Thursday, August 25, 2011
..Saudaraku di Gaza..
Thursday, August 18, 2011
..blueberry cheesecake..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Beberapa jam lagi, saya bersama rakan-rakan yang lain akan pulang ke tanah air, bertemu keluarga tersayang, meneruskan Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi..can`t wait..wohaaaa..
Okae..hari nie nak share 1 resipi dengan anda anda dan anda..cuba la!..=)
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada base yang dah disejukkan tadi.
Untuk bakar kek nie, pastikan anda letak loyang nipis atau apa-apa yang sesuai dan di isi dengan air supaya kek nie lebih lembap.
Untuk toping, boleh guna blueberry..saya pernah cuba guna kiwi..tapi blueberry is better..
Try it out..hehe
Tuesday, August 16, 2011
..heartless..
Ya Allah
Kau hantarkan dia dan dia
untuk mengujiku
Aku semakin mengerti tentang itu
Tapi
Adakah aku mampu ?
Ya Allah
Aku sering mohon kekuatan dariMu
untuk aku sujud menyembahMu
untuk aku menyebut namaMu setiap detik
untuk aku mendendangkan bait-bait indah dariMu
untuk aku mengamati lembaran-lembaran cintaMu
Untuk itu
kau turunkan ujian buatKu
namun aku masih belum mampu
menjadi hambaMu yang terbaik
Ya Allah
Datangkan aku rindu itu
Aku terlalu rindukan rindu itu
Cairkan batu yang bertompok di hatiku
Untuk aku merasakan lagi indahnya rindu itu
Ya Allah
Kurniakan aku pendamping yang bisa membimbing aku
Untuk menemuiMu
Kurniakan aku cintaMU
Kerna aku terlalu lemah
untuk berjalan di muka bumi yang penuh tipu daya ini
tanpa redha dan kasih sayangMu
p/s 2 : esok judicium 2 (pengumuman result exam ).apa yang saya doakan moga dimakbulkan Allah.dan selepas tu , saya akan pulang ke Malaysia.doakan saya selamat sampai.
p/s 3 : doakan saya dan sahabat-sahabat di permudahkan dalam kami menjalankan thesis kami.mungkin ada orang yg smooth je perjalanan thesis nya.ada yang sampai sekarang masih terkapai-kapai..dont despair and never loose hope,coz you have Allah by your side..
Tuesday, August 9, 2011
..Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam,seharian juga saya di Bandung..dan sangat bersyukur ,saya dapat jumpa kedua-dua doc pembimbing thesis saya..saya dapat berjumpa dengan bapak yang kerja di bahagian pharmaco..saya berjaya mandiri ke UNISBA dan dari UNISBA ke RSHS..wohaa...
Dan besok , last paper exam saya..yeay..after this,kena fokus on thesis yang sering bertandang dalam mimpi saya beberapa hari ini..penatnya..cant wait to go home.ommmaaa..
ok..post kali ini,tentang something yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan..bukan tujuan untuk menyinggung mana2x perasaan,sekadar mengambil manfaat darinya..check it out..
......................................................................................
LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.
Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.
Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.
Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.
Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.
''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.
Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.
Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.
''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.
''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi
p/s: taken from utusan n duha`s blog
p/s 2 : i don`t have a facebook and im okay..boleh pinjam fiqa punya,alang punya..haha..