Sunday, December 26, 2010

..sayang kamu..

“Buat apa tu Nik??!!..kejar bola tu..!!..acah,keluar ambik bola tu..!”begitulah nada marah coach netball saya semasa sekolah menengah dulu.Panasnya hati saya masa tu,Allah je lah tahu.

“kalau terror sangat,cuba ah tunjuk...”monolog dalaman saya mula bermain.

Namun,hati yang `cengeng` nie serta merta tidak dapat menahan air mata sebab dimarah berulang-ulang.Salah saya juga yang kurang fokus ketika itu.

Duduk di tepi padang setelah selesai latihan,dan....menangislah..ape lagi..sambil dipujuk oleh teman seperjuangan,Ed..hehe..

“Apasal nak marah-marah? Aku tak suka lah orang marah-marah kat aku.Stress kot.Aku rasa macam tak nak main je Ed.Bengangnya..”saya meluahkan.

“Sabarlah Nik.Mama(panggilan kepada coach) memang macam tu..Cepat marah sikit.Sabar je..”Ed membalas.

“Mintak auntie (mama kepada Ed) je lah ajar.Lagi best..”tambah saya.Dan kami senyum.

Itu semasa di sekolah menengah.

Semasa persediaan di KTT.

“Awak tu main GA(Goal Attack).Buat apa lari jauh-jauh ke tengah nak ambik bola?Awak kena masuk D.Awak lari jauh-jauh,nanti penat kejar bola,tak sempat masuk D.Awak tak percaya kat kawan-kawan awak ke tok ambik bola?”marah Miss,salah seorang tenaga pengajar di KTT.

Tercengang saya.Dia bukan coach saya.Tapi tiba-tiba marah.Dah la tak kenal.Die refree yang menjaga permainan kami pada hari tu.

Dan perlawanan seterusnya,saya cuba patuh pada nasihatnya.Dan,nasihatnya memang berkesan.Kami menang pada hari itu.alhamdulillah..

Itu semasa di KTT.

Marah Tanda Sayang.

Kedua-dua situasi di atas,selepas beberapa tahun,saya cuba menganalisis kembali.

Mengapa perlu marah untuk mengajar?

Tak boleh ke elok-elok?

Mereka yang memerhatikan kita,akan lebih mudah `perasan` dan `melihat` kesilapan kita.

Mereka tidak mahu melihat kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku dibiarkan begitu sahaja.

Sebab apa?

Sebab sayang.

Mereka yang menegur kesilapan kita,kerana mereka sayangkan kita.Kerana mereka tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang sama.Kerana mereka mahu kita berubah.Untuk kebaikan kita.

Seorang ibu,memarahi anak kecilnya yang sedang bermain api walaupun apinya kecil.

Kerana apa?

Kerana tidak mahu anak itu terluka tanganya,atau cedera.Tapi,anak memberontak terus kerana fikirkan ibunya tidak sayang kepadanya.

Ukhuwwah dan Iman.

“Ukhuwwah itu bukan dicipta,tapi disemai.”tegas seorang sahabat.

Dalam ayat Quran juga ada menyatakan bahawa sesama Mukmin itu bersaudara.

Apabila sesama Muslim itu masing-masing beriman kepada Allah,mereka adalah bersaudara.

Tiada sekatan yang membezakan kita.

Sekatan negara,bangsa mahupun keturunan.

“Itu orang Palestin.Apa aku kesah..pandai-pandai lah settlekan sendiri..”

“Diorang bukan orang Malaysia,tak payah la ajak datang..kita-kita je lah..”

Apa itu iman?

Iman = percaya.

Ini apa yang saya faham

Iman itu merangkumi lisan,hati dan perbuatan.

Kita mengaku beriman kepada Allah,apa buktinya?

Saling bersalaman dan memafkan merupakan amalan yang sering ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lisan mengucap..”Maafkan saya ye..sorry la..gomen..”

Perbuatan dilakukan dengan bersalam,

Tapi hati,sudahkan benar-benar memafkan?

Sudah cukupkah kita beriman?

“Tidak sempurna iman seseorang apabila dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” di ambil dari hadith 40 dri kumpulan Imam Nawawi

Kita mencintai saudara kita kerana keimanan kita kepada Allah.

Sama-sama mengejar mencari keredhaan Allah

Sama-sama mengejar cinta Allah

Sama-sama membantu apabila musuh Allah datang

Tidak Mudah Untuk Menegur.

Seseorang memerlukan kekuatan untuk menegur kesilapan sahabatnya.

Jihad.

Saya sendiri akui,sangat sukar untuk menegur kesilapan.kerana saya juga sering melakukan kesilapan.

Tapi,adakah kita tak nak tegur kesilapan seseorang itu sebab takut orang tu nanti tak suka kat kita?

Sebab nanti takut ada `hurt feeling` yang jadi?Ataupun takut jadi busy body?

Kenalah busy body sebab kita semua satu body.Tu pesan Rasulullah,Mukmin dengan Mukmin yang lain umpama 1 badan,bila sakit 1 anggota badan,macam sakit seluruhnya.

Tapi busy body cara kita bukan dengan mengumpat,mengata dan sebagainya.Macam butang baju yang terbukak.Bukan kita yang membukakkanya lagi tapi kita yang cuba membutangkannya.

Bila menegur tu,luruskan niat kita.Kita buat betul-betul sebab kita sayangkan dia kerana Allah.

Macam mana nak tahu kita sayang dia kerana Allah?

Hmm..kita sayangkan dia sebab kita tak nak kesilapan dia membawa kepada kemurkaan Allah.Kita sayang dia sebab kita nak dia sama-sama mencari keredhaan Allah.InsyaAllah,kita akan dibantu oleh Allah.

Cara kita menyampaikan,perlu betul gayanya.Penyampaian yang salah mungkin boleh bawa kepada salah sangka.

Jika kita sayang seseorang,janganlah sayang kita lagi merosakkanya.Biarlah sayang kita membawa dia kepadaNya.

Penyampaian itu ada seninya.Terpulang kepada individu.Saya juga masih belajar sih.=)


p/s : susahnya belajat time holiday nie.....ommmaaa...

Friday, December 24, 2010

A poem

Lembayung senja memayungi kesaktian laksamana,
Dalam alunan ratib zikir basah bibirnya,
Tenang gelojak jiwa beralun nafas,
Walau deruan ombak setia menghempas.
Lembayung kini kian kirmizi warnanya,
Dihias lenggok nyiur menyusun tari,
Menggamit camar segera pulang ke asal,
Sebelum di ufuk terbenam mentari.

Takdir menimpa mencicip ruang indah hidup Sang Puteri,
Merentas hijab masa dua dunia langit rizki,
Lantas terhumban terpinga bidadari dalam lembah asing,
Di dunia sana ada cinta yang menanti,
Dalam lafaz madah setia menemani,
"Bangkitlah Haryani!Kembalilah ke dunia asalmu!
Bernafaslah!Bernafaslah dengan nama Tuhanmu!
Aku mencintaimu Haryani..Pulanglah dikau..Pulanglah!"

Namun,disini ada hati yang menyepi,
Ia ibarat cinta yang berpetunjuk,dalam lakaran cinta yang jujur,
Memunggah hidangan lazat untuk Sang Rohani..
Disini ada cinta!Cinta yang kudus!
Ia bagaikan tempias hujan yang lembut,
Hanya hati yang hidup bisa basah merasai.

Kesaktian Laksamana menggugah sanubari puteri,
Tegar terhijab dimensi dunia yang tak mampu terzahir,
Membiar perahu cinta hanyut beroleng di tenang air..
Di tubir mata terpancar gelora jiwa tak tertafsir,
Tak terlontar desahan sukma tatkala terkunci bibir,
Hanya lirik mata jadi saksi,
Degup detak rasa dalam hati,
Senyum..menggayut di bibir.

Tapi desir angin tak selalu tenang membawa perkhabaran!
Pertarungan menongkah tribulasi kejahatan,
Kobar semangat bertiup tunjang keTuhanan!Ketuanan!
Pencak merobek tingkah menggalas beban di pundak,
Tertib menghunus bilah sakti menancap tegak,
Tangkas berkalih kanan dan kiri,
Lantas tertusuk lembah dada jantung Sang Puteri!
Lalu mengalirlah raksa pekat mengharum..Menghilang jasad,
Menjadi gumpalan kabus yang lenyap tak disedari..

Tika hujun turun,guruh berdentum,
Mengalirlah air dari perbkitan,
Mengalir menujah ke batu,
Melekuk tanda waktu berkalih.
Seiring nyawa menghanyut usia,
Selangkah nafas melangkah ke hujung,
Awan..kalau dapat kucapai saktilah hamba,
Kau..bagaikan puteri dihatiku Haryani..

Puisi ini diadaptasi dari novel Bagaikan Puteri,tulisan Ramlee Awang Murshid..i love this poem so so so much..hehe..saya bukan jenis yang bace poem but then,this one is awesome..


terimalah hasil karya dari sahabt saya,Illyinna...hehe..=)


p/s:makhluk dari MARS menonton American`s Next Top Model..apakah?

p/s 2 : PinkPanther is coming in NetballKUBI..nantikan..haha

Thursday, December 16, 2010

..La taghdob..

Situasi A

Nana :weh..ko asal nak marah2x nie?

Nini : Suka hati aku la nak marah ke tak..dah memang salah die..geramnyaaaa!!

Nana : Sabar weh..ko marah2x macam nie pun tak guna..dah dia memang macam tu..

Nini : aku benci ah perangai dia..sikit2x nak buat ak melenting..ak tak taw cm mana orang lain boleh sabar dengan dia.

Nana: dah la tu..bertenang2x..

Nini : sampai bile2x ak akan ingat apa yang dia buat..huh..

Situasi B

Jojo : erm...awak,kenapa kita selalu nampak awak ni tak pernah marah?

Joji : oh yeke..mana ade..Cuma kita tak suka la nak marah2x nie..nanti susah.

Jojo :tapi,awak asyik bersabar je..dah la susah nak marah,senang pulak maafkan orang..

Joji : tak de lah..kita biasa2x je lah (senyum2x malu)

2 situasi kat atas,memang sering terjadi.

Ade 4 kategori tentang marah,

A : cepat marah dan cepat memaafkan

B : cepat marah dan lambat memaafkan

C : Lambat marah,cepat memaafkan

D :lambat marah,lambat memaafkan.




Antara keempat-empat nie,saya rasa yang paling susah untuk kita jumpa adalah yang C..haa..betul tak?..hehe..

Marah ni adalah suatu perasaan yang di mana kita berada di bawah kawalan emosi yang boleh jadi stabil dan tidak stabil yang menyebabkan kita tidak senang dengan seseorang atau keadaan yang berlaku.

Marah nie ibarat api.Masa ni lah, syaitan akan cepat2x siram minyak kat kita supaya kita boleh lagi meletup.

Saya percaya,untuk mengawal perasaan marah adalah bukan suatu perkara yang mudah tapi tidak mustahil.

Bile seseorang marah,kita dapat tengok dari sikap die yang tiba-tiba menakutkan,contohnya : balik rumah terus masuk bilik,malas nak layan orang ,muka merah semacam,bibir muncung,dan yang lagi teruk sampai baling2x barang..haha..

Rasa-rasa ape eh yang trigger marah nie?

Mungkin ke sebab tak suka dengan situasi linkungan yang dia berada?

Mungkin ke sebab berlaku sesuatu perkara yang melanggar prinsip kita?

Mungkin ke sebab dia tak mengikut apa yang kita suka?

Mungkin ke sebab kita suruh beli aiskrim coklat tapi dia beli aiskrim strawberi?

Atau mungkin die memang meng`annoy`kan kita?





Pendapat saya sendiri,

Yang pertama,kita selalu berprasangka yang buruk2x tentang orang di sekeliling kita.

Saya beri contoh.Bila kita attend sesuatu event yang mewajibkan semua orang pergi padahal kita pun tak suka nak pergi,tapi terpaksa pergi,tiba-tiba kawan kita tak datang.Pasti terdetik dalam hati, “eii budak nie,boleh pulak tak datang..ingat aku suka sangt nak join program nie..penting diri betul ah..malas ah nak cakap dengan dia..”.Yang sebenarnya,mungkin saja kawan kita tu tiba-tiba diarrhea ke,demam ke,tertidur ke..=p

Yang kedua,kita selalu menginginkan orang mengikut kehendak kita.

Contoh

“Aku tak suka la ko buat decoration macam nie..aku nak warna pink jugak..warna hijau dengan biru mana masuk..takde2x..tukar jugak..tak kira..”.Pendapat kita tak diterima,then mula menyalahkan orang lain untuk semua perkara.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh triggerr kita untuk marah.

Senang citer,kita cari pen atas meje study.Dah confident memang letak atas meja.Cari punya cari,,tak jumpa.Tapi sebenarnya, tadi pergi bilik sebelah bersama pen tu.Itu pun boleh buat kita marah.betul tak?

Korang perasan tak.orang yang suka marah2x nie,muka die cam tak berseri.cam ada 1001 masalah dunia..=P

Saya terkesan dengan 1 pesan Nabi Muhammad dalam hadith arbain kumpulan Imam Nawawi.

Pesan nabi mudah je, “ Jangan marah.” Dan nabi mengulangnya 3 kali.Untuk masuk syurga,jangan marah.

Bersabar dalam menjalani ibadah

Bersabar dengan karenah manusia

Bersabar dengan karenah dunia

Bersabar dengan ujian yang datang

Nampak mudah teorinya,tapi bukan mudah praktiknya.

Saya nak kongsi beberapa tips yang boleh dibuat bila tengah marah atau nak marah.

1)Berzikirlah.Hubungkan diri anda dengan Allah.Fikirkan hanya Allah.

2)Jauhkan diri anda daripada orang itu sebelum anda menghemburkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

3)Tarik nafas dalam-dalam(inhale deeply),then lepaskan slow2x.(exhale slowly).

4)Jerit sepuas-puasnya.(pastikan tempat yg sesuai)

5)Menangislah.Hilangkan ape yang terpendam.

6)Luahkan pada sahabat yang anda percayai.Bukan yang akan mengeruhkan lagi.

Kesudahannya.

Selalunya,kita akan rasa sangat sangat menyesal apabila marah kat seseorang.

Kita akan rasa diri kita teruk,buruk dan etc.

Hati lega bila marah?ya..mungkin sementara..

Pesanan buat diri dan sahabat2x,

Jangan marah..Kita mungkin akan melukai hati orang-orang yang kita sayang.

Dan kita sendiri,sedar dan berubahlah..jangan buat perangai ntah ape-ape yang buat orang marah kat kita..

Give n take la ye..=)

Bersabarlah dengan karenah manusia.

Sebab manusia nie memang pelik.

Sekian.

p/s : marah kerana orang mempermainkan agama.itu marah yang perlu.

p/s 2 : counting days to final exam..cuak2x..

Sunday, December 12, 2010

sungguh..aku rindu..

Assalamualaikum..

Post kali ini,istimewa buat insan,yang banyak berjasa,yang banyak bersabar dengan diri ini,mama tersayang..

Sejak kebelakangan ini,hati ini,terlalu,amat sangat merindui insan mulia ini.

Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.Diri ini sentiasa khilaf.

Benar kata orang,apabila berjauahn,kita mula menghargai orang yang jauh.


Aku masih teringat waktu aku dan alang dihantar ke sekolah rendah agama.Akulah orang yang paling rebel untuk ke sekolah agama..pelbagai alasan..`ustazah garangla..`..`tak suka la g sekolah agama,takut la..`..dan seperti biasa,mamalah orang yang paling marah sekali..rotan pernah je hinggap kat badan..degilnya aku waktu itu..hehe..

Mama memang lebh garang dari papa..tapi marah tanda sayang kan..

Even kami adik-beradik,memang lebih takut dengan mama..

Namun

Selepas mama menjalani suatu operation

Mama menjadi seorang yang sangat lembut hati

Karenah kami mama layan je

Mungkin juga sebab kami sudah meningkat dewasa

Dah tak sedegil dulu..=)

Sebelum berangkat ke Indonesia,banyak suara-suara yang mengatakan,

“boleh ke angah jauh dari mama tu?..”... “Anak mama tu..manja..xleh dok jauh”

Ya..aku anak mama..tapi pilihan berada di tangan aku..kini,aku berada di sini..

Pernah diri ini membuat mama sedih..Pernah diri ini mengecewakan mama..pernah diri ini terkasar bahasa dengan mama..

Andai aku diberi peluang,

Ingin sekali lagi aku memeluk insan mulia ini

Ingin sekali ku kucup tangan insan yang banyak berjasa ini

Ingin sekali aku membalas jasa beliau.

Aku masih tidak mengerti,

Mengapa masih ada insan yang sanggup menderhaka kepada ibu bapanya

Merasa hina dengan adanya ibu bapa

Sedangkan,

Siapa dia yang melahirkan kita?

Siapa dia yang membawa kita dalam rahimnya selama 9 bulan?

Walau sebenci mana seseorang pada ibunya,

Ingatlah,

Kerana perjuangannya,kita masih mampu melihat dunia ini.

Hargailah

Selagi kita masih berpeluang

Berbaktilah

Selagi mereka masih dapat melihat dunia.

Ya Allah

Ak terlalu merindui insan ini

Kau lindungilah dia dalam setiap saat

Panjangkan lah umur mama dalam keimanan

Rezekikan aku untuk bertemu mama.

Ya Allah

Insan ini menjadi penguat dalam perjuangan hidupku

Insan ini telah banyak bersusah demiku

Aku mohon dariMu ya Rabbku

Ampunilah segala dosa-dosaku terhadapnya

Dan tempatkanlah kami sekeluarga di syurgaMu

Dengan limpah rahmatMu..

Sungguh..aku rindu..

p/s : kenapa susah sangat nak mengatakan apa yang tersimpan di dalam hati?..huhu..mungkin kerana terlalu memikirkan kata-kata orang..huhu..

p/s 2 :untuk jatuh dan bangun semula,bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan sesuatu yang mustahil..

p/s 3 :bekerjalah untuk Allah..bukan untk manusia..sebab nanti kamu pasti akan merasa penat.