya.
Usaha tangga kejayaan.Biah (sekeliling) kita banyak mempengaruhi diri kita.Nak jadi baik, cuba untuk mencari biah yang baik, atau anda mengubah biah anda menjadi baik atau jika tidak dapat mengubah, anda menjadi contoh.Saya yakin, biah yang baik banyak mempengaruhi diri untuk menjadi lebih baik.InsyaAllah..

Keempat

Soren sangat mempercayai legenda Guardian of Ga`hoole walaupun tidak pernah bertemu dengan mereka dan sekadar mendengar cerita dari ayahnya.Teringat tentang hadith nabi mengenai ada sepasukan tentera yang akan menakluki Constinopel suatu hari dan walaupun hadith itu akan berlaku pada masa hadapan, 2 hamba Allah yang sangat percaya bahawa mereka yang akn menaklukinya iaitu Abu Ayyub Al-Anshari dan Muhammad al-Fateh.Mereka sangat percaya dengan hadith nabi dan berusaha untuk menawannya.dan sultam muhammad al-fateh berjaya.subhanallah.



Saya bagi 4 stars daripada 5 stars..Cerita yang penuh dengan kasih sayang antara adik-beradik, sahabat dan keyakinan yang kuat tentang apa yang dipercayai..Apa yang baik, kita ambil..insyaAllah

p/s : thesis-exam-raya-last sem

p/s 2 : saya nak jadi orang hebat..go!

Sunday, October 16, 2011

..blogging..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok..post kali ni, saya just nak sharing about kenapa saya tulis blog?

1st, i don`t have a facebook (so-not-up-to-date-and-what-eva). Why ? Sebab saya banyak sangat pengalaman yang kurang menyenangkan sewaktu saya ada myspace dan friendster waktu dulu kala. So, i`m quite `phobia` of having it.So my dear friends, I`ll make one insyaAllah bila sampai waktu yang sesuai

2nd , Orang cakap, dia buat facebook so that dia boleh berdakwah atau menyampaikan.maksudnya dia nak kuasai medan maya untuk berdakwah. So, saya guna blog untuk berdakwah..=)

3rd, Saya nak sharing my experience, my feeling ,my thought about something.jadi, bila ada pandangan saya yang agak meyimpang, ada orang yang akan betulkan.dan kalau tulisan saya mampu memberi pengajaran dari kesilapan yang saya buat, itu lebih baik.

4rd, ada brothers yang cakap kat saya, boleh guna blog untuk menegur kesilapan dan kesalahan orang indirectly or directly..tapi semangat kena kental sikit katanya..wawa..saya belum sampai tahap tu lagi bro..hehe..

Maafkan saya..

1st sebab tulisan saya tunggang tebalik lagi.bahasa saya bahasa pasar lagi.tak sehebat bahasa Hamka atau A.Samas Said dan sebagainya.sebabnya kadang-kadang saya selesa dengan bahasa pasar and mungkin lebih santai.atau english saya berterabur..wawa..

2nd kalau saya over atau melampau dalam menyampaikan sesuatu.tak berniat pun...hehe

3rd kalau saya post benda-benda tak penting.tapi setakat nie, ada tujuan kenapa saya menyampaikan sesuatu.

ok lah..

saya akan cuba untuk lebih berdisiplin dalam menulis blog..so, i need your opinion or teguran if i did any mistakes and anything la..insyaAllah..

p/s : menjadi seorang Muslim yang benar itu sudah menjadikan anda seorang yang professional

p/s 2: solat datangnya dari Allah untuk merungkaikan dosa jika ia dilakukan dengan sebenar-benarnya..so,brothers and sisters, let us pray fot the ummah..

p/s 3 : kesibukan sekarang, menjadi Muslim yg akan focus dalam setiap agenda kehidupannya

Friday, October 7, 2011

..mari..

..Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak kebelakangan ni, banyak perubahan yang dapat kita lihat pada artis-artis di tanah air, Malaysia.Ramai yang telah disentuh hatinya oleh Allah sehingga ada yang berubah 360 darjah, menjadi seorang yang soleh dan solehah.Suatu perubahan..yang diharapkan terus istiqomah dan kuat dalam penjalanan dakwah..selamat berjuang saudara-saudaraku..

Teringat saya tentang perubahan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain yang berlaku beberapa tahun yang lalu..Diri sendiri bermula sewaktu persiapan A level sebelum menjejak kaki ke bumi Wali Songo ini..Hati disentuh untuk dekat dengan Islam, suka kepada kegiatan-kegiatan Islam, mendengar lagu-lagu cinta suci Allah dan Rasul, dan sebagainya.Tetapi,waktu itu kekuatan menangkis anasir-anasir jahiliyah masih belum bisa disingkir dalam hidup.sehingga sampai di bumi Indonesia..

3 tahun yang lepas...
"jomlah masuk IMAN (Islamic Malaysian Association).." Cik K

"ha?masuk IMAN? ish..tak mau lah..tak layak lah..buat ape..?"cik S

"kenapa tak layak pulak? IMAN tu platform kita nak berdakwah..bukannya satu tujuan..mudah kita nak gerak.." Cik K

"hmm...fikir dulu..sape lagi?"cik S

berfikir punya berfikir, saya akhirnya bersetuju untuk join IMAN..

berasa tidak layak?
ya

berasa mahu tarik diri?
ya

berasa tertekan?
ya

saya pasti dan yakin, tidak masuk persatuan tidak bererti saya tidak boleh berdakwah..
saya pasti dan yakin, saya tidak layak kerana ilmu saya masih sangat kurang..
saya pasti dan yakin, saya bukanlah baik sangat pun..wawa..

namun,
saya bina kekuatan dari semasa ke semasa
saya berubah dari 1 peringkat ke peringkat yang lain.
kenapa saya berdakwah?
awalnya, saya merasakan ini adalah kewajipan saya.menyampaikan dan disampaikan.ini peranan saya sebagai khalifah.

namun,
apabila saya menyusuri sirah Rasulullah dan para sahabat, saya merasakan saya harus meneruskan perjuangan para nabi dan sahabat.
Saya malu untuk berjumpa Allah dan para rasul jika saya tidak berjuang di jalan ini.
Betapa Rasulullah mendapat tentangan hebat sewaktu berdakwah.
Betapa para sahabat berperang dan syahid mempertahankan Islam

Jadi,
jika bukan kita generasi sekarang yang meneruskan perjuangan ini,siapa lagi?
Tak rasa rugi ke kalau Islam suatu hari sehebat empayar Islam zaman Madinah,Umayyah, Abbasiyah dan sebagainya,kita bukan salah 1 penyumbangnya?




ukhuwah fillah..



Merasa tidak layak?
Itu sentiasa bermain di benak fikiran saya.
Kadang-kadang rasa nak tarik diri je,
Saya bermula usrah di KTT.Sewaktu di sekolah, saya tidak tahu apa itu usrah? tidak pernah ada usrah dalam hidup saya.
Setiap kali ingin menyampaikan, sehingga sekarang saya masih rasa sangat kerdil..terlalu banyak yang saya tidak tahu.
Tapi saya ingin perjuangan saya ini menjadi perdagangan yang terbaik untuk akhirat saya nanti.

Saya tidak hebat dalam berkata-kata
Saya tidak hebat dalam menulis blog
Saya tidak sempurna sebagai manusia

Tetapi saya sentiasa dan insyaAllah akan terus berharap pada Allah
membantu perjuangan saya, mensucikan hati saya, tetapkan saya sentiasa di jalan lurus.
Saya ingin membantu diri saya dan sahabat-sahabat yang lain
Dan saya mencari lebih ramai lagi orang-orang yang ingin ikut saya berjuang..=)

Pagi tadi, saya terbaca sebuah buku yang menceritakan 6 tokoh Mursyid Am Ikhwanul Muslimin.salah seorangnya adalah Hasan al-Banna.
Di pejabat salah satu cabang Ikhwanul Muslimin, seorang ketua ditempatkan untuk menguruskan pentadbiran di cawangan tersebut.Saya berikan En A.Tiba-tiba, datang seorang petugas baru yang ditempatkan di pejabat tersebut, En B yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi berbandung En A.Dan En A merasa tidak layak, lalu berkata :

En A : En B..anda lebih layak untuk memikul amanah sebaga ketua di sini.Silalah ambil jawatan
ini..
En B : Eh..kenapa saya? Kamu lebih kenal dan tahu orang-orang di sini..kamu teruskanlah
berada di tempat kamu sekarang

Dan terjadilah sedikit perselisihan pendapat di situ lalu berita ini sampai ke Hasan Al-Bana

Hasan : Kenapa kamu ingin menyerahkan kepimpinan kepada En B?

En A : Dia lebih banyak ilmu dariku

Hasan : Baiklah.anggaplah En B menerima jawatan sebagai ketua di sini.Dan satu hari, En B
melakukan kesalahan dan melakukan kekeliruaan, Siapa yang nak betulkan dan
luruskan dia sedangkan ilmu kamu masih di bwah ilmunya ? Jadi,tetaplah di posisi
kamu sekarang, dan bila kamu buat salah, dia akan meluruskanmu.Bukan ke ini lebih
baik dan benar?

En A : Ya,insyaAllah.

selesai sudah masalah.

so, anda bisa.

Kurang ilmu, carilah ilmu
Kurang baik, jadilah baik
Jalan taqwa ini tidak mudah
Seperti kata sahabat nabi, ia ibarat kita melalui tempat yang banyak berduri.Kita harus berhati-hati dan teliti apabila berjalan.
Tidak mudah tetapi tidak mustahil.

Takut hilang kawan?
Takut hilang berfesyen?
Takut hilang hiburan?

Islam tidak melarang semua itu, tetapi Islam menyediakan yang lebih cantik dan sesuai dengan fitrah kita..
jom kita sama-sama mengejar redha Allah..
Wallahualam..

p/s : 2, 3 hari ni ramai yang bercerita tentang nikah, kahwin, calon suami isteri, kahwin time belajar dan PERMAI tahun ini tentang baitul muslim..huhu..

p/s 2 : saya mencari-cari sesuatu yang menyentuh hati..Allah...

wahai hati

Wahai hati, bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang mencepatkan segalanya, yang mengimpakkan ujian yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuat keinginanmu terhalang, pastinya damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya dengan sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu, kerana Dia tahu hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya.

Tuesday, September 27, 2011

..hilang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam beberapa minggu ini, saya sering kehilangan barang-barang keperluan dan barang yang saya sayangi..pencil case which i bought from malaysia, together with calculator (yang digunakan since secondary school), my highlighter (from Malaysia also)..and also,i have lost my BB`s memory card which have a lot of precious things inside (that thing is so tiny, so malas dah nak cari)..then i`ve lost my hand sanitizer (walaupun tak guna sangat)..lagi,i`ve lost my shirt ( penat dah mencari jugak) and a keychain written `su` gave by mama izzah..sedih kot..

Saya berfikir,fikir dan berfikir, di mana silapnya saya meletak semua barang-barang tu?
Dan akhirnya, saya bertanya kepada diri sendiri,kenapa Allah menghilangkan banyak barang-barang saya? Kenapa dengan banyak dalam waktu terdekat?

Saya sempat bertanya kepada sahabat saya, Cik K..

"Macam mana kita nak merelakan barang-barang yang kita dah hilang eh? " Cik Susi

"Semua benda dalam hidup kita tak kekal lama.semua ada expired date.Manusia pun tak kekal lama.Sampai masa, habis lah.." Cik K

okae..saya kena redha dengan apa yang jadi..ini adalah terbaik untuk saya buat masa ini.Kerana apa? kerana saya manusia biasa yang sangat tidak tahu apa yang terbaik buat saya sedangkan Allah Maha Tahu segala-galanya..Dia sedang mendidik saya..sedang mentarbiyah saya..

Mungkin saya hilang memory card tu, so that memori-memori yang kurang berguna atau melaghokan saya akan menyelamatkan saya?

Mungkin saya hilang hand sanitizer tu supaya saya boleh pinjam kat kawan saya, dan langsung menjalinkan ukhuwah?

Mungkin saya hilang shirt tu,Allah nak bagi shirt yang lebih bagus dan cantik untuk saya?

wohaa..bersangka baik dengan Allah..

dan pengajarannya,tiada apa yang kekal di dunia ini..harta benda dan segala gadjet yang kita kejar selama ini mungkin hanya akan menjadikan kita seorang yang lalai..setuju dengan saya?
terlalu sayangkan harta benda sehingga lupa untuk mengucap syukur padaNya..

Alhamdulillah.. terima kasih ya Rabb..

p/s : PERMAI is coming soon..huu

p/s 2 : life is so so so so busy..ohyeaaa

p/s 3 : never stop thinking about our life..think,do,evaluate,think,do,evaluate..




Thursday, September 22, 2011

..PERMAI,kembali lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang tertera di atas, saya ingin mengajak semua rakan-rakan yang berada di sekitar Indonesia mahupun Malaysia untuk join program ini.

Speaker yang akan memberi talk pada tahun ini hebat-hebat belaka dan insyaAllah, anda tidak akan menyesal..

Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila ke Asyraf FK09 (081809654377) atau Fikri Fkg10 (085624609751)..

Bayaran pendaftaran sebanyak 150k..setiap kawasan akan ada quota.So,siapa cepat,peluang lebih tinggi,insyaAllah..=)

Tuesday, September 20, 2011

..luahan hati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, saya bersama-sama beberapa teman ke Bandung untuk melihat rumah.Rumah yang memang kami cari-cari untuk memuatkan seramai 10 orang dengan harga yang boleh diterima.Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan orang-orang yang baik hari ini.

Abg A, sudi menjemput kami dengan senyuman dan walaupun kelihatan penat sebab on call, masih sudi melayan kami, membawa kami melihat rumah, dan juga menghidangkan cucur ( serius sedap) dan menelefon taksi dan mendapatkan harga yang murah untuk kami pulang..Semoga Allah permudahkah segala urusan beliau..aminn...

Ibu N, mewakili tuan rumah untuk bawa kami jalan-jalan di rumah.Sangat peramah, mudah senyum, melayan segala persoalan kami, dan sudi membantu kami mendapatkan harga yang murah.Sangat mengalu-alukan kami untuk tinggal bersama-sama.Sungguh nama keikhlasan dalam dirinya.Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau..amin...

Minggu ini, walaupun saya sudah selesai presentation proposal untuk thesis, hati ini sungguh fragile.Bukan tension sebab thesis lagi yang mengganggu fikiran, tapi sering diuji dengan pelbagai sifat manusia yang kadang-kadang mengjengkelkan.

Tanggungjawab saya bertambah sejak berada di tahun keempat.Walaupun saya sudah berlepas dari jawatan-jawatan di persatuan, namun tanggungjawab sebagai seorang daei atau penyampai masih tetap berterusan.sampai kapan pun.

Ini yang merisaukan saya.

Adakah saya mampu untuk meneruskan perjuangan ini?

Saya memilih untuk berada di jalan ini.

Namun, tidak dinafikan, saya masih berasa tidak layak untuk membawa agama Allah ini.Saya bukanlah seorang yang sempurna.Saya bukanlah seorang yang mampu untuk sentiasa komit untuk fokus dalam kerja-kerja dakwah.

Tapi saya memilih jalan ini.

kerana..

disinilah kekuatan saya.dari sini lah,saya mencari kekuatan.dari sinilah saya di uji untk bersabar, supaya saya menjadi hamba Allah yang lebih tinggi darjat di sisiNya.

oleh itu..

saya ingin,lebih ramai lagi..dan ramai lagi,yang ikut saya berjuang.sama-sama merasai indahnya perjuangan menuju syurga Allah..yang sama-sama berpenat lelah di dunia untuk kehidupan hujung dunia..yang terus memberi semangat dan ingatkan saya..yang ingin menjadi saingan saya dalam beribadat..

saya juga ingin..

sangat berterima kasih kepada Allah..kerana menemukan saya dengan sahabat yang membawa saya ke jalan ini..dia mengingatkan saya kepada Allah..dia sentiasa beri kekuatan pada saya..dia sentiasa mengajak saya ke arah kebaikan..dia rujukan saya..dia sahabat saya,dunia akhirat..dia sahabat saya senang dan susah..semoga Allah permudahkan urusan beliau..amin..

saya sangat cintakan jalan ini..saya ingin terus berada di jalan ini..semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda..amin...

p/s : buat sahabat yang berada dalam kedukaan, dekatkanlah dirimu pada Yang Esa.mengadulah padaNya.fikirkan apa yang terbaik untuk perjuangan ini.kalian tidak berseorangan...

p/s 2 : saya memang mudah homesick..tapi bila fikir-fikir balik,ok wat homesick,at least saya rindu ma n pa saya, bukannya rindu entah sape2x yang bukan mahram..weee..~

p/s 3 : apabila orang mengadu masalah pada kita, apa yang diharpkan adalah bantuan bukannya cacian mahupun menyalahkan..haih...

Friday, September 16, 2011

..lebaran yang dinantikan..

turqoise biru menjadi pilihan tahun ini



Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakbar..Lailahaillah hu wallahu akhbar...

Langungan kemenangan kedengaran di masjid-masjid dan tv..

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..



Seperti tahun-tahun yang lepas, kami akan bersiap-siap sejak s
elesai solat subuh untuk menunaikan solat sunat aidilfitri..


Kalau tahun-tahun lepas, siapa yang lambat bersiap, alamatnya kenalah tinggal kat rumah je..tapi kali ini dan seperti tahun lepas, saya dan adik serta mama sempat bersiap dan bersedia untuk menunaikan solat sunat aidilfitri..

pagi-pagi, papa mesti suruh semua siap cepat.
"........ siap-siap cepat.kena pergi awal nie..."

seawal 8 pagi, kami dah gerak ke masjid berdekatan rumah yang diimamkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat..waa...ramainya orang..walaupun solat bermul
a jam 9,sedari jam 8 pagi,orang dah bersesak-sesak..tahun nie, dapat saf di dalam masjid..kalau
tahun lepas, saya terpisah saf dari mama dan mek..huhu..t
akbir dilaung sejak jam 8 sehingga mulanya solat..sampai tertidur-tidur bertakbir..

"Assalamualaikum..sebentar lagi,kita akae mulakan solat
sunat aidilfitri..jadi,akan ado 2 rakaat..hok pertamo ado
7 takbir..setiap takbir kito baco subhanallah,walhamdulillah,w
alailahailllalah......."


begitulah setiap tahun..imam pasti mengajarkan atau meningatkan makmun cara solat yang diadakan setahun sekali ini..saya duduk di saf sebelah mama..sayu hati dapat bersama-sama sekali lagi dengan keluarga menyambut lebaran..
Jam 9 pagi,barulah bermulanya solat sunat a
idilfitri..alhamdulillah..
kemudian,disambung dengan khutbah..


Sedikt pengisian yang dapat saya kongsi sewktu khutbah..

Dimulakan dengan anjuran kita beraya pada hari ini adalah suatu anjuran agama.Segala perbuatan kita adalah kerana Allah.Beliau juga menyatakan tentang isu murtad yang semakin meningkat di kalangan umat Islam.Islam di Malaysia mengikut sejarahnya diterima melalui raja.Raja, pada waktu itu
mempunyai pengaruh yang sangat kuat sehingga orang-or
ang bawahan juga menganut agama
Islam.


Sewaktu di Melaka, orang Islam yang datang berdagang bukanlah tujuan utamanya untuk berdakwah tetapi adalah untuk berniaga.Pangisalaman dila
kukan melalui perkahwinan kebanyakkkannya.

Kebanyakan manusia zaman sekarang menanuti agama Islam secara menurut sahaja.kerana keturunan sudah Islam.Apa yang penting adalah sesebuah negara itu diperintah penguasa yang alim agama.Apabila meminpin, biarlah memimpin dengan cara Rasulullah,
Beliau juga menyentuh mengenai pembacaaan Al-Quran.Al-
Quran sepatutnya bukan sekadar untuk dibaca untuk memperoleh pahala tetapi untuk difahami maksudnya.Syarat untuk beriman dengan Al-Quran adalah pertama kita harus yakin den
gan perkara ghaib.Di dalam Al-Quran menceritakan tentang pahala
, dosa, syurga, neraka dan sebagainya yang tak nampak dek pancaindera kita yang terbatas ini.

Itulah serba sedikit perkongsian dari khutbah tahun ini.mungkin ada tambahan isi lagi tapi al-maklumlah, saya manusia biasa yang sering lupa..hehe..


Selepas solat aidilfitri, rutin tahunan, kami akn bersiap-siap ke rumah atok sedara..berkumpul dengan familh belah papa di sana..

waa..best2x sebab ramai budak-budak kecik yang sungguh comel..jumpa setahun sekali, sampai nama pun dah lupa..ada yang saya tak pernah jumpa pun ada..
Tahun nie memang sangat meriah buat saya..walaupun di rumah mek cuma ada family kami..

fried chicken kat kelate

bunga api..wee

kat rumah tok ayah


bersama kak jah di rumah atak saudara

kanak-kanak riang..haha


di rumah tok wan belah mama


Saya beraya di kelantan sehingga raya ke-4.Sempat berpuasa sel
ama 3 hari.Jadi total jadi 7 hari..wohaa..Tahun nie jugak,mak cik saudara saya yang setahun ja tua dari saya bertunang!
Sangat tak disangka..beliau sendiri tak sangka..baru balik dari graduate di UK,kenal 1 bulan lebih,tunang dan akan bernikah beberapa bulan lagi..doakan mereka..waaa..saya memang sangat kagumi perwatakan beliau..seorang muslimah lemah-lembut, bijak dalam berkomunikasi, dan sangat baik..hee..





kereta pak cik dilanggar sewaktu hendak ke ngelae..huhu

airil..si nakal yang pelat..haha

Dan tahun ini juga,saya sempat beraya dengan sahabat sewaktu di sekolah rendah..subhanallah..saya sangat rindukan mereka..walaupun dapat jumpa 2 orang, terubat juga rindu saya..insyaAllah,ada rezeki,nak jumpa lagi..=)


liyana-law,niksyu,madi-medic ukm = netball maniac time primary school

Semua kenangan masih terbayang-bayang di benak fikiran..masak-masak dengan mama di dapur,buat kuih raya dengan along, berdagang di kampung dengan alang, peluk cium dan cubit pipi jihad, pergi bazaar dengan papa, teman adik-adik saudara main mercun, melayan karenah budak2x yang petah bercakap, dan macm-macam lagi..waa..rindunya..

Alhamdulillah..saya panjatkan syukur setinggi-tingginya pada Allah di atas kurniaan yang sangat berharga buat saya..diharapkan saya dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang dan bersama-sama lagi dengan keluarga tersayang..

p/s : berjumpa dengan adik-adik 2011, terasa tua dah..tahun ke-4 sudah..alhamdulillah

p/s 2 :dari pagi sampai ke malam beraktiviti di bandung dan nangor..hidup busy sebagai muslim
dan pelajar di bandng adalah pilihan saya..

p/s 3 : proposal thesis sudah berjaya dibentang..sekarang tengah pening pikir dana untuk start
thesis..ada sape2x nak sponsor?hehe..