Saturday, August 28, 2010

..T.R.A.N.S.F.O.R.M.A.S.I..

Assalamualaikum w.b.t..

Esok saya akan pulang semula ke bumi Wali Songo
Berdebar-debar setelah 2 minggu lebih bercuti
Penyakit lama datang smula..haha..

Alhamdulillah
Dengan izin Allah
Saya dapat menjalankan ibadah puasa bersama keluarga terchenta
Dan ini cukup menggembirakan.

Sepenjang cuti ini,
Banyak aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan..hehe
Berbuka puasa bersama kawan2x sekolah dulu
Menziarah keluarga angkat
Jumpa dengan jiran2x lama..(time nakal-nakal dulu..hehe)
Ziarah mak cik di Kuantan
Mencuba pelbagai resipi dessert
Tolong bisness mama..(penat wo..)
Jalan2x n bukak posa dengan cik dudu n abell..
And macam2x lagi..
Cuma 1 je tak tercapai,which is nak balik kg-Kelate(missing my hometown)

Banyak benda dah berubah
Keadaan sekeliling-environment
Kawan-kawan
Pemikiran n cara pandang orang-orang sekeliling..

Dan saya.
Saya sudah berubah?
Mungkin ya..mungkin tidak..

Kehidupan di Bandung mengajar saya banyak benda
Melatih saya untuk lebih serius dalam hidup
Mencanai pemikiran untuk lebih matang dalam menilai kehidupan
Mengajar diri untuk membuat keputusan dalam hidup
Bukan bermakna saya tidak boleh di bawa bergurau-bisa aja sih.

Segala perkara yang berlaku dalam hidup adalah history
Dan terpulang kepada kita untuk menjadikan sejarah hidup sebagai guidelines untk hdup kter pada hari ini
Atau menjadikannya pembantut yang membuat kita merana.

Orang Muslim yang berjaya membina kejayaan sekarang dengan melihat sejarah yang dulu.
Kesilapan tidak mahu diulangi
Strategi diperkemas mengharungi badai yang mendatang.

Dan saya
Saya ingin berubah!
Dan akan sentiasa menjalani transformasi berperingkat..
Ke arah mana jalan saya?
Selagi tidak menyimpang dari Quran & Sunnah..

Saya masih saya yang dulu..
Nik yg suka gelak n cinta bangat sama pink smasa di sekolah dulu
Angah yg msih sukakan music dan suka menyebok di rumah org-jiran2x tetangga
Dan Sue yg sentiasa homesick di KTT dulu..

Semoga Allah teguhkan diri ini
Untuk menghadapi apa jua dugaan dan cabaran
Kesibukan mencari kebahagian sebenar dunia dan akhirat
Mengejar cita-cita dan cinta
Sebagai seorang insan kerdil yang sentiasa kekurangan
Musafir di dunia untk pulang semula ke hujung destinasi-Jannah!

p/s : Diikutkan hati,ingin sahaja saya xtend cuti..huhu

p/s 2 : Ada kwan saya ckap..`Nik..ko makin ayu la..haha..(percaya x?..).

Monday, August 23, 2010

..Cinta Sufi..

Assalamualaikum w.b.t...

Ha..posting kali ni,saya nak kongsi sikit pasal the only penulis novel thriller yang saya tahu yang ade kat Malaysia nie..Ramlee Awang Murshid..

Beberapa hari lepas,sedang cousin n siblings saya sibuk dengan pilih tudung raya dorang,saya lebih tertarik dan excited untuk mencari novel beliau yang the latest..actually,bukan la baru keluar novel nie,tapi yang ni adalah the latest one..











CINTA SUFI
Sebenarnya,novel ni adalah sambungan dari novel Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.Ia mengisahkan kehidupan seorang anak didik seorang sufi yang warak yang dikenali sebagai Laksamana Sunan yang berdarah pahlawan dan meletakkan Allah sebagai segala-galanya dalam kehidupannya.Beliau diuji dengan pelbagai ujian yang diluar dugaan beliau dan tak terjangkau dek akal manusia .Pelbagai konflik dari sudut agama,cinta,kasih sayang,dendam dan sebagainya dikisahkan dengan jalan cerita yang cukup menarik.


yang ni the most fav bgi sya la..





yg ni kisah samurai yg kembali ke jalang yg benar...





Hmm..saya mengikuti novel karya RAM sejak secondary school.Dan tak sangka bila ada kat UNPAD,ramai jugak pengikutnya..hehe..

Apa yang menarik tentang hasil karya beliau adalah jalan ceritanya yang lain daripada yang lain dan sangat kreatif.Bila korang start baca novel die,sure xleh nak benti..haha..n novel die novel berpengetahuan..xde cincai2x..dan dia tidak meletakkan cinta sesama manusia sebagai yang prominent..tapi mane2x cerita pun tak boleh lari dari cinta manusia kan..kan..hehe..and cerita die tak steroetype..try bace rahsia perindu (sure pening..)

ok..
Bagi peminat novel thriller,try la baca novel-novel dia..korang mesti suka punya la..huhu..

sudah cukup empathy?

Assalamualaikum w.b.t...

Seperti hari-hari yang lain,saya dan keluarga akan menunaikan solat tarawikh di surau yg betul-betul terletak di depan rumah(tak de alasan jauh untk tidak pegi..hehe)..

Tapi hari nie,lain daripada hari-hari lain.After azan Isya`,Pak Cik Imam buat 1 announcement..
"Pengumuman..di sini,ada saudara kita yang bernama bla..bla.. memerlukan bantuan kewangan kerana beliau kesempitan wang.beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya mahu pulang ke Kedah ke kg beliau tetapi tidak cukup wang.marilah kiter bantu......."

Hati saya tiba-tiba berasa sangat hiba dan sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga pak cik nie.





Sepanjang hidup saya selama 21 tahun ini,saya masih belum pernah diuji Allah dengan kesempitan wang sebegini.Segalanya serba cukup.

Namun,kadang-kadang apabila kita sudah biasa dengan kehidupan yang senang,kita lupa pada yang memerlukan.kita lupa pada mereka yang tidak punya wang walaupun untuk beli sebungkus nasi.

Wang kita dihabiskan membeli barang-barang kehendak nafsu..
Wang kita dihabiskan membeli makanan yang mahal-mahal..
Wang kita dihabiskan melayan kesenangan demi kesenangan..

Dan bagi saya,perkara ni lama-kelamaan membuatkan diri kita hanyut dan tidak merasakan adanya syurga itu kerna semuanya sudah lengkap dalam hidup..
Dalam diri akan wujud rasa tidak `mahu` nikmat syurga kerana semua yang dimahukan sudah ada di depan mata..

Berapakah wang yang kita ada kita spend untuk saudara-saudara kita yang memerlukan?
Berapakah wang yang kita ada kita spend untuk agama kita?

Menyingkap kembali sirah di zaman Rasulullah,Saidina Abu Bakar,seorang saudagar yang kaya raya tidak lokek untuk menyerahkan hartanya demi perjuangan Islam.
Saiditina Aisyah mensedekahkan harta miliknya untuk orang-orang miskin sehingga tiada yang di tinggal untuknya..

Kita?
Kita bagaimana?

Ahad lepas,saya sempat menemani sweethearts saya shopping di Kuala Lumpur.Keadaaan penuh sesak dengan orang ramai yang masing-masing sibuk membeli persiapan raya.

Di dalam keriuhan orang ramai,beberapa insan yang berhati mulia mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan memberi `peluang` untuk orang ramai at least spendkan duit walaupun 10 sen untuk derma kepada anak yatim..

Dan sangat mengejutkan saya,di dalam pandangan mata saya,kebanyakannya tidak mengendahkan langsung..ya Allah..ini adlah apa yang saya lihat..keadaan sangat berbeza di bandung..walaupun orang yang memberi kepada yang meminta hanya seorang suri rumah yang mengendong ank kecil,namun masih mampu menghulur..kenapa saya tidak dapat lihat ini di tanah air saya sendiri??!...saya tidak menilai keihklasan orang itu dengan jumlah harta yang dia sedekahkan tapi manakah sifat prihatin dan empathy dalam diri?

Sama-sama kita renungkan..
Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah..
bukan milik kita..
jangan terlalu sombong dengan apa yang kiter ada..
Sebab bila-bila sahaja Allah boleh tarik balik..

Yang manulis ini bukanlah sempurna,
Tapi hanya ingin sama-sama mengubah cara kita memandang setiap perkara dalam kehidupan.
Semoga Allah mendidik jiwa kita untuk `lihat` dan `rasa` kesengsaraan orang lain..

Wallahualam..

Wednesday, August 18, 2010

..Orang Tak Mau La..

Sedang enak seorang anak kecil menonton kartun kegemarannya di kaca televisyen,azan Zohor berkumandang.

Niat seorang kakak ingin menyuruh adiknya menunaikan solat.Solat itu kan WAJIB.

"Aidil...turn off the television.Pergi solat sekarang!!.."nada seorang kakak memerintah.

"Alaaa kak..nanti la..sikit lagi ni.Kejap lagi Aidil solat la.nak habiskan citer nie."adiknya memberi alasan dengan nada malas.

"No! Turn off the tv sekrang jgak!Kalo tak solat nanti kena campak masuk neraka,baru taw!!"

Adiknya sambil lewa menuruskan menonton tv dan tidak mengendahkan kakaknya.Dan akhirnya,tidak solat langsung.

Kehidupan seorang anak kecil , dirinya sentiasa mahukan belaian,permintaanya sentiasa mahu dipenuhi,dan mudah memberontak.

Ganjaran syurga dan hukuman neraka masih belum mampu dicerna oleh sebahagian kanak-kanak kecil ini.Arahan yang memerintah sudah tentu tidak mahu di endahnya.

Ya..niat kita ingin melihat adik kesayangan menjadi seorang anak,adik dan hamba Allah yang taat.Ingin mendidik dan mengajak ke arah kebaikan.

Namun,kita harus sedar,mereka masih kecil.Mereka mudah bosan dengan arahan yang menyekat segala aktiviti mereka.Sia-sia sahaja air liur kita dok marah,menengking,mengugut dengan adanya siksaan neraka segala,tapi akhirnya seperti masuk telinga,keluar telinga kiri.

Letakkan diri anda pada situasi kanak-kanak sebaya itu.

Ibarat kita melentur buluh,biarlah dari rebungnya.Masih lembut,mudah dibentuk dan harus dengan cara yang betul.

Keypoint di sini ialah Seni Bicara kita.Mengajak bukan dengan cara memerintah tetapi dengan cara menarik dia BERSAMA-SAMA kita.Mulakan dengan memberi ganjaran yang dia nampak.

"Aidil..dah azan nie..meh solat ngan akak.."lembut bicara seorang kakak.

"Kejap kak..nak habiskan sikit je lagi.."

"Kakak tunggu Aidil kat atas ye..kita solat sama-sama"

Lembut hati sang adik di ajak oleh kakaknya,dan insyaAllah berterusan.Sedikit demi sedikit kita mendidik.

"Adik puasa 1 hari cukup,abang kasi adik 1 ringgit sehari..Kalau penuh puasa bulan Ramadhan nie,abg kasi lebih duit raya..ha..nak tak?"

"Jom ikut abg g masjid.Pas tu,kiter gi beli aiskrim eh.."

Kata-kata pujukan yang mengajak mereka.Pada awalnya,mereka akan buat kerana ganjaran tersebut.Dan apabila sudah istiqomah,kita mendidik sedikit demi sedikit.

PUJIAN juga harus diberi asalkan tidak berlebihan dan tepat pada masa dan keadaan.Ia akan menggerakkan perasaan dan inderanya.

Anak-anak kecil ini hatinya lembut.Diri mereka masih suci.Masih belum mengerti erti sebenar kehidupan.KITA yang bertanggungjawab mencorak dirinya.Membawa dia sama-sama ke jalan yang lurus.



Rindu budak ni.





Kita mahu mereka suka kepada kita,kita harus tahu MENYENTUH HATI mereka.

Jabir bin Samurah-yang ketika itu masih seorang anak kecil-juga
pernah berkata, "Aku pernah mengerjakan shalat zuhur bersama
Rasulullah saw. Kemudian Beliau keluar menuju rumah keluarganya dan
aku turut keluar bersamanya. Beliau kemudian bertemu dengan kedua
anak kecil, lalu mengusap kedua pipiku. Selanjutnya kedua anak tadi
menghadap Rasulullah, lalu Beliau pun segera mengusap kedua pipi
mereka satu persatu." (HR Muslim).




Bicaralah dengan hati mereka.
Bicaralah dengan karenah mereka.
Bicaralah dengan mati hati anda.



p/s : Dulu time kecik2x,papa bagi duit raya sebab puasa penuh.Dah besar nie,xde sape nak bgi ke?hehe...

p/s 2 : Sempat meluangkan masa dengan melayan anak2x kecil CasPel semalam tgk hidupan
laut.Subhanallah..=)

Monday, August 16, 2010

Si Kecil Yang Tidak Takut

"Assalamualaikum..mama..sihat?kat mana tu?" saya memulakan bicara dengan bonda tersayang di talian.

"Waalaikumsalam..sihat ja..kat rumah..tak buat apa.."mama menjawab.

"Cuma adik ni ha,asyik keluar balik je apa yang dia makan.Makan sikit,terus buang.Sekarang ni dah makin kurus dah,"mama menyambung.
"Dah berapa lama ma?tak pergi jumpa doc ke ma?"

"Mama dah jumpa pakar hari tu tapi doc macam tak tahu sebab apa.tak check sangat pun.Geram betul mama.Nama je pakar.."nada mama agak emosi di situ.

Adik terchenta,Nik Muhammad Nur Jihad,setelah berjumpa dengan beberapa dokter dan akhirnya pergi ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan dan di diagnose menghidap ACHALASIA.

Anamnesis : dysphagia(xboleh telan makanan) for 2 months claims when eating,
food stuck at supraclavicular region
especially solid foods , but at times even fluids
loss weight 13 kg in 2 months

Test : X-rays (barium swallowed )
ENT exam
Blood test

Finally,diagnosed as having ACHALASIA.
Achalasia ini adalah suatu penyakit yang disebabkan berlakunya masalah aktiviti otot yang berada di esophagus.Terbahagi kepada upper dan lower.Masalah ini menyebabkan makanan tidak dapat melepasi esophagus dan terpaksa dikeluarkan semula.

Sudah lama tidak berjumpa dengan satu-satunya adik lelaki saya ini,mangsa buli saya,dan berita ini saya terima semasa saya di bumi Jatinangor.
Dan pulangnya saya pada tanggal 13 Ogos lalu,terkejut,tak percaya dengan perubahan dia.




Budak kecik yang selama yang saya panggil dengan gelaran `aboy` atau `budak gemuk` kini sangat sangat sangat kurus tetapi masih bersemangat dan nakal.







"Adik nak cepat operation.Nak cepat sembuh.Mama takut eh.."semangat untuk kembali `gemuk` berkobar-kobar dalam diri.

InsyaAllah,adik akan dimasukkan ke HUKL pada Ahad ini,dan dioperasi pada hari Isnin depan.Mohon doa dari teman-teman.

Berita seperti ini adalah kali kedua saya terima semasa di Bandung.Semasa 1st year,saya menerima berita tentang mama yang mengalami ketumbuhan di ovari.Dan saya tiada di sisi keluarga semasa operation dijalankan.Hanya tangisan dan doa mengiringi hari-hari saya.Tapi sekarang mama dah sihat! Alhamdulillah.

Cuti kali ini,saya ingin berada di samping keluarga.ya!

Sunday, August 15, 2010

Dari Pandangan Mata Kita

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini merupakan hari ketiga saya berpuasa di rumah.Alhamdulillah,dengan izin Allah dapat sama-sama bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga tercinta.

Sejak 3 hari berada di rumah ni,ada 2 berita yang mengejutkan saya yang berlaku di negara kita sendiri,Malaysia.

Di Jasin Melaka,suatu angin kuat melanda Bazaar Ramadhan yang menyebabkan 3 orang maut.Kejadian yang berlaku tidak sampai 5 minit itu memusnahkan semua gerai dan menyebabkan kerugian yang besar untuk para peniaga.

Keesokannya pula,kejadian banjir besar yang memusnahkan tanaman padi penduduk d Kedah yang bakal dituai beberapa hari lagi.Penduduk berasa kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi.

"Ini bala nie..."

"Balasan Allah nie..mesti ada apa2x dosa diorang buat..tinggal posa ke.."
Suara-suara luar mula membuat kesimpulan masing-masing.

Di bulan Ramadhan penuh berkah,Allah menurunkan ujian buat hambaNya.Ingin melihat respons dari hambaNya.

Namun,hamba Allah bergelar manusia ini mudah melatah.Memandang sesuatu kesusahan itu sebagai bala semata-mata.Manakala kesenangan itu sebagai balasan baik kerana usaha mereka semata-mata.

Sedarkah kita yang kesusahan dan kesenangan itu ujian buat kita?

`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami` ( Al-Anbiya`: 35 )







Ujian adalah tarbiyah dari Allah.Cara kita memandang sesuatu itu mempengaruhi tindakan kita seterusnya.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Saya terdengar nasihat dari seorang Prof Madya di IKIM.fm yang bertanyakan tentang bagaimana nak deal dengan masalah menopause yang menyebabkan dia selalu cepat marah dan dia merasakan itu adalah natural.Prof tersebut mengatakan,

"Jangan biarkan hormon dalam diri anda mengawal anda.Tapi anda yang menentukan apa yang anda nak jadi.Tahniah kerana anda nak berubah.Banyakkan berdoa dan set your mind."

Ya..semuanya di tangan anda!

Terlalu besar nikmat yang Allah berikan.Takkan hanya dengan sedikit ujian sudah menggoyahkan iman di dada?

Bulan Ramdhan adalah hadiah buat hambaNya.Dibuka pintu syurga seluas-luasnya.Ditutup pintu neraka serapat-rapatnya.Keberkahan buat mereka yang beriman.

Mari kita pandang 2 ujian yang saya nyatakan di atas dari sudut positif.Mungkin sahaja Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari itu.Mungkin sahaja Allah ingin menyelamatkan kita dari sesuatu.Dan mungkin sahaja Allah rindukan tangisan kita buatNya.

Renung-renungkan.selamat beramal~

Ini Blog Saya

Assalamualaikum w.b.t....

Here we are..saya dah ada blog..ya!..akhirnya..

Dah lama niat di hati nak ada blog sendiri,berkongsi sedikit pengalaman hidup,mencari kembali teman-teman lama yang selalu bertanyakan..`bila nak buat Fb?!!`..saya jadikan medan ini bukan sekadar berkongsi dan mencari teman-teman lama,tetapi sebagai salah satu wadah saya untuk menyampaikan sesuatu di medan maya..

Saya budak baru belajar,salah dan silap harap ditegur..tapi menegur biarlah berakhlak..insyaAllah..
saya terima dengan berlapang dada..Semoga blog ini tidak sekadar membanyakkan blog-blog yang dah ada tetapi mampu memberi manfaat kepada orang lain juga.. =)