Assalamualaikum w.b.t...
Kehidupan hari ini dirasakan begitu tertekan.
Dari pagi,ada sahaja perkara yang menduga kesabaran diri
Senang citer,asyik rasa nak emo.
Puncanya,tertekan dengan kerja yang bertangguh,
Komitmen yang makin bertambah
Dan memberi alasan bahawa..`tak cukup masa la.....`
Dan malam tadi, bila nak bukak buku nak buat LI,
Terselit sebuah buku `tarbiyah dzatiyah` tulisan solikhin abu izzudin,
Mungkin ada something yang boleh menyedapkan hati...
Dan tersentuh dengan kata Rasulullah s.a.w,
`Janganlah kalian menyalahkan waktu`
Menyalahkan waktu termasuk sikap mencela masa yang dibenci Allah.
Terasa diri ini dah banyak sangat buang masa,
Padahal Allah dah bagi masa 24 jam untuk kita isi sebaiknya,
Imam Hassan Al-Banna ada kata,
`kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia`
Ya..memang benar..tugas sebagai seorang hamba Allah,seorang anak,seorang daei,seorang mahasiswa,seorang sahabat dan sebagainya..cukup banyak..
Jadi,saya ingin hari saya menjadi sesuatu yang bermanfaat,bukn untuk diri sendiri sahaja,tetapi untuk orang lain juga..amin..
......................................................................................................................................................
Sebenarnya
Tujuan utama nak pos kali nie
Nak kongsi sikit
Tentang tajuk yang dikupas semasa KULTEN(kuliah 10 min) yang dijalankan oleh BAIK.
Tajuk yang diberi kepada para peserta adalah Islam itu Cahaya.
Cukup kreatif dan bersemangat setiap peserta mengutarakan pandangan.
Jika kita berada dalam keadaan gelap,
Apa yang kita rasa?
Takut?meraba-raba mencari hala tuju?ada hantu ke?atau apa tuu??
Sudah tentu kita akan rasa cam lost,give up,tension dan cuba untuk mencari torchlight,lilin dan etc untuk menerangi keadaan.
Begitulah Islam
Ia adalah cahaya yang membantu kita dalam mengarah hala tuju kita.
Tapi macam mana kita nak pastikan torchlight sentiasa ada energy?
Mestilah dengan adanya bateri yang boleh dianalogikan dengan al-Quran dan Sunnah
Dengan al-Quran dan Sunnah,sinar Islam akan terus menerangi kita.
Menyingkap kembali sirah Nabi.
Di masa zaman Jahiliah,
Manusia bermaksiat,zina,mencuri,sumbang mahram
Adalah suatu yang biasa dalam masyarakat
Namun
Setelah datangnya Islam,segala bentuk maksiat cuba dihapuskan
Tiada lagi perbezaan darjat dari segi harta
Tiada lagi penghinaan ke atas kaum wanita
Tiada lagi amalan riba yang berleluasa
Rakyat hidup aman
Even berlainan agama,umat di Madinah mampu hidup bersama
Kerana apa?
Kerana mereka sudah nampak betapa Islam itu sesuatu yang indah dan adil.
Umat manusia sekarang
Menggunakan Yassin hanya sekadar untuk letak di bawah bantal
Untuk halau hantu katanya
Tertarik juga dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang sahabat,
`Orang sekarang melihat seorang yang baik itu sebagai seorang yang lemah..lembik..tak kisah kena ejek..yang pendiam..yang tidak mehu bersuara..sedangkan Nabi kita dulu adalah seorang peninju,seorang yang kuat,yang jalan berbidang...kenapa orang memanggil nabi di saat nak pecahkan batu?ini adalah kerana nabi seorang yang kuat..ini yang kita perlu betulkan..Jangan kita exclusive kan Islam itu hanya di masjid..bercerita tentang akhirat dan sebainya hanya di masjid.....`
Adakah kita benar-benar yakin dengan agama yang kita anuti sekrang?
Jika benar yakin,kenapa tidak amalkan?
Takut rasa kolot?
Orang yang tidak beragama itu lebih kolot
Lihatlah orang2x yang berjaya
Memang punya pegangan dan kepercayaan yang hebat.
Hidup kita terlalu singkat
Untuk kita menuju akhirat yang infiniti..
p/s : acara kemuncak sukan pkpmi pada ahad ini.jom bersaing secara sehat.sukan2x jugak,solat jangan lupa.
p/s 2 :masih belum tetap pendirian untuk memilih tajuk thesis.moga Allah permudahkan..=)
p/s 3 : pencalonan untuk YDP n TYDP PKPMI-CB akan berjalan xlama lagi.fikir masak-masak sebelum menamakan calon.selamat mengundi..(promo SPR..haha)